Makanan dalam pantang bersalin normal ada pelbagai jenis. Ada yang kata boleh makan itu dan ada yang kata tidak boleh. Namun ia semua terserah kepada badan seseorang ibu.
Ibu-ibu yang baru bersalin memang akan cepat keliru memikirkan tentang makanan dalam pantang bersalin normal.
Walau bagaimanapun, berhati-hatilah ketika memilih hidangan berpantang. Ini kerana jika tersilap langkah, ia boleh memudaratkan anda dan juga bayi yang sedang menyusu.
Isi Kandungan
Senarai Makanan dalam Pantang
Untuk ibu yang baru melahirkan bayi secara normal, ini beberapa jenis makanan dalam pantang yang boleh anda nikmati dalam tempoh 44 hari ini.
Jangan risau ibu, menu makan pantang ini tetap sedap dan pastinya akan menyelerakan anda. Yang pasti, semuanya adalah berkhasiat supaya luka dalaman anda cepat sembuh dan dapat mengembalikan semula keadaan badan seperti sebelum bersalin.
Ini antara menu-menu yang boleh anda nikmati ya!
#1. Menu berasaskan ikan
- Ikan tenggiri masak singgang
- Ikan tenggiri masak asam
- Ikan tenggiri bakar
- Ikan merah tumis bawang
- Sup ikan merah
- Kari ikan tanpa santan
- Ikan kukus halia
- Ikan cencaru bakar berempah
- Ikan haruan masak lada hitam
- Singgang ikan
- Ikan bakar
#2. Menu berasaskan ayam
- Ayam kampung masak stim
- Ayam kukus cendawan hitam
- Ayam stim daun kari
- Ayam bakar
- Ayam ungkep lada hitam
- Ayam masak bijan
- Sup ayam betik muda
- Ayam masak kering
- Ayam panggang lemon berherba
#3. Menu berasaskan daging
- Daging masak halia bersawi
- Daging masak lada hitam
- Daging panggang
- Singgang daging
- Daging goreng kunyit
- Daging rebus asam
#4. Minuman berpantang
- Air halia madu panas
- Susu kacang badam
- Jus pegaga dan madu
Resepi Makanan dalam Pantang Bersalin Normal
Ini kami kongsikan pula beberapa resepi makanan dalam pantang yang boleh para ibu cuba!
#1. Ayam panggang lemon berherba
Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
Minyak zaitun
Bawang putih – kisar/tumbuk/cincang halus
Kulit lemon – shredded (anggaran 1 sudu kecil)
Rosemary (fresh) 1sudu
Thyme (fresh) 1 sudu
* Anda juga boleh gunakan yang kering jika tak dapat yang segar ya
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara buat:
1) Masukkan ayam dalam zipper bag atau plastik biasa
2) Untuk bahan perapan, campurkan minyak zaitun, bawang putih, kulit lemon, rosemary, thyme, garam & black pepper. Sebatikan dan tuang dalam zipper bag yang ada ayam tadi
3) Perap dalam peti sejuk selama lebih kurang 2-4 jam
4) Untuk grill, keringkan ayam tadi dari perapan. Kemudian gunakan pan grill untuk memanggang dalam lebih kurang 15-20 minit sehingga ayam betul-betul masak
#2. Ayam kukus cendawan hitam
#3. Resepi singgang ikan
#4. Sup ayam betik muda
Bahan-bahan:
500gm ayam (dipotong kecil)
200gm betik muda (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa
Bahan A:
800ml air
2 biji cili padi (diketuk)
1 helai daun limau purut
Bahan-bahan dihiris halus:
20gm lengkuas
20gm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Cara-cara :
1) Masukkan bahan A dan bahan-bahan yang dihiris halus ke dalam periuk
2) Rebus sehingga mendidih
3) Masukkan ayam, jus limau, daun selasih, betik muda dan garam. Didihkan sehingga ayam empuk
4) Masukkan tomato
5) Biarkan mendidih selama 10 minit lagi
#5. Ayam bakar
Bahan-bahan:
Dada ayam tanpa kulit
Sedikit serbuk kari untuk aroma
Garam dan lada hitam
Cara-cara:
1) Marinate ayam dengan serbuk kari, garam dan lada hitam
2) Kemudian grill seperti biasa
#6. Kari ikan tanpa santan
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara-cara :
1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak
2) Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu
3) Masukkan kari ikan dan masak sehingga pecah minyak
4) Masukkan air, ikan dan air asam jawa
5) Bila ikan dah masak, masukkan garam. Tunggu sehingga mendidih dan siap
#7. Ikan tenggiri masak asam
Bahan-bahan:
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Bahan-bahan yang dihiris
30gm halia
3 biji bawang merah
Cara-cara:
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak
3) Kacau rata sebelum dihidangkan
#8. Singgang daging ala Kelantan
Bahan-bahan:
1 liter air
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (dipotong tiga)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dihiris kasar:
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas
Cara-cara:
1) Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang putih, ketumbar, cili kering dan asam keping hingga empuk
2) Kemudian masukkan bawang besar,garam dan gula
3) Didihkan seketika sebelum diangkat
#9. Pais ikan tenggiri
Bahan-bahan:
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan yang ditumbuk:
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
Cara-cara:
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa, serbuk kunyit dan garam
2) Lumurkan pada ikan hingga rata
3) Perapkan selama 30 minit
4) Bungkus ikan dengan daun pisang
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak
#10. Daging grill
Bahan-bahan:
Olive oil
Daging segar bahagian lembut
Bawang putih yang dihiris
Halia yang dihiris
Serbuk lada hitam kasar
Serbuk lada putih halus
Oregano
Rosemary
Garam halus
Cara-cara :
1. Bersihkan daging. Perap daging semalaman atau atleast 30min dengan bahan-bahan di atas
2. Panaskan olive oil dalam kuali pemanggang ajaib. Grill daging tadi sehingga masak
3. Goreng bawang putih dan halia sehingga garing.
Mengapa Perlu Pantang Makan?
Sebenarnya, amalan berpantang selepas bersalin masih galak untuk dilakukan, namun ia tidaklah seketat seperti pada zaman dahulu.
Berpantang ini ada kebaikannya memandangkan ia merupakan satu fasa bagi memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin. Ini kerana dari aspek pemakanan, ibu yang baru lepas melahirkan anak memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk memastikan tahap kesihatan ibu kembali optimum serta untuk penyusuan susu kepada bayi.
Justeru itu, ia hanya boleh dicapai melalui pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Tanpa amalan pemakanan sihat, ibu berpantang berisiko tidak mendapat khasiat mencukupi yang sepatutnya diperlukan oleh tubuhnya bagi tujuan proses pemulihan selepas bersalin dan bagi penyusuan susu ibu.
Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan ibu tidak bertenaga dan kemudiannya boleh menyebabkan ibu menjadi stress dan melarat sehingga menjdi kemurungan.
Bahkan lebih penting, berpantang juga boleh membantu membuatkan badan ibu kembali kepada bentuk asal seperti sebelum hamil.
Kebaikan Mengamalkan Makanan dalam Pantang
Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.
Jadi, tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.
Pemakanan diet yang seimbang dan berkhasiat akan membantu ibu memperoleh nutrisi yang secukupnya untuk tubuh bahkan juga penting bagi penyusuan ibu pada bayi.
Makanan yang Perlu Dielak Ketika Pantang
- Ikan keli, bawal hitam, terubuk, kembung, cencaru, sembilang, ikan masin dan ikan keli.
- Air yang bergas, ais sejuk, kelapa muda, tebu, cincau, jus buahan dan cuka buah.
- Kubis, kacang panjang, kacang botol, petai, kangkung, terung, pucuk paku, jering, ubi kayu, timun, tomato, labu dan sayur keladi.
- Nenas, betik, durian, tembikai, pisang, kuinin, sengkuang, cempedak, nangka, langsat, belimbing, ciku, manggis, jambu dan pear.
- Laksa, tempe, makanan yang terlalu berminyak dan daging yang diproses.
- Jamu dan herba yang boleh menyebabkan bayi mengalami demam kuning.
Sekilas Info Mengenai Berpantang Selepas Bersalin Normal
#1. Jangan ambil makanan yang tajam dan berangin dalam tempoh berpantang
Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, banyak buah-buahan yang dianggap ‘sejuk’ atau berbisa. Antaranya seperti buah nenas, limau dan buah lai.
Jika anda menyusu badan, pakar laktasi berpendapat buah-buahan sitrus boleh menyebabkan masalah penghadaman bagi sesetengah bayi.
Jika anda mendapati bayi kembung, muntah, atau tidak selesa selepas anda makan sesuatu makanan, eloklah anda mengelak pengambilannya.
#2. Ayam dan lembu boleh makan tak?
Makanan dalam pantang bersalin normal yang pertama sekali anda patut jadikan sebagai menu utama ialah ayam dan daging kerana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk si ibu selepas melahirkan bayi secara normal.
Oleh itu, untuk dapatkan kembali tenaga yang hilang, ibu perlu mendapatkan khasiat dari daging ayam dan lembu dalam pemakanan seharian tatkala berpantang.
Meskipun begitu, hindari bahagian lemak seperti kulit ayam, kulit lembu, hati, jantung dan meskipun untuk dinikmati sebagai menu makan malam.
#3. Ikan apa yang tak boleh dimakan?
Ikan antara makanan popular kala berpantang. Misalnya ikan haruan merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang mampu menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat.
Manakala, ikan yu pula dikatakan mampu memperbanyakkan susu ibu. Walaupun begitu, makanan dalam pantang bersalin normal yang menyebabkan turun darah dan angin adalah seperti ikan duri, sembilang, kembung, cencaru dan lain-lain.
Jadi, lebih baik, para ibu berhati-hati kala menikmati hidangan berpantang.
Selain itu, elak dari makan makanan laut yang lain seperti kerang, udang dan ketam. Jangan mimpi nak makan seafood ini ketika berpantang ya! Akhirnya anda akan rasai kegatalan di tempat jahitan.
#4. Air apa boleh minum?
Saya dulu ketika berpantang suka mengamalkan minuman kopi panas yang mampu membekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisme badan.
Selain itu, ibu selepas bersalin juga boleh mengamalkan minuman halia yang boleh membuang angin dalam badan. Meskipun begitu, elakkan minuman bergas, sejuk dan tajam sepanjang tempoh berpantang.
#5. Buah-buahan
Ini sememangnya WAJIB ada dalam makanan ibu berpantang, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi.
Namun ketika berpantang, terdapat beberapa buah-buahan yang dilarang seperti nenas yang dikatakan tajam dan boleh mengakibatkan tumpah darah. Cempedak dan nangka juga antara makanan dalam pantang bersalin normal yang harus dielakkan kerana menyebabkan angin dan sakit sendi.
Pun begitu, antara buah yang dibolehkan seperti kurma, oren, anggur, epal dan strawberi.
#6. Sayur-sayuran apa yang boleh dimakan?
Selain itu, sayur-sayuran juga penting kala meniti hari berpantang. Antara sayur-sayuran yang digalakkan untuk dimakan seperti lobak putih, peria, sawi, bayam dan brokoli.
Ini antara makanan dalam pantang bersalin normal yang bagus untuk peredaran darah. Namun begitu, elakkan mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin yang boleh menyebabkan sakit badan.
#7. Ulam-ulaman
Ulam-ulaman merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang paling disyorkan. Ia mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai jenis vitamin yang bersifat anti oksidan.
#8. Makanan pantang YANG PALING DILARANG
Burger, nugget, sosej, bihun, mee, ubi, laksa dan berminyak merupakan antara makanan yang paling tidak boleh dimakan.
Selain tidak mempunyai khasiat yang baik untuk penyusuan, makanan ini juga menyebabkan kembung, angin dan badan menjadi tidak bermaya.
Sekiranya anda masih keliru dengan pemakanan, rujuk saja pada doktor anda. Minta nasihat dalam diet seharian anda. Lebih-lebih lagi buat ibu yang menyusu.
Sejujurnya tentang pemakanan ibu selepas bersalin ini memang tidak dinyatakan sebelum anda dibenarkan pulang ke rumah. Jadi ia adalah informasi yang anda perlu cari sendiri.
Nutrisi yang Diperlukan Ibu
Ibu yang baru melahirkan bayi selalunya memerlukan antara 1,800 hingga 2,200 kalori dalam sehari. Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, anda memerlukan tambahan lebih 500 kalori lagi. Ini belum dikira ibu yang bersenam 45 sehari, ibu yang berat badannya rendah atau menyusu lebih daripada seorang anak, anda memerlukan kalori lebih dari yang dinyatakan tadi.
Nutrisi yang diperlukan ibu selepas bersalin atau makanan ibu berpantang ini memerlukan banyak nutrien penting. Dalam sepinggan makanan anda perlu ada buah-buahan dan sayuran dalam setengah pinggan, kemudian bijiran atau nasi dalam setengah pinggan.
Elakkan makanan dalam tin dan yang dipek sedia ada. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula. Air yang diproses dan tinggi kandungan gula juga perlu dielakkan.
Anda juga memerlukan sumber protein yang cukup. Daging ayam dan ikan sentiasa menjadi pilihan terbaik dalam makanan ibu berpantang.
Sumber
Web MD (July 25, 2021). New Mom’s Guide to Nutrition After Childbirth. www.webmd.com/parenting/baby/nutrition-guide-new-moms
Pantang Plus (n.d). Lauk Pantang (Resepi & Menu Orang Berpantang 44 Hari). pantangplus.com/menu-berpantang-44-hari/
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jamu Selepas Bersalin: 5 Bahan & Khasiat Yang Ibu Perlu Tahu
Baca juga: Makan Coklat Ketika Pantang? Benarkah Ia Boleh Sebabkan Sembelit?
Baca juga: Tips Pilih Confinement Lady Supaya Tak Buat Ibu Pening Kepala Masa Berpantang Nanti!