Senarai Makanan Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Si Manja!

Makanan bayi 9 bulan ada pelbagai yang boleh ibu-ibu cuba. Hal paling penting ialah anda perlu try and error dalam memikat selera si manja untuk makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara momen yang paling seronok buat para ibu adalah tidak sabar untuk berikan si manja dengan makanan pejal. Anda mulalah memikirkan menu makanan bayi 9 bulan yang sedap dan berkhasiat supaya si manja memperoleh nutrisi mencukupi.

Bagi memudahkan kerja, apa kata ibu semak sahaja di sini. Kami kongsikan beberapa senarai menu istimewa yang boleh diberikan kepada bayi berusia 9 bulan ke atas untuk panduan ibu-ibu.

Idea makanan bayi 9 bulan yang sedap dan mudah

#1. Makanan bayi 9 bulan- Bubur ayam dan brokoli

Bahan-bahan:

  • Beras bubur bayi
  • Pes ayam
  • Puri brokoli
  • Sedikit saderi
  • Campuran rempah
  • Minyak zaitun

Cara memasak

  1. Basuh beras sehingga bersih dan masak seperti biasa. Kemudian tambahkan pes ayam, puri brokoli serta saderi.
  2. Masak sehingga pekat. Letak campuran rempah dan renjiskan minyak zaitun. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

#2. Kentang putar KFC versi bayi

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ubi kentang (direbus, tapis dan kisar sehingga hancur)
  • Stok ayam
  • Pes ayam
  • Puri labu
  • 1 sudu kecil tepung gandung
  • Bawang putih*
  • Bawang holland*
  • Saderi*
  • Sedikit mentega

Cara memasak

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Tumis bahan yang dikisar bersama mentega sehingga naik bau. Tambahkan stok ayam, pes ayam dan puri labu.
  3. Kacau sehingga masak. Kemudian masukkan tepung gandum untuk pekatkan kuah.
  4. Setelah siap kuah, curahkan ke atas kentang yang siap dikisar.

#3. Pisang bakar keju

Bahan-bahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 biji pisang
  • Puri kurma
  • Sedikit keju

Cara memasak

  1. Bakar pisang bersama kulit selama 10 minit. Setelah masak, kupas kulit pisang tersebut.
  2. Curahkan puri kurma atas pisang. Kemudian sagat keju ke atas pisang tadi.

#4. Makanan bayi 9 bulan- Bubur nasi ikan bilis

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Beras bubur bayi
  • Quinoa
  • Stok ikan bilis
  • Labu
  • Minyak zaitun
  • Campuran rempah

Cara memasak

  1. Basuh dan masak beras bubur bayi dan quinoa. Tambahkan stok ikan bilis dan juga labu.
  2. Setelah ia masak, masukkan campuran rempah dan renjiskan minyak zaitun.
  3. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan!

#5. Makaroni keju 

Bahan-bahan

  • Makaroni
  • Stok ayam
  • Puri labu
  • 1//4 bawang holland
  • 1 ulas bawang putih
  • Keju
  • Tepung gandum
  • Minyak zaitun
  • Campuran rempah

Cara memasak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus makaroni selama 10 minit dan toskan.
  2. Tumis bawang dengan mentega. Masukkan stok ayam dan puri labu
  3. Kacau sebati, tambahkan keju dan tepung gandum.
  4. Masukkan campuran rempah dan minyak zaitun. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

#6. Sup labu berkrim

Bahan-bahan

  • 1/4 biji labu
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 1/2 batang saderi
  • 1 senduk bone broth
  • 1/3 cawan susu segar
  • Air secukupnya
  • Mentega (untuk menumis)
  • Secubit oregano dan parsley

Cara memasak

  1. Kupas labu dan lobak. Potong mengikut saiz yang anda suka.
  2. Tumis bawang bersama saderi sehingga naik bau. Kemudian tambah labu dan lobak. Biarkan ia seketika.
  3. Masukkan bone broth dan air (pastikan kuah tidak perlu banyak).
  4. Tutup api dan masukkan bahan dalam periuk ke dalam pengisar. Kisarkan sehingga halus. 
  5. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk, masak dengan api yang perlahan.
  6. Masukkan susu segar, oregano dan parsley. Setelah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

#7. Makanan bayi 9 bulan- Bubur oat butternut squash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • Oat (rendam semalaman)
  • Labu
  • 7 biji kismis
  • 1 biji buah aprikot kering
  • 3 biji goji (jika ada)

Cara memasak

  1. Masak oat, goji dan labu sehingga lembut.
  2. Kukus kismis dan buah aprikot. Kemudian kisar sehingga lembut.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam oat yang sudah dimasak. Sedia untuk dihidangkan!

#8. Pasta abjad bersama ayam keju

Bahan-bahan

  • Pasta abjad (direbus selama 5 minit)
  • Lobak merah (sagat)
  • 1/4 bawang holland (cincang)
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 batang saderi (cincang)
  • Isi ayam (dikisar)
  • Keju (sagat)
  • Campuran rempah
  • Mentega (untuk menumis)
  • Minyak zaitun

Cara memasak

  1. Tumis bahan yang dicincang bersama mentega sehingga ia kekuningan. Tambah isi ayam, tumis seketika.
  2. Masukkan lobak sehingga ia empuk. Tambah keju. 
  3. Setelah masak, kisarkan bahan-bahan ini. Curahkan ke atas pasta abjad yang sudah siap direbus.
  4. Sedia untuk dinikmati!

#9. Puding roti

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti (direndam dalam air sehingga kembang)
  • Labu
  • 1 biji aprikot kering
  • 7 biji kismis
  • 1 sudu besar kuning telur

Cara memasak

  1. Kukus labu, kismis dan buah aprikot. 
  2. Satukan semua bahan kukus, roti dan kuning telur. Kemudian kisarkan ia sehingga hancur.
  3. Masukkan ke dalam loyang atau acuan. Kukus selama 30 minit.
  4. Curah topping yang bersesuaian. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Bidadari 

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Idea Bubur Bayi Penuh Khasiat, Mudahkan Urusan Ibu Bekerja @ Work From Home