TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Tak Sedar Mainan Pop-It Melekat Gusi Anak, Jadi Bernanah & Hampir Kena Bedah

11 Mar, 2022
Ibu Tak Sedar Mainan Pop-It Melekat Gusi Anak, Jadi Bernanah & Hampir Kena Bedah

Permainan pop-it menjadi kesukaan kanak-kanak pada zaman kini. Mana tidaknya ia dikatakan untuk merangsang daya sensori mereka

Kebimbangan seorang ibu tatkala menemui sesuatu pada gusi anaknya yang bengkak terjawab apabila ia sebenarnya cebisan daripada permainan pop-it. Menerusi perkongsian video dalam TikTok, kejadian itu disedari ibu tersebut pada 17 Disember yang lalu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gusi anak bengkak kerana permainan pop-it
  • Tak terfikir cebisan permainan pop-it boleh melekat pada gusi anak
  • Permainan pop-it menjadi trend di TikTok
  • Kenal pasti risiko setiap permainan anak

“Nampak macam ni, apa ni? Pergi kecemasan, buat ujian Covid-19 lagi. Doktor tak dapat kesan dan kena jumpa pakar. Jumpa pakar 20 Disember. Budak ni aktif saja, masih tertanya-tanya kenapa gusi dia. Doktor cakap jam 2 petang pergi X-ray lagi,” menurut wanita tersebut.

Gusi anak bengkak kerana permainan pop-it

mainan pop-it

Ibu tersebut memberitahu, dia sekali lagi membawa anaknya berjumpa doktor pakar menerusi janji temu pada 22 Disember.

“Bawa sekali filem X-ray dia. Hari ini terjawab sudah. Benda ini korang, pop-it viral. Macam-macam rupa ada dalam rumah aku, ada yang besar hingga kecil.

“Doktor pakar cakap ada gigi, dan jika bengkak makin besar akan buat operation, tapi sis tengok macam dah kurang bengkak,” demikian cerita ibu tersebut.

Tak terfikir cebisan permainan pop-it boleh melekat pada gusi anak

Membalas komen daripada netizen, wanita itu memberitahu dia tidak terfikir benda yang terlekat pada gusi anaknya ialah permainan tersebut.

“Ia melekat kat gusi sampai tak terfikir pun benda itu pop-it. Bawa pergi kecemasan tapi tak dapat kesan sampailah jumpa pakar.

bahaya pop-it

“Terima kasih semua yang mendoakan. Pop-it kakak dia punya umur 6 dan 8 tahun, mungkin masa kakak dia main masa tu lah dia ikut main juga,” kata wanita itu.

Permainan pop-it menjadi trend di TikTok

Permainan tersebut sebelum ini pernah viral dalam kalangan kanak-kanak selain menjadi trend di media sosial dan TikTok.

Permainan silikon dengan warna-warni ini boleh dipicit seperti bubble wrap. Bukan hanya kanak-kanak, ia juga mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa kerana fungsinya boleh menghilangkan kebosanan dan tekanan kerja.

Malah, permainan sensori ini juga dipercayai memberi manfaat kepada kanak-kanak terutama dalam kalangan ADHD.

pop-it viral

Justeru kejadian tersebut sekali gus menimbulkan persoalan, adakah pop-it selamat untuk anak-anak? Setakat ini, difahamkan belum pernah dilaporkan kejadian tidak diingini berkaitan permainan itu.

Kenal pasti risiko setiap permainan anak

Menerusi laman konsumerkini, ibu ayah perlu memastikan permainan yang dibeli mempunyai pelabelan yang baik. Hal ini kerana ia memberi maklumat mengenai kesesuaian umur kanak-kanak untuk bermain dengan alat permainan itu.

Label MC merupakan Conformity Mark bermaksud alat mainan mematuhi standard keselamatan yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

  • Tercekik

Anak kecil berumur 3 tahun ke bawah mempunyai kecenderungan untuk memasukkan alat mainan ke dalam mulut. Alat mainan yang mempunyai tayar seperti kereta, lori, motosikal harus dipastikan supaya tidak mudah tertanggal.

Selain itu, tidak harus mempunyai bahagian yang mudah dikeluarkan atau tertanggal kerana kanak-kanak boleh tercekik jika tertelan. Bagi bayi, alat mainan yang bertujuan digigit harus berukuran besar supaya bayi tersebut tidak akan tercekik.

  • Tali panjang

Alat mainan dengan tali terlalu panjang harus dielakkan kerana boleh tersimpul di leher kanak-kanak dan bayi sekali gus boleh menyebabkan masalah tercekik yang serius.

Belon juga merupakan sejenis alat mainan diperbuat daripada getah. Belon yang belum ditiup boleh ditelan oleh kanak-kanak. Oleh itu, belon yang belum ditiup harus dijauhkan daripada kanak-kanak dan jika terdapat belon yang meletup, sisa belon hendaklah dikutip dan dibuang dengan serta-merta.

  • Magnet-magnet dan bateri kecil

Jauhkan alat-alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak yang berusia di bawah enam tahun. Sesetengah alat mainan akan mempunyai label menyatakan ia mempunyai magnet

Dalam masa sama, ada alat mainan menggunakan bateri untuk berfungsi. Ibu bapa tidak harus membenarkan kanak-kanak kecil memasang bateri atau bermain dengannya kerana kanak-kanak boleh tertelan dengan bateri bersaiz kecil.

Terdapat kanak-kanak yang suka meletakkan bateri ke dalam mulut sekali gus boleh menyebabkan bahan kimia terdapat pada bateri masuk ke dalam mulut membawa keracunan logam berat.

  • Bunyi yang kuat

Alat-alat mainan dengan bahagian dan hujung yang tajam tidak sesuai untuk dibeli. Telinga kanak-kanak sangat sensitif kepada bunyi. Alat permainan dengan muzik yang kuat tidak baik untuk kanak-kanak kecil kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran mereka.

Stories Rakan Kongsi
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
  • Bahan kimia toksik

Beberapa alat mainan atau bahan kosmetik kanak-kanak mengandungi bahan kimia toksik.

Kanak-kanak tidak harus dibenarkan untuk mamasukkan alat mainan seperti cincin, rantai, gelang dan sebagainya ke dalam mulut kerana mainan seperti ini biasanya mempunyai bahan kimia seperti plumbum dan kadmium yang boleh terkeluar disebabkan air liur dan diresap masuk ke dalam badan melalui mulut.

TikTok, konsumerkini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang Best & Seronok Sekitar Lembah Klang

Baca juga: 5 Sebab Permainan LEGO Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ia Merangsang Otak & Mata

Baca juga: Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Tak Sedar Mainan Pop-It Melekat Gusi Anak, Jadi Bernanah & Hampir Kena Bedah
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham