Makan Kacang Merah Semasa Hamil Bagus Untuk Ibu, Ini #6 Manfaat Ramai Tidak Tahu

Tak sangka makan kacang merah ketika mengandung ini ada banyak manfaat yang kita tak pernah tahu sebelum ini. Antara kelebihannya seperti...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum cendol ditambah dengan kacang merah, hmmm... memang enak yang tak terkata. Lembut dan manis saja kacang merah itu apabila dikunyah. Selain daripada rasa yang sedap, ia juga kaya dengan khasiat kacang merah ramai yang terlepas pandang!

Kacang merah mempunyai manfaat kerana nutrisi seperti antioksidan, zat besi dan protein yang bagus untuk perkembangan janin dalam kandungan. 

Selain itu, berikut antara 5 kelebihan jika ibu rajin mengamalkan kacang merah ketika hamil termasuk:

5 khasiat kacang merah semasa hamil 

1. Kacang merah kaya dengan sumber protein dan asid amino 

Kacang merah memenuhi keperluan protein pada ibu mengandung. Ia penting untuk perkembangan janin yang sihat.

Selain itu, kacang merah juga dilengkapi dengan asid amino untuk meningkatkan daya tahan ibu dan bayi bagi melawan sebarang penyakit yang menyerang ibu ketika hamil.

2. Melawan anemia dan kekurangan zat besi 

Bacaan normal hemoglobin untuk wanita mengandung yang normal ialah 12.0 ke atas dan doktor menyarankan ibu mengekalkan bacaan sebanyak 11.o gd/l ke atas.

Bacaan ini baik untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana ramai ibu yang mengalamai anemia dan kekurangan zat besi semasa hamil. Sebab itu, doktor akan bekalkan vitamin zink cooper untuk ibu makan setiap hari. 

Tapi ada juga yang tak berapa nak 'lalu' makan vitamin tersebut. Bila makan saja mesti mual dan nak muntah. Jadi adalah lebih elok jika ibu menggantikannya dengan makan kacang merah. 

Bahkan, makan kacang merah semasa hamil ini bagus sebab ia mengandungi zat besi yang tinggi dan boleh membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam tubuh. 

Sebabnya bila tak cukup zat besi, bayi berkemungkinan untuk dilahirkan cacat. Jadi pengambilan kekacang ini dapat membantu plasenta membekalkan nutrisi pada janin dan ia akan berkembang dengan baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Membantu masalah pencernaan ibu 

Ketika hamil, ibu biasanya akan mengalami masalah sembelit hingga ada ketikanya sukar untuk buang air besar dalam beberapa hari. Memang sengsara kan?

Jadi bila makan kacang merah semasa hamil, ini akan membantu proses pencernaan ibu dengan baik. Ibu pun akan rasa selesa nak membuang setiap hari. 

4. Kaya dengan mineral 

Makan kacang merah semasa hamil membekalkan mineral yang sangat penting bagi meningkatkan enzim dalam tubuh ibu. Ia dapat memastikan saluran darah, sendi dan ligamen berfungsi dengan baik. 

Kacang merah juga dapat menenangkan otot, saluran darah dan saraf. Bila mengandung, anda akan rasa cepat penat dan letih.

Sebab itu makan kacang merah semasa hamil ini penting kerana ia mengandungi magnesium yang diperlukan tubuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Kaya dengan antioksidan 

Apa itu antioksidan? Ia ialah bahan nutrisi yang mengandungi beta karotin, vitamin C, vitamin E dan selenium yang dapat mencegah kerosakan sel tubuh dan memperbaiki sel yang telah rosak. 

Antioksidan ini mencegah radikal bebas yang mengakibatkan sel disfungsi dan serangan penyakit seperti sakit jantung dan diabetes. Selain meningkatkan kekebalan tubuh bagi menurunkan risiko terkena kanser. 

Jadi apabila ibu makan kacang merah semasa hamil ia dapat bantu mencegah penyakit tersebut. 

6. Membantu masalah kolesterol ibu 

Kredit: newshit.id

Bila tengah berbadan dua, ibu mudah mendapat darah tinggi dan kencing manis. Sebab itu ibu perlu kawal pemakanan yang mengandungi terlalu tinggi kolesterol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalkan makan kacang merah membantu menjaga kolesterol ibu dan tetap sihat seperti sebelumnya.

Untuk anda yang sudah rancang nak makan kacang merah ini setelah mengetahui khasiat kacang merah, jom cuba resepi bubur kacang merah ini. 

Resepi bubur kacang merah

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan kacang merah 
  • 1/2 cawan sagu 
  • 1 buku gula melaka 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan santan 
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam 

Cara-cara membuat: 

1.Kacang direndam hingga kembang selama 4 jam. 

2.Cuci dan rebus kacang merah bersama air secukupnya hingga kembang dan kacang pecah 

3. Masukkan sagu hingga ia masak dan jernih. 

4. Dalam periuk lain masak gula melaka hingga larut dan tapis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Tuang gula melaka ke dalam periuk rebusan kacang merah. Kemudian masukkan daun pandan dan gula pasir. 

6. Masak lagi hingga gula hancur. Tambahkan santan dan garam secukup rasa hingga rasa lemak manis. 

7. Renehkan bubur sebentar dan tutup api. Bubur kacang merah siap untuk dihidangkan. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, NorAzlita Aziz

Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil