Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah
Menu diet cara eat clean terbukti mampu menurunkan berat dengan selamat dan berkesan. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan
Apabila bercakap mengenai kecantikan, rata-rata wanita menginginkan bentuk badan yang cantik, berat ideal dan kulit yang sihat. Dalam hal ini, perkara pertama yang perlu anda ubah adalah menu diet dalam seharian.
Kebanyakan wanita mengatakan bentuk badan mereka berubah selepas melahirkan anak. Lebih merisaukan lagi, ada diantara isteri tidak memiliki keyakinan apabila bersama suami disebabkan oleh mereka rasa kurang menarik, seksi dan cantik seperti sebelum berkahwin.
Menu diet menjadi salah satu punca anda gagal turunkan berat
Sebenarnya menurut pakar, ramai penduduk di Malaysia sering bertanya macam mana nak kurus, namun tidak mahu mengubah jadual makanan diet yang sebetulnya.
Walaupun ramai sendiri tahu akan kebaikan menjaga tubuh badan demi kesihatan (malah penampilan), tapi mereka tidak faham apa jenis menu makanan diet sihat yang boleh diambil.
Selain itu, ada yang beranggapan bahawa untuk cepat kurus, perlu mengelakkan daripada pengambilan nasi putih.
Tapi hakikatnya, kita perlu mengamalkan makanan untuk diet yang seimbang dan sihat bagi memastikan berat badan sentiasa berada dalam bacaan ideal.
Bagi anda yang sering bertanya macam mana nak kurus dan cara diet yang betul, kami menasihatkan supaya elakkan pengambilan makanan yang diproses, makanan mengandungi pengawet, makanan banyak gula dan makanan dengan lemak jahat/ kolesterol tinggi.
Makanan sihat yang sebenarnya ialah EAT CLEAN
Coach Yatie Nadzli baru-baru ini telah berkongsi tentang apakah itu “eat clean” yang sepatutnya kita amalkan dalam mengawal berat badan.
Menurut beliau, 80% kejayaan penurunan berat badan memberi fokus pada makanan yg berkhasiat dan eat clean. Eat clean bermaksud:
- Makan whole food, bukannya makanan proses. Contohnya: makan ikan, bukannya bebola makan. Makan nasi, bukannya makan bihun atau mee
- Jangan ambil makanan yang ada minyak, gula, sos dan serbuk perasa
- Makan semua kumpulan makanan dalam piramid dengan seimbang
- Makan 4-5 kali sehari ikut keperluan kalori badan
Jenis menu diet yang perlu dielakkan
Antara makanan untuk diet seimbang yang perlu anda elak untuk cepat kurus ialah:
- Semua masakan bergoreng
- Kek, pemanis mulut, biskut, coklat, aiskrim
- Semua jenis air yang manis
- Makanan yang diproses seperti nuget, hotdog
- Semua makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza
- Semua jenis sos dan kicap
- Kerepek atau kekacang yang bersalut.
Makanan seimbang atau “eat clean” mampu mengempiskan perut
Selama ini puas anda bersenam, tak makan macam-macam dan cuba semua ubat kurus, tapi perut masih tak kempis?
Itu mungkin berpunca daripada jenis makanan dan minuman yang diamalkan. Jadi bermula hari ini, buatlah perubahan dalam menu diet seminggu, barulah anda nampak hasilnya kelak.
Sebenarnya menu diet ini tak semestinya anda tolak makan nasi secara 100%, tetapi anda hanya perlu kurangkan pengambilan nasi. Bukan sahaja nasi ya, malah sebarang jenis makanan yang mengandungi karbohidrat!
Senarai menu makanan diet sihat yang boleh anda cuba
Berikut ini adalah beberapa menu makanan berkhasiat yang boleh anda cuba di rumah. Semuanya nampak enak dan boleh dibuat sendiri. Cubalah, semoga ia membantu menurunkan berat badan anda!
#1. Makanan seimbang: Nasi putih dinikmati bersama ikan salmon, lobak merah dan juga brokoli hijau.
#2. Menu diet – Semua makanan di ambil suku-suku separuh. Pilihan sayur brokoli dan lobak merah antara yang paling digemari ramai untuk mengamalkan makanan diet sihat.
#3. Makanan untuk diet cepat kurus: Nasi bersama ayam dan sayur-sayuran seperti kubis dan kangkung.
#4. Selera makanan diet boleh juga diubah dengan meletakkan serbuk lada hitam yang dimasak bersama bawang merah. Hmm, cukup enak serta mempercepatkan anda untuk kurus.
#5. Makan nasi kalau letak sedikit sambal bercili boleh bantu selera makan anda walaupun tanpa kuah.
#6. Tauhu, salad, ikan dan nasi putih bersama sambal bercili.
#8. Sayur campur dan ikan salmon.
Sayur campur, grill salmon dan ikan bilis tumbuk. Enak!
Ikan bakar, sayur campur, sambal belacan dan nasi putih.
Ikan bercili hijau, kobis mentah, sambal merah dan nasi putih.
Menu berkhasiat: Sayur brokoli, lobak merah, nasi putih bersama ayam potongan dadu.
Pengiraan kalori makanan untuk diet, ambil tahu berapa jumlah yang diperlukan
Setiap makanan yang diambil akan diproses bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Dalam menjaga berat badan agar menjadi ideal, adalah penting untuk anda mengira kalori yang diperlukan setiap hari.
Antara kaedah yang boleh digunakan adalah: ‘Quick Method’ (Kaedah pantas)
Langkah 1 : Perlu tahu Indeks Jisim Tubuh (IJT) / BMI, berat badan ideal dan tahap aktiviti fizikal anda
Langkah 2 : Tentukan keperluan kalori makanan untuk diet dengan formula berikut :
- Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti jadual di bawah mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.
- Tambah 400-600 kcal/hari sekiranya perlu peningkatan berat badan atau tolak pengambilan tenaga jika sebaliknya. (Tidak sesuai untuk pesakit tenat).
Contoh:
Siti berusia 30 tahun dengan berat badan 72kg, ketinggian beliau adalah 160cm dan BMI pula 28.1kg/m2. BMI Siti menunjukkan beliau mengalami lebih berat badan. Siti seorang telefonis yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.
Jadi, keperluan kalori Siti adalah :
72kg x 30 (Faktor F) = 2160 kcal sehari
Disebabkan Siti berlebihan berat badan, tolakkan 500kcal daripada jumlah kalori yang telah diperolehi iaitu :
2160kcal – 500kcal = 1660kcal ? 1800 kcal **
** Siti perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif
Menu sarapan pagi diet yang bantu kenyang lebih lama
Menu sarapan pagi diet yang enak dan mudah dapat menaikkan semangat anda untuk fokus menurunkan berat badan. Sebenarnya tidak susah untuk menyediakan sarapan pagi diet ini kerana ia bersifat ringkas dan mengenyangkan.
Antaranya ialah:
- Telur. Ia menjadi menu sarapan diet yang amat sesuai diambil kerana mengandungi protein, vitamin, mineral seperti selenium dan riboflavin
- Buah pisang. Ia kaya dengan serat, tetapi rendah kalori. Biasanya, pisang menjadi pengganti gula dalam sarapan pagi. Anda boleh campurkan buah ini ke dalam oat atau bijiran di waktu pagi
- Susu rendah lemak dan yogurt. Susu boleh menjadi minuman sewaktu sarapan pagi anda. Sama seperti pisang, and aboleh campurkan susu ke dalam bijirin ataupun oat. Manakala, yogurt mengandungi sumber protein yang tinggi serta mampu membantu mengawal selera makan sepanjang hari
- Kopi kosong. Kandungan kafein dalam air kopi membantu melancarkan metabolisma badan dan membakar lemak dengan cepat
Makanan diet malam yang sihat membantu mengawal berat badan
Makanan diet malam yang sihat dan teratur boleh mempengaruhi kesihatan tubuh. Justeru adalah penting untuk berhati-hati dalam memilih jenis makanan malam diet agar ia tidak menggemukkan.
- Salad dan buah-buahan. Ia menjadi menu makanan diet malam yang terbaik bagi sesiapa yang menjaga badan. Namun elakkan penggunaan mayonis kerana ia tinggi kalori
- Ikan atau ayam bakar. Jika anda ingin menu makan malam sedikit berat tapi sihat, boleh cuba ikan atau ayam bakar yang diperap dengan minyak zaitun, daun herba dan jus lemon.
- Oat. Oat mengandungi serat larut yang tinggi, membuatkan anda kenyang dan mengawal selera makan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!
Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Bantu Banyakkan Susu Badan
Baca juga: Nak DIET, Tapi Risaukan Bayi Yang Masih Menyusu Badan? Ini Caranya!