Pakar Pediatrik Dedah 2 Makanan Biasa Yang Harus Dielak Untuk Bayi Anda!

lead image

Ketahui mengapa pakar pediatrik menganggap makanan yang enak ini tidak bagus untuk anak anda!

Pasti ada ibu bapa yang keliru ketika mahu mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi mereka.

Apa yang boleh diberikan? Apa pula yang tidak sesuai diberikan kepada anak kecil mereka itu?

Apabila berbicara tentang saranan pemakanan untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, ada banyak pilihan di luar sana.

Kentang lecek, buah-buahan segar, telur dan sayur-sayuran hijau adalah beberapa pilihan biasa.

Tapi, ada beberapa pilihan ideal lain yang tidak diketahui oleh ramai orang.

Tanya Altmann, seorang Pakar Pediatrik yang menyumbang pada TODAY, telah mendedahkan beberapa makanan pilihan utamanya malah juga menyenaraikan dua makanan yang harus dielak.

Sebelum kita tengok apakah senarai makanan yang tidak sesuai diberikan kepada bayi anda, berikut adalah tiga makanan utama yang patut anda ada di rumah:

1. Buah Avokado

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/avocado 1  300x199.jpg Pakar Pediatrik Dedah 2 Makanan Biasa Yang Harus Dielak Untuk Bayi Anda!

Foto: Pixabay

Buah avokado adalah makanan yang baik untuk anda berikan kepada bayi anda.

Buah ini kaya dengan kalium, serat, lemak sihat dan ia bagus untuk jantung bayi anda juga (untuk orang dewasa pun!).

Menyediakannya pun mudah. Buah avakado ini boleh dilecek sahaja dengan menggunakan garfu.

Anda boleh mula memperkenalkan buah avokado yang dipotong dadu ketika bayi anda berusia dalam lingkungan lapan atau sembilan bulan.

Untuk menggalakkan dia suka makan dan mula meneroka, biarkan si kecil anda itu belajar untuk menyuap dirinya sendiri. Anda hanya perlu melenyekkan buah itu untuknya.

2. Mentega Kacang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/peanut butter oatmeal 1 300x199.jpg Pakar Pediatrik Dedah 2 Makanan Biasa Yang Harus Dielak Untuk Bayi Anda!

Mentega kacang dan pisang oatmeal. Foto: Pixabay

Menurut Dr. Altmann, anda juga patut mula membenarkan anak anda makan kacang seawal usia 4 hingga 6 bulan.

Kenapa? Ia adalah kerana pendedahan awal kepada kacang boleh membantu mereka mencegah pembentukan alahan kepada kacang pada masa akan datang.

Mentega kacang bukan sahaja lazat dan praktikal, namun ia juga baik untuk kesihatan.

Mentega kacang kaya dengan pelbagai protein sayur-sayuran, lemak sihat dan Vitamin E.

Untuk membuatkan makanan pejal itu semakin menarik, anda boleh memasukkan mentega kacang dalam empingan oat anak anda – dengan cara mencairkan satu sudu teh mentega kacang ke dalam satu auns empingan oat gandum.

Anda juga boleh mula memperkenalkan mentega kacang sahaja (atau dengan roti), dalam kuantiti yang kecil, kepada bayi anda apabila mereka berusia lebih daripada 8 bulan.

3. Ikan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/salmon broccoli 300x199.jpg Pakar Pediatrik Dedah 2 Makanan Biasa Yang Harus Dielak Untuk Bayi Anda!

Salmon dan brokoli mash. Foto: Pixabay

Jika anak anda tidak membiasakan diri makan ikan sedari kecil, akhirnya nanti, dia tidak akan menggemari ikan apabila mereka meningkat dewasa.

Dan hal ini amat merugikan kerana ikan sebenarnya benar-benar bagus untuk anda!

Diperkaya dengan asid lemak Omega-3, ikan dapat membantu perkembangan otak dan mata si kecil anda.

Dr. Altmann berkongsi lagi, dalam pelbagai jenis pilihan ikan, ikan Salmon adalah ikan terbaik dan paling sihat untuk bayi kerana ia mengandungi sejumlah tinggi protein, Vitamin D dan Omega-3.

Ikan salmon juga rendah kandungan merkuri, berbanding dengan ikan-ikan lain. 

Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar berhati-hati ketika menyediakan hidangan ikan ini – pastikan ikan dibersih dan dimasak dengan sempurna.

Melenyekkan ikan dengan menggunakan garfu adalah kaedah penyediaan yang paling biasa digunakan.

Tetapi, anda juga boleh menambah air, susu ibu, atau sup sayur untuk menambah kelembapan hidangan.

Nak sihat lagi, anda juga boleh mencampurkan sayur-sayuran hijau seperti brokoli ke dalam hidangan ikan salmon tersebut.

Apa yang anda harus elak berikan kepada bayi anda? Jom baca laman seterusnya!

Selain itu, Dr Altmann juga memberi amaran kepada ibu bapa, tentang dua pilihan makanan yang berikut.

Pilihan makanan ini mungkin akan mengejutkan ramai orang, kerana ia seringkali menjadi “pilihan paling biasa” untuk semua ibu bapa di seluruh dunia.

1. Elak Bijirin Nasi Putih

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/Untitled presentation 16 300x200.jpg Pakar Pediatrik Dedah 2 Makanan Biasa Yang Harus Dielak Untuk Bayi Anda!

Dr. Altmann menggalakkan memilih beras perang atau quinoa. Foto: Daily Mom

Anda pasti terkejut kerana nasi putih ini telah menjadi pilihan yang utama bagi para ibu bapa yang menyediakan makanan pejal pertama untuk bayi mereka.

Namun begitu, Dr. Altmann percaya bahawa bijirin nasi putih ini adalah sebuah pilihan yang buruk kerana, selain daripada tiada nutrien atau rasa, pilihan makanan ini juga boleh memulakan tabiat pemakanan yang kurang sihat pada kanak-kanak.

Walaupun makanan ini mengandungi zat besi dan zink, namun ia masih tidak berkhasiat seperti daging.

Walaubagaimanapun, untuk ibu bapa yang masih percaya bahawa bijirin ini harus menjadi pilihan makanan pertama buat bayi mereka, ada alternatifnya: pilih nasi perang, bukan nasi putih.

Pilihan ini bukan sahaja lebih berkhasiat, malah dengan memperkenalkan bayi anda kepada nasi perang (atau quinoa), ia boleh membiasakan mereka dengan pemilihan makanan yang sihat ketika mereka membesar.

Pilihan bagus yang lain adalah nasi perang atau empingan oat quinoa (seperti yang dinyatakan sebelum ini – dengan campuran mentega kacang atau buah-buahan segar).

Namun, ibu bapa juga dinasihatkan untuk berhati-hati dalam memperkenalkan nasi perang kepada bayi mereka kerana ia mampu mengakibatkan cirit-birit.

Apa yang paling terbaik adalah dengan memantau sistem penghadaman bayi anda terlebih dahulu sebelum menggabungkan pilihan makanan ini ke dalam diet mereka.

2. Elak Pemberian Jus

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/avoid juice 300x199.jpg Pakar Pediatrik Dedah 2 Makanan Biasa Yang Harus Dielak Untuk Bayi Anda!

Salah satu soalan yang sering diajukan kepada Dr. Altmann adalah bilakah masa yang sesuai untuk memberikan jus kepada kanak-kanak.

Jawapan yang sering diberikan Dr. Altmann: “Jangan beri sama sekali!”.

Beliau percaya walaupun jus telah dicampur dengan air, namun ia masih mampu mencetus tabiat buruk iaitu ketagih minuman manis.

Beliau juga menambah, jus buah-buahan tidak mengandungi sebarang serat, maka ia tidak sesuai menjadi pengganti kepada buah-buahan segar yang sebenar.

Lalu, apa yang harus diminum? Sudah semestinya, air kosong atau air putih!

Dr. Altmann menasihatkan ibu bapa untuk mula memperkenalkan air kosong kepada bayi apabila mereka mencapai usia 6 bulan.

Minum banyak air adalah satu tabiat yang sihat dan paling baik dimulakan sebelum anak anda mencecah usia setahun! 

Jika anda mempunyai pandangan, pertanyaan atau komen mengenai topik ini, sila kongsi dengan kami!