Bila sebut saja mengenai permainan kanak-kanak, ada bermacam-macam jenis yang berlegar di kepala. Kali ini kami kongsikan jenis mainan untuk anak perempuan yang patut anda beli untuk anak.
Anak perempuan karakternya sudah tentu berbeza dengan anak lelaki, jadi mainan untuk anak perempuan pula sudah pasti berbeza dan haruslah menepati karakter si anak.
Boleh diberikan mainan yang sama, tetapi jika matlamat anda untuk dia bermain sambil belajar, adalah lebih baik anda memilih mainan untuk anak perempuan yang sesuai dengan perkembangan usia mereka.
Mainan untuk anak perempuan yang patut anda beli
Kali ini kami kongsikan jenis mainan untuk anak perempuan yang patut anda beli untuk anak di rumah. Dia pasti gembira malah anda juga tidak akan menyesal membelikannya untuk mereka.
#1. Congkak
Permainan tradisional congkak ini merupakan mainan unik yang mengasyikkan dan dapat melatih minda menyusun strategi. Selain daripada meningkatkan kepekaan mata, tangan dan minda, ia dapat meningkatkan kemahiran motor si kecil untuk bekerja lebih keras.
Harganya agak berpatutan pasti memberi kepuasan bukan sahaja pada anak, malahan ibu bapa dan keluarga. Sekarang, ini adalah aktiviti bersama yang boleh dilakukan di masa terluang.
Kanak-kanak lelaki juga boleh bermain mainan ini. Ia akan merangsang otak anak anda selain melatih motor skills mereka.
#2. Khemah
Anda boleh dapatkan pelbagai bentuk khemah terutama yang bertemakan puteri dan sebagainya sebagai mainan untuk anak perempuan anda.
Dengan memiliki mainan ini, anda boleh pasang bersama-sama dan mereka boleh main bersama adik beradik yang lain dalam suasan yang lebih privacy.
Kadangkala ia akan didatangi dengan langsir serta mempunyai pilihan pelbagai termasuk warna merah jambu, hijau dan biru, pastinya khemah ini menjadi pilihan si kecil. Dapatkan khemah ini untuk anak-anak mengeksplorasi daya kreatif mereka.
#3. Set anak patung
Prentend play ini sangat baik untuk anak perempuan. Adalah idaman semua anak-anak perempuan di sekolah rendah memiliki set anak patung sebagai salah satu koleksi mainan mereka.
Ia membantu anak berimaginasi tinggi untuk lebih kreatif dan mengembangkan bakat serta berkongsi idea yang ada di dalam pemikiran mereka sambil bermain.
Mainan ini memberi peluang untuk anak-anak menggunakan semua bahan dan koleksi yang anda untuk menampilkan gaya yang unik dan bersesuaian dengan tema.
Kadangkala anak akan bercakap-cakap seorang apabila main permainan ini, jadi ia akan mengasah kemahirna komunikasi mereka.
#4. Makeover makeup
Anak perempuan memang suka alat permainan seperti hiasan diri atau ‘make-over’. Sebenarnya aktiviti ini adalah normal bagi anak yang membesar dan daripada mereka menggunakan barang-barang makeup ibu yang berharga.
Lengkap dengan pemerah pipi, lipstick, eye shadow, lip gloss dan berus serta cermin, pasti anak-anak leka dengan mainan ini. Ia juga selamat dan tidak bertoksik untuk kegunaan si kecil.
Pastikan barangan yang anda beli untuk anak bebas toksik kerana mereka ini kadangkala terlupa dan ada yang suka masukkan ke dalam mulut.
#5. Blocks
Tidak semestinya anak lelaki saja boleh bermain blocks. Anak perempuan juga boleh bagi merangsang daya kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu bentuk.
Kanak-kanak di peringkat taska akan lebih gemar untuk mempelajari mengenai keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, permainan yang melibatkan pembinaan struktur dan sebagainya sesuai untuk mereka, samada kanak-kanak lelaki atau perempuan.
#6. Dapur mainan
Kanak-kanak di peringkat tadika ini lebih gemar bermain dengan peralatan realistik yang boleh didapati di sekitar rumah. Alat mainan seperti ini sesuai untuk kanak-kanak di pelbagai peringkat usia.
Biasanya dapur ini diperbuat daripada pelbagai jenis material dan ia juga dilengkapi dengan pelbagai aksesori replika barangan dapur bagi mengembangkan daya imaginasi anak. Ia biasanya mudah untuk dipasang dan boleh disusun mengikut sudut ruang mainan yang ada.
Jadi parents, kini anda sudah ada pilihan mainan untuk anak perempuan yang boleh anda beli untuk mereka. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: productnation
Baca juga: Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!