Ibu tahu tak kecerdasan otak sangat penting dan perlu dibentuk sejak bayi dalam kandungan? Tapi bagaimana? Caranya ialah ibu perlu amalkan makanan untuk otak bayi yang penuh berkhasiat.
Mesti ibu tertanya-tanya kan, apakah makanan baik untuk otak bayi ini? Jangan risau, untuk artikel kali ini, kami tampilkan 30 pemakanan nutrisi terbaik yang boleh diamalkan para ibu semua. Mari kita semak!
30 makanan baik untuk otak bayi
1. Hati ayam
Ibu tahu tak hati ayam bagus diamalkan ketika mengandung? Ia kerana nutrisi yang terkandung dalam hati ayam dapat memberikan oksigen yang cukup untuk baiki dan melancarkan darah pada plasenta dan janin.
2. Daging ayam tanpa kulit
Semasa mengandung, ibu digalakkan untuk makan daging ayam tanpa kulit. Kenapa? Sebabnya daging ayam ini mengandungi zat besi yang tinggi.
Malah protein yang terdapat pada daging ayam terbukti mampu membentuk dan meningkatkan kecerdasan bayi sejak dari dalam perut ibu.
3. Tuna dan salmon
Dua jenis ikan ini memang menjadi favourite semua orang, kan? Ia mengandungi protein dan Omega 3 yang mampu memperkuatkan otak bayi.
4. Kacang merah
Nutrisi kacang merah memang banyak seperti protein, Omega 3, serat, magnesium, kalsium dan antioksidan. Nutrisi ini dapat meningkatkan sel darah merah dan kecerdasan otak bayi secara teratur.
5. Sayur kubis
Sayur kobis mampu menjaga dan melindungi perkembangan otak bayi.
6. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran terbaik yang dapat mencegah bakteria jahat masuk melalui saluran darah untuk menuju ke otak bayi.
7. Jagung manis
Sedapnya bila dapat makan jagung manis panas-panas, kan? Sebenarnya jagung juga bagus dimakan ibu mengandung kerana ia mengandungi vitamin B kompleks yang boleh meningkatkan kecerdasan otak bayi.
8. Kuning telur
Kuning telur mengandungi kolin yang tinggi dan dapat meningkatkan perkembangan sel otak bayi menjadi aktif dan sihat.
9. Susu rendah lemak
Ketika mengandung, ibu digalakkan mengambil minuman susu rendah lemak kerana ia mengandungi kalsium yang dapat meningkatkan perkembangan dan daya tahan otak bayi.
10. Yogurt
Tahu tak yogurt juga mengandungi sumber protein dan kalsium yang boleh menyihatkan dan melindungi otak bayi yang sedang terbentuk?
11. Kacang tanah
Kacang tanah bila dibuat goreng atau kuah kacang, hmmm sedap, kan? Bahkan, kacang tanah mengandungi protein dan asid folic yang bagus serta terbukti dapat mencegah otak dari penyakit dan bantu kuatkan tulang belakang bayi.
12. Kacang kedelai
Kacang ini mengandungi asam amino yang dapat membentuk struktur sel otak supaya kuat sejak usia kandungan 3 ke 4 bulan.
13. Sardin
Antara kebaikan ikan sardin semasa mengandung ialah ia dapat mempercepatkan rangsangan otak bayi.
14. Beras perang
Beras perang adalah sumber karbohidrat yang bebas gula. Kandungan nutrisinya dapat menyihatkan saraf otak dan mampu membentuk sel darah merah yang baik untuk bayi dalam kandungan.
15. Oat dan bijirin
Untuk anda yang tak tahu, oat dan bijiran mengandungi vitamin B dan E yang tinggi dan boleh mencegah otak bayi dari serangan virus dan bakteria merbahaya.
16. Kacang hijau
Kelebihan kacang hijau adalah ia dapat memperkuatkan tulang kepala dan otak bayi.
17. Bayam, epal dan betik
Mengandungi zat besi yang sangat baik untuk merangsang saraf otak bayi dan meningkatkan kecerdasan otak.
18. Pisang dan Keju
Pisang dan keju dapat mengatur emosi dan perilaku janin ketika otaknya masih berkembang.
Vitamin untuk otak bayi dalam kandungan yang bagus
19. Vitamin A
Meningkatkan daya tahan ibu hamil semasa mengandung pada trimester pertama dan membantu perkembangan otak bayi yang baru terbentuk.
20. Vitamin B1
Mencegah dan meredakan rasa mual ibu ketika hamil. Selain itu, ia juga meningkatkan energi otak bayi supaya perkembangan lebih lancar.
21 . Vitamin C
Mempercepatkan serapan zat besi pada ibu agar dapat menghalang terkena anemia. Malah vitamin c juga membekalkan sel darah merah yang mencukup dalam otak bayi.
22. Vitamin D
Makanan baik untuk otak bayi seterusnya adalah vitamin D. Ia melancarkan jaringan pernafasn bayi, walaupun otak sudah terbentuk tetap sempurna normal dan sihat.
Selain mengurangkan masalah darah tinggi dan memperkuatkan tulang ibu.
Makanan untuk otak bayi: Pola pemakanan sihat
23. Elak dari makan makanan yang tidak digoreng dengan baik.
24. Adalah lebih baik ibu merebus atau kukus sayur-sayuran dan kentang sebelum makan bersama nasi panas.
25. Ibu boleh menyediakan hidangan jus bercampur sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
26. Hindari makanan yang mentah dan separuh masak seperti sushi dan telur.
27. Hindari minuman berkafein seperti nescafe, teh, kopi dan soda.
28. Elakkan makan buah buahan yang terlalu masam dan sudah dibuat jeruk serta kandungan gas tinggi.
29. Memperbanyakkan makan ikan untuk kecerdasan otak bayi.
30. Makan coklat dalam kuantiti kecil kerana mengandungi nutrisi untuk kesihatan dan meningkatkan kualiti sel otak secara teratur.
Perhatian:
Akan tetapi, kini terlalu banyak suplemen makanan yang dijual mengandungi bahan kimia bagi menggantikan nutrisi semulajadi. Bukan apa, bimbang sekiranya ia memberikan kesan yang tak baik pada kesihatan otak bayi.
Walau apapun dapat nasihat doktor terlebih dulu. Kami doakan ibu melahirkan bayi dengan otak yang cergas dan sihat.
Selamat bersalin!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Hamil WAJIB Tahu 5 Ciri Kandungan Sihat Ini, Jangan Leka
Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin
Baca juga: AWAS, 7 Tanda Bayi Dalam Kandungan Anda Itu Sebenarnya Dalam Bahaya!