Jenis Mainan Untuk Bayi 2 Bulan Bantu Stimulasi Penglihatan & Otak Si Manja!

undefined

Mainan untuk bayi 2 bulan bantu meningkatkan kemahiran dan deria anak. Setiap permainan ini mempunyai manfaatnya kepada bayi.

Ibu dan ayah pasti rambang mata tak tahu hendak beli jenis permainan untuk anak-anak di rumah tambah-tambah lagi jenis mainan untuk bayi 2 bulan.

Ibu dan ayah juga perlu tahu ketika membeli permainan, anda perlu memilih dengan teliti sama ada ia sesuai dengan usia anak atau sebaliknya selain perlu mengambil kira daripada segi keselamatan.

Pemilihan alat mainan yang salah bukan sahaja membazir duit tetapi ia juga tidak mampu untuk memainkan peranan dalam membantu perkembangan si manja kerana tidak kena dengan usia mereka. Oleh itu, bagi merangsang perkembangan mereka, ibu dan ayah perlu memahami dengan lebih mendalam lagi apakah mainan yang sesuai untuk si manja anda terutama buat bayi yang berusia dua bulan.

Alat mainan untuk bayi 2 bulan

mainan bayi 0-6 bulan

Mainan merupakan salah satu alternatif yang efektif untuk merangsang bayi berfikir, memahami tentang sesuatu dan menambah kecekapan kemahiran psikomotor mereka. Ini kerana pada usia dua bulan bayi sudah mulai menunjuk minat meneroka dan sudah pandai memegang objek. 

Melalui permainan juga, bayi boleh memahami dirinya sendiri dan persekitarannya. Malah, dengan bermain bersamanya anda dapat membantunya mencapai tahap fizikal yang penting, merangsang perkembangan otak bayi, mendedahkan mereka berkaitan emosi, membantu dalam perkembangan bahasa, dan kebolehan sosial.

Pemilihan mainan yang betul akan membantu bayi menyerap segala perkara baru dan merangsang minda untuk menguji lima deria ini iaitu penglihatan, pendengaran, deria rasa, deria sentuhan, dan deria bau.

Sebagai contoh, jika anda menggoyangkan atau membunyikan mainan, ia akan merangsang deria penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Perkara penting dalam pemilihan mainan bayi 2 bulan

mainan bayi 0-6 bulan

Sebagai ibu dan ayah anda harus faham bahawa, bukan semua mainan bersesuaian dengan bayi anda. Anda harus tahu apakah jenis mainan yang sesuai mengikut usia bayi. Kesilapan membeli mainan yang salah akan menjadi satu pembaziran disebabkan oleh bayi tidak tahu bagaimana cara untuk bermain.

Malah, berkemungkinan besar juga ia akan mendorong kepada berlakunya kecelakaan kepada bayi anda. Oleh itu, pemberian alat mainan kepada bayi perlu dipastikan yang ia bersesuaian dengan umur agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Pada usia dua bulan bayi tidak mampu lagi untuk bermain dengan permainan yang keras dan juga kasar.

Mainan yang terbaik untuk mereka pada umur ini adalah permainan yang mampu merangsang stimulasi deria, mainan tersebut juga mempunyai warna yang terang dan turut memiliki bunyi serta pelbagai tekstur.

Jenis mainan yang perlu dielakkan

Berikut merupakan jenis mainan yang perlu anda elakkan daripada membeli dan memberinya kepada bayi anda iaitu:

  • Mainan yang mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya bayi tidak tercekik apabila mereka memasukkannya ke dalam mulut.
  • Mainan yang mempunya bahagian sisi dan bucu yang tajam agar bayi anda tidak tercedera ketika bermain dengannya.
  • Alat mainan yang mempunyai bunyi yang sangat kuat di mana ia berupaya merosakkan pendengaran bayi.
  • Alat mainan yang dilengkapi dengan tali atau pun getah yang panjang kerana ia berisiko menyebabkan bayi terjerut atau terlilit dengannya.
  • Mainan yang telah dicat dengan cat yang diperbuat daripada plumbum. Bayi yang terdedah kepadanya boleh mengalami keracunan di mana mampu merosakkan otak, buah pinggang dan sistem saraf bayi.

Senarai mainan untuk bayi 2 bulan yang boleh rangsang otak

Berikut merupakan senarai mainan bayi yang baru berusia 2 bulan.

1- Permainan yang diperbuat daripada kain

Pada usia ini, kebiasaannya deria bayi mula berkembang dan mereka mempelajari melalui sentuhan. Permainan diperbuat daripada kain ini mempunyai pelbagai rekaan yang comel manakala bahan dan tekstur juga lembut serta selamat untuk mereka kerana tidak mendatangkan kecederaan.

Manfaat:

  • Boleh membantu bayi anda dalam meneroka dari segi bentuk dan warna.
  • Permainan ini membantu bayi dalam perkembangan deria sentuhan.

Cadangan jenis permainan:

  • Mainan blok yang lembut
  • Textured rings
  • Span berwarna
  • Soft taggies

2- Permainan yang mengeluarkan bunyi berdetar

permainan bayi 0-6 bulan

Permainan jenis ini atau rattle toys antara kegemaran bayi kerana bunyi yang dihasilkan itu menarik minat mereka.

Manfaat:

  • Boleh membantu bayi dari segi penggunaan mata, tangan, kaki dan deria pendengarannya.
  • Bunyi yang dihasilkan daripada permainan ini menjadikan bayi tertarik ke arahnya sekali gus membantu dari segi perkembangan kemahiran penglihatan.
  • Ia juga menggalakkan bayi untuk menggenggam permainan dan kemahiran memanpulasi objek.

Cadangan jenis permainan:

  • Rattle and rock toys
  • Beads wood rattle
  • Oball shaker
  • Grab and spin rattle
  • Baby loop bee rattle

3- Permainan muzik

Antara permainan yang bayi akan tertarik memandangkan bunyi muzik yang dikeluarkan, membolehkan mereka menikmatinya. Ia juga membantu dari segi perkembangan deria pendengaran bayi.

Manfaat:

  • Permainan muzik membantu meningkatkan kefahaman bayi terhadap bunyi dan bahasa.
  • Ia menyediakan latihan yang menyeronokkan kepada bayi terhadap pendengaran dan penglihatan.
  • Malah ia juga boleh membantu dari segi kemajuan kemahiran kognitif bayi.

Cadangan jenis permainan:

  • Permainan piano untuk bayi
  • Permainan ulat beluncas berloceng
  • Buku cerita dengan permainan muzik
  • Katak menari muzikal
  • Kotak muzik untuk bayi

4-Baby play gym

Permainan ini membantu pergerakaan badan bayi seperti meregang badan.

Manfaat:

  • Membantu bayi anda berlatih dan meningkatkan otot.
  • Membantu kemahiran motor bayi serta kemahiran sosial emosi.
  • Gimnasium bayi dengan permainan berwarna berjuntai membangkitkan visual bayi.

Cadangan jenis permainan:

  • Permainan tikar untuk bayi
  • Overhead play gym
  • Infant stim mobile
  • Gimnasium bayi pelbagai warna
  • Multi-function baby activity spiral

5-Permainan yang menenangkan

Permainan jenis ini dengan muzik serta bunyi berdengung bermanfaat menenangkan bayi serta membantu untuk tidur.

Manfaat:

  • Ia membantu menyokong perkembangan kemahiran motor bayi.
  • Meningkatkan lagi persepsi deria bayi melalui sentuhan dan rasa.
  • Muzik yang kedengaran juga memberi ketenangan kepada bayi serta merangsang pendengaran mereka.

Cadangan jenis permainan:

  • Permainan untuk melegakan gigi
  • Melodies soother lam
  • Soothe and glow seahorse
  • Snugapuppy calming soother
  • O ball loops teething toy

6- Permainan berwarna-warni

Walaupun ketika ini bayi tidak dapat melihat warna, dia mungkin akan terpegun dengan warna dan corak kontras yang tinggi seperti objek berwarna hitam dan putih serta corak seperti papan catur.

Manfaat:

  • Warna permainan yang berwarna-warni boleh menggalakkan persepsi mereka terhadap pendengaran dan visual.
  • Mainan ini juga bertindak sebagai rangsangan warna asas.

Cadangan jenis permainan:

  • Musical dreams mobile
  • Permainan bola lembut berwarna-warni
  • Kucing belang pelbagai warna
  • Buku cerita lembut
  • Horse shaped roly-poly

7- Permainan mudah alih

Ia mudah kerana boleh dibawa ke mana-mana termasuk di dalam kenderaan serta dilekatkan pada tempat duduk bayi. Boleh juga letak di dalam stroller bayi.

Manfaat:

  • Menggalakkan rasa sentuhan bayi secara berterusan dan perhatian visual mereka.
  • Membantu pendengaran bayi.

Cadangan jenis permainan:

  • Multi-activity toy pack with plastic loops
  • Unbreakable plastic mirrors
  • Stroller bar activity toy
  • My nature stroll along toy
  • Merry go round cot mobile

Semoga perkongsian mengenai mainan untuk bayi 2 bulan yang sesuai ini mendatangkan manfaat!

  1. kidactivitieswithalexa.com (n.d) Best Toys For A 2 Month Old Baby And Aid His Development kidactivitieswithalexa.com/en/best-developmental-toys-for-a-2-month-old-baby/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Tak Sedar Mainan Pop-It Melekat Gusi Anak, Jadi Bernanah & Hampir Kena Bedah

Baca juga: Senarai Tempat Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang Best & Seronok Sekitar Lembah Klang

Baca juga:  5 Sebab Permainan LEGO Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ia Merangsang Otak & Mata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!