X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak jadi mangsa cedera tulang belakang lepas bapa tiru aksi backflip, kasihannya!

6 Apr, 2018
Anak jadi mangsa cedera tulang belakang lepas bapa tiru aksi backflip, kasihannya!

“Jangan tiru aksi ini”, pernah tak anda terbaca petikan ini dari dalam tv? Disebabkan itu, tak pasal-pasal membabitkan anak sebagai mangsa bila bapa sendiri cuba tunjuk aksi ganas!

Melihat kanak-kanak kecil menari, bernyanyi atau menghadiri pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dengan peringkat usia mereka di kaca TV memang menyeronokkan. Tapi, ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil kisah tentang kesihatan anak, hingga berani mencuba aksi stunt yang menyebabkan anak jadi mangsa cedera tulang belakang!

Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang menggemparkan masyarakat di China.

cedera tulang belakang, cedera backslip, cedera tulang, buat stunt cedera tulang

Cedera tulang belakang kerana aksi stunt backflip bawa padah!

Dalam klip yang tular itu, seorang bapa didapati telah mengangkat anak perempuannya tinggi-tinggi dan meniru aksi stunt yang dilihat dalam satu aplikasi popular.

Selepas cuba membuat backflip, anak kecil yang didukung si bapa tiba-tiba jatuh terhentak kepala dahulu. Disebabkan kecuaian itu, kanak-kanak malang terbabit cedera teruk.

Kemudian bapa itu bergegas ke Wuhan Children’s Hospital. Dr Wu Ji yang bertugas mengendalikan insiden tersebut berkata, ketika tiba di hospital, keadaan kanak-kanak itu serius dan tidak dapat menggerakkan badannya.

cedera tulang belakang, cedera backslip, cedera tulang, buat stunt cedera tulang

Kanak-kanak 2 tahun tak dapat gerakkan tubuh dan cedera tulang belakang

“Dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya, terutama kedua-dua belah tangan,” katanya kepada media tempatan di China.

Walaupun kanak-kanak itu mungkin boleh pulih, saya meminta agar ibu bapa tidak meniru aksi berbahaya dengan anak-anak di rumah kerana bahagian tubuh anak-anak masih rapuh!

Sekiranya bapa tersebut memegang tangannya dengan longgar, pasti anak itu akan jatuh di bahagian kepala dulu. Jika dia memegang tangan terlalu ketat, ia akan menyebabkan dislokasi siku”,” 

Ketahuilah bahawa, kanak-kanak mempunyaibadan yang lembut dan rapuh. Ibu bapa tidak boleh berbuat kasar terhadap tubuh badan mereka.

Jika tidak, akan terjadi seperti insiden ini kanak-kanak cedera tulang belakang ini. Walaubagaimanapun, kanak-kanak masih boleh menceburi bidang sukan fizikal tetapi asalkan ia tidak berbahaya di kemudian hari.cedera tulang belakang, cedera backslip, cedera tulang, buat stunt cedera tulang

Bagaimana dengan kanak-kanak dan sukan lasak?

Permainan dan sukan sememangnya harus diminati oleh anak-anak muda. Sebagai contoh kerjasama yang dapat dihidupkan dalam pasukan.

Terdapat banyak kelebihan sekiranya anak-anak suka mengambil bahagian dalam sukan.

Sangeeta Vijayasimha, pakar psikologi kanak-kanak dan keibubapaan di ePsyClinic.com, India, menjelaskan, kanak-kanak dengan seragam aktiviti berkumpulan mampu mencipta kecederungan sosial mereka sambil memikirkan cara bersahabat dalam pasukan.

Dalam pasukan itu, kanak-kanak akan dapat membina semangat persaingan yang sihat dan memahami idea-idea penting seperti bersyukur. 

Sebagai sebahagian daripada kumpulan, anak-anak muda dapat membina kemampuan menyelesaikan masalah, mengembangkan disiplin diri, dan menjadi pemikir kritis. Selain itu, mereka akan berpeluang untuk memikirkan cara menyesuaikan diri dengan rasa tidak puas hati.

Tips keselamatan ibu bapa perlu tahu

  • Mintalah anak anda memakai alat perlindungan seperti helmet pelindung kepala, pengawal mulut serta gigi dan sebagainya. Terutama sukan kriket, bola sepak, besbol dan hoki.
  • Panaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan bagi melindungi otot dari tercedera.
  • Mengajar anak-anak peraturan permainan. Kadang kala, anak-anak jadi kompetitif apabila terlibat sukan ganas. Jadi tetapkan peraturan sebelum mereka keluar bermain.
  • Minta mereka berhati-hati dan tidak melakukan apa-apa aksi berbahaya tanpa pengawasan.
  • Membantu mereka sekiranya berlaku kecederaan. Adalah normal untuk kanak-kanak mendapat cedera . Oleh itu, berikan bantuan perubatan asas dan menyokong secara fizikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Sejauh Manakah Anda Memahami Semua Vaksin yang Disenaraikan Dalam Buku Kesihatan Anak Anda?
Sejauh Manakah Anda Memahami Semua Vaksin yang Disenaraikan Dalam Buku Kesihatan Anak Anda?

Foto kredit :  southchinamorningpost, alodokter, lobak merah

Sumber : South China Morning Post,theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Pelampung memang alat keselamatan anak ketika berenang, tapi ia berbahaya untuk si kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak jadi mangsa cedera tulang belakang lepas bapa tiru aksi backflip, kasihannya!
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham