Bolehkah Bayi Mula Makan Seawal Usia 5 Bulan? Ini Jawapan Daripada Pakar!

Makanan bayi 0 6 bulan yang sesuai dapat menyokong sistem tumbesaran si manja dan mengekalkan kesihatan tubuh badan agar tidak mudah diserang penyakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan bayi 0-6 bulan amat penting bagi proses perkembangan fizikal dan kecerdasan otak si manja. Jika sebelum ini ibu-ibu mengetahui bahawa makanan pejal biasanya diberikan kepada anak setelah usia 6 bulan, namun mungkin anda tertanya-tanya bolehkah bayi mula makan seawal usia 5 bulan?

Menurut penjelasan pakar, si manja boleh diberi makan seawal usia 4 bulan atau 6 bulan pertama dalam hidupnya.

Makanan bayi 0-6 bulan, bilakah waktu yang terbaik untuk beri makanan pejal?

credit to sources

Hal yang perlu ibu ketahui ialah makanan yang terbaik untuk meningkatkan kesihatan si manja ialah susu ibu. Namun sekiranya anda turut memberikan susu formula, ia sudah memadai untuk membekalkan kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh anak setiap hari.

Ini kerana sistem pencernaan bayi masih belum matang dan tidak mampu untuk memproses dengan baik makanan asing selain susu. Justeru, makanan pejal adalah dilarang jika diberikan terlalu awal.

Manakala menurut American Academy of Pediatrics, ibu hanya boleh memperkenalkan bayi dengan makanan pejal hanya selepas si manja memasuki usia 6 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah untuk mengelakkan masalah penghadaman seperti gejala cirit-birit, kembung perut atau sembelit sehingga menganggu sistem perkumuhan (hati dan ginjal).

Bukan itu sahaja, elak menyuapkan sebarang jenis makanan pejal kerana risiko bayi tercekik, masalah pernafasan dan alahan pada kulit.

Tanda bayi menunjukkan dia sudah bersedia untuk makan 

Bagi ibu ayah baru, anda mungkin berasa cukup teruja kerana si manja sudah semakin membesar. Namun hal yang agak sukar diperhatikan ialah tanda-tanda bayi bersedia untuk meluaskan diet makanan bayi 0-6 bulan selain susu ibu.

#1. Pada tempoh ini, biasanya bayi sudah dapat menegakkan sendiri kepalanya dan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermaksud dia sudah boleh belajar mengambil makanan.

#2. Selain itu si manja anda juga mungkin menunjukkan minat terhadap makanan yang ada dalam pinggan orang dewasa. Sebab itulah setiap kali waktu makan, anda perlu bergilir-gilir dengan pasangan agar tiada kejadian capai dan tumpah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#3. Mampu mengawal pergerakan kepala. Si manja anda sepatutnya mampu mengawal kepala ketika dia duduk dalam keadaan stabil dan tegak tanpa memerlukan bantuan orang dewasa.

#4. Mengalami peningkatan berat badan yang ketara. Kebanyakan anak kecil yang bersedia makan makanan pejal akan mengalami pertambahan dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran.

#5. Boleh mengunyah bukan hanya menelan makanan. Apabila bayi semakin membesar, bahagian lidah dan mulutnya turut berkembang. Justeru jika ibu ingin memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, dia perlulah tahu akan cara untuk menggerakkan makanan yang masuk ke dalam mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun pada ketika ini ia tidak bermakna bahawa bayi anda sudah pandai duduk dan makan sendiri menggunakan tangan mahupun sudu. Sebab itulah makanan pejal pertama untuk anak kecil bukanlah nasi, tetapi sepatutnya ia bersifat separa cecair bagi memudahkan bayi mengunyah dan merasai perlahan-lahan.

Jenis makanan selamat yang boleh ibu sediakan

Anda boleh mulakan dengan satu atau dua sudu makanan berikut:

  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, labu dan bunga kubis
  • Buah-buahan seperti pisang, pir dan epal yang diubah menjadi puri
  • Mencampurkan satu sudu kecil bijirin bersama 4-5 sudu kecil susu badan, susu formula atau air masak sejuk.

Selain itu ibu juga boleh cuba buah-buahan lain seperti avokado, buah pic. Manakala sayuran seperti labu, sayur brokoli dan bunga kubis. Si manja juga akan suka merasai sayur-sayuran berkanji seperti ibu keledek.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja si manja boleh menerima makanan ini, anda boleh mencuba makanan lain daripada kumpulan berikut:

  • Daging, ikan, telur, kekacang
  • Susu dan makanan tenusu
  • Kentang, mi, pasta, roti dan nasi

Bukan itu sahaja, ibu perlu mengekalkan keseimbangan rasa makanan yang mempunyai masin dan manis pada usia ini. Si manja tidak semestinya hanya menggemari makanan manis sahaja.

Kesimpulannya, ibu usahlah cepat berasa kecewa apabila melihat si manja makan dalam kuantiti sedikit sahaja. Perutnya masih kecil dan kebanyakan rutin hariannya sebelum ini hanya susu ibu atau formula sahaja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan