Adakah anak anda suka makan popcorn? Atau adakah anda selalu memberi anak makan popcorn semasa menonton TV?
Jika jawapan yang anda berikan adalah YA, maka anda harus lebih berhati-hati kerana ada satu kejadian buruk yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini gara-gara makan popcorn!
Tercekik semasa anak makan popcorn
Insiden buruk ini dikongsi sendiri oleh ibu kanak-kanak tersebut, Nicole Johnson Goddbard di mana dia ingin berkongsi pengalaman yang dialami tentang kesan buruk makan popcorn yang boleh berlaku pada kanak-kanak.
Pada malam Sabtu lepas, kami sekeluarga menonton filem sambil makan popcorn. Ia merupakan aktiviti yang kerap kami lakukan di rumah setiap hujung minggu.
Saya juga memberikan anak kecil kami makan popcorn tanpa berfikir dua kali hingga dia tercekik sedikit tapi baik-baik saja selepas itu kerana dia tidak muntah dan saya menganggap mungkin dia terus telan.
Kami lihat dia terus menonton filem itu bersama namun yang pelik dia kerap batuk selepas tercekik tadi.
Akibat makan popcorn, batuk anak berbunyi aneh
Keesokannya, dia baik-baik saja, tetapi masih batuk berbunyi aneh yang sedikit membimbangkan saya.
Menjelang petang, saya nampak Nash seperti kepanasan dan kuat merengek. Rupanya dia demam lalu saya memberinya makan ubat dan meletaknya di katil bilik tidur.
Malam itu saya rasa sangat panjang terutama apabila melihat pernafasan Nash yang kelihatan sedikit bekerja keras dan saya mulai panik.
Terus hubungi doktor
Saya terus membawa Nash berjumpa Doktor Pediatrik Kanak-Kanak dan mereka meminta Nash dirawat segera!
Nash dihantar ke wad kanak-kanak dan selepas dada di X-ray, doktor mahu melakukan pembedahan kecil yang dipanggil Bronchoscopy.
Tiba jam pukul 6, Nash dibawa ke bilik pembedahan dan masa itulah juga saya menangis sepanjang masa kerana terkenangkan anak lelaki saya yang sedang menjalani pembedahan.
Selepas selamat melakukan pembedahan, doktor mendapati popcorn yang tercekik tadi masuk ke dalam paru-parunya. Akibat itu, Nash mengalami radang paru-paru di sebelah kiri. Semasa pembedahan berlangsung, doktor berjaya keluarkan 6 biji popcorn tersebut.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan dan prosedur yang sama dua kali untuk memastikan Nash pulih sepenuhnya. Selesai pembedahan itu kami dibenarkan membawanya pulang.
Jika saya tidak mempercayai naluri keibuan ini dan membawanya lambat ke hospital tentu keadaan Nash bertambah teruk.
Kini, bersyukur anak lelaki saya sihat sepenuhnya meskipun melalui fasa yang mencabar akibat makan popcorn.
Malah kami juga diberitahu doktor untuk tidak memberikan popcorn pada anak di bawah umur lima tahun supaya dapat mengelak insiden ini berulang lagi.
Tanda-tanda anak tercekik
- Sesak nafas secara tiba-tiba
- Bunyi nafas tidak normal
- Menggengam kerongkog
- Mulut dan bibir kebiru-biruan
- Bernafas dengan cepat
- Lubang hidung kembang kempis bila bernafas
- Pengsan atau berhenti bernafas
- Batuk berterusan
- Termengah-mengah
Komplikasi anak tercekik
- Jangkitan paru-paru atau radang paru-paru
- Kerosakan otak kerana kurang oksigen
- Kematian akibat bengkak paru-paru atau kekurangan oksigen ke otak
Langkah pencegahan
- Sediakan makanan dalam bentuk yang mudah dikunyah.
- Jangan benarkan anak makan ketika bermain.
- Pastikan persekitaran rumah bebas dari objek berbahaya seperti duit syiling, pin, manik-manik dan sebagainya.
- Elakkan beri anak makanan yang mudah tercekik seperti kacang dan popcorn
- Elakkan permainan yang ada bahagian kecil yang mungkin anak tertelan dan tercekik.
- Ambil tahu bantuan kecemasan dan langkah yang perlu diambil jika anak tercekik benda asing.
*****
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak ketika makan supaya kes tercekik dapat dielakkan. Semogga artikel ini bermanfaat dan memberi pengajaran bersama buat kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Nicole Johnson Goddard, My Health
Baca juga