Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!

Makanan bayi 1 tahun biar gemuk dan naik berat badan perlu dicuba oleh para ibu kerana resepinya yang mudah serta cepat disediakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja anak mula menikmati makanan pejal, kaum ibu pasti akan teruja dalam menyediakan menu untuk si kecil. Namun tahukah anda ada beberapa jenis makanan bayi 1 tahun biar gemuk dan naik berat badan?

Dalam sesetengah kes, bayi cenderung untuk kuat menyusu berbanding ambil makanan pejal. Apabila melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik, jururawat mendapati berat tidak naik dan turun ke garisan kuning.

Makanan bayi 1 tahun biar gemuk

Apabila memasuki usia bayi 12 bulan, si manja seharusnya didedahkan dengan pelbagai jenis makanan; rasa dan tekstur yang berlainan bagi menggalakkan perkembangan fizikal serta kemampuannya untuk bercakap.

Pada ketika ini juga si kecil anda sepatutnya dibiasakan dengan menu makanan seperti orang dewasa. Namun ibu perlu mengelakkan dari penggunaan sebarang perasa, gula dan garam.

Jika anda tiada idea untuk menyediakan makanan bayi 1 tahun, cuba beberapa menu yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Rina Azrina ini. Yang penting ia boleh memikat selera anak untuk makan lebih banyak!

Jom kita intai menu Haifa 2 minggu ni pula. Ada 2 3 menu tak sempat snap sebab balik kampung. Kat sana mama tetap masak juga untuk Haifa.

Maaf ya memang tiada sukatan. Agak-agak sedap rasa sahaja. Sebab kita masak pun portion kecil kan jadi memang main campak sahaja bahannya. Jangan lupa tiup kasih sayang sikit masa masak supaya lebih sedap♥️

Resepi makanan bayi 1 tahun

#1. Kurma telur puyuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Telur puyuh-rebus
  • Carrot
  • Ubi kentang
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serbuk kurma-sedikit sahaja
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Santan

Cara penyediaan:

  1. Bawang merah dan halia ditumbuk. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkn bawang yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kurma dan sedikit air.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang.
  4. Masak hingga semua lembut.
  5. Akhir sekali masukkan santan dan telur puyuh yang telah direbus tadi. Biarkan mendidih sedikit pekat. Siap!

#2. Ayam masak merah

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ayam gaul kunyit dan goreng
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tomato paste
  • Cili yitu paste
  • Sayur (mama guna carrot)

Cara penyediaan:

  1. Bebawang ditumbuk halus
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
  3. Masukkan cili yitu paste. Tumis hingga naik minyak. Kemudian masukkan tomato paste.
  4. Bila sambal dah masak dan warna pun dah cantik. Masukkan ayam yang telah digoreng dan sayur.
    Siap.

#3. Makanan baby: Pasta Pesto (Spinach Sauce)

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Bayam

*Blend semua skali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dan tumis bahan blend
  2. Masukkan ayam serta serbuk parsley. Kacau sebati.
  3. Dah agak ayam masak. Masukkan full cream milk. Kacau-kacau hingga sedikit pekat. Siap!

#4. Ayam percik

Bahan-bahan untuk makanan bayi 1 tahun:

  • Ayam diperap dengan halia dan bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Tepung gandum sikit
  • Kurma

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua dan masak hingga kuah pekat. Ayam grill hingga masak.
  2. Tuangkan kuah dan bakar skali lagi untuk dapatkan effect garing. Siap!

#5. Murtabak nasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Nasi yang telah dimasak
  • Bawang- dicincang halus
  • Ikan 
  • Sayur

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ikan dan kacau
  2. Masukkan nasi dan sayur. Kacau sebati
  3. Pecahkan telur dan pukul hingga kembang. Masukkan nasi yang dimasak tadi. Goreng macam buat telur dadar. Siap!

#6. Tomyam ayam

Bahan-bahan untuk makanan baby 1 tahun:

  • Isi ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Tomato paste
  • Brokoli
  • Carrot
  • Jagung
  • Serai
  • Daun limau
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
  2. Biarkan sedikit pekat dan masak semuanya. Siap!

#7. Roti john versi baby

Bahan-bahan makanan baby 1 tahun:

  • Bawang holland-chopped
  • Bawang putih-chopped
  • Tomato paste
  • Sedikit serbuk kari
  • Isi ayam dipotong kecil
  • Sayur
  • Susu full cream

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang dan tomato paste.
  2. Masukkan serbuk kari, ayam dan sedikit air. Bagi ayam masak elok. Masukkan sayur. Siap dan ketepikan.
  3. Ambik sebiji telur dan campur full cream milk sikit. Kacau-kacau manja.
  4. Masukkan bahan yang ditumis tadi. Kacau sebati
  5. Masak macam buat roti john biasa dan siap!

#8. Lempeng pisang kelapa

Menu simple untuk anak ini memang sedap sungguh. Rasa lemak-lemak manis dan sesuai untuk sarapan pagi si kecil.

Bahan-bahan:

  • Sebiji pisang- dilenyek
  • Kelapa parut muda dua sudu besar
  • Tepung gandum unbleached
  • Sedikit baking powder
  • Susu full cream

Cara penyediaan:

  1. Gaul sebati semua. Masak lempeng menggunakan non stick pan bagi elakkannya dari melekat.
  2. Kalau ada daun pisang, balutkan dan masak atas pan. Lagi sedap dan wangi.

#9. Waffle pandan kelapa

Bahan-bahan makanan untuk bayi 1 tahun:

  • Tepung unbleached
  • Sedikit baking powder
  • Air daun pandan
  • Kelapa parut sikit
  • Minyak masak skit
  • Full cream milk/santan

Cara penyediaan:

  1. Kacau semua bahan dan masak menggunakan waffle maker. Siap!

Mudahkan kesemua resepi makanan bayi 1 tahun di atas ini? Ibu-ibu kena cuba pelbagaikan menu anak setiap hari. Barulah si manja teruja untuk menikmati hidangan setiap kali tiba waktu makan mereka.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

Baca juga: Ibu Ayah Jangan Biarkan Bayi Bawah 12 Bulan Tidur Meniarap, Ia Punca Utama Kes Kematian Mengejut (SIDS)!

Baca juga:  Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam