Pemilihan makanan ibu untuk kurangkan kuning bayi boleh menjadi langkah semula jadi yang berkesan untuk membantu bayi pulih daripada jaundis.
Masalah kuning atau jaundis pada bayi baru lahir sering menjadi kebimbangan ibu bapa, namun melalui pemakanan yang tepat, anda boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Isi Kandungan
Memahami Masalah Kuning Bayi
Kuning bayi atau jaundis adalah keadaan biasa yang berlaku kepada bayi yang baru lahir. Ia disebabkan oleh peningkatan bilirubin dalam darah bayi.
Tanda-tanda utama kuning bayi ialah warna kekuningan pada kulit dan mata putih bayi. Walaupun ia lazim berlaku, ibu bapa pasti risau jika masalah ini berlarutan.
Punca Kuning Bayi Meningkat
Beberapa faktor boleh menyebabkan tahap bilirubin dalam darah bayi meningkat, antaranya:
- Fungsi hati bayi belum matang: Hati bayi baru lahir masih belum cukup matang untuk memproses bilirubin dengan cepat.
- Penyusuan susu ibu: Bayi yang kurang menyusu berisiko mengalami kuning kerana bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.
- Kelahiran pramatang : Bayi pramatang lebih cenderung mengalami kuning kerana organ hati mereka kurang matang.
- Perbezaan darah ibu dan bayi: Jika darah ibu dan bayi tidak serasi, ia boleh meningkatkan kadar bilirubin.
Jenis Makanan Ibu Untuk Bayi Kuning
Walaupun bayi adalah individu yang mengalami masalah kuning, pemakanan ibu yang menyusukan bayi memainkan peranan penting untuk membantu proses penyembuhan. Berikut ialah jenis makanan yang disarankan untuk ibu.
1. Makanan Tinggi Serat
Makanan yang kaya dengan serat, terutamanya serat larut, membantu mengeluarkan hempedu dari hati dan seterusnya mengurangkan ketoksikan dalam badan.
Antara sumber makanan tinggi serat adalah:
- Buah-buahan seperti beri, epal, dan oren
- Sayur-sayuran seperti brokoli dan bayam
- Kekacang seperti badam
- Legum seperti kacang dal
- Bijirin penuh seperti oat, beras perang, dan quinoa
2. Buah-buahan San Sayur-Sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran segar kaya dengan antioksidan dan serat membantu melindungi hati serta memudahkan penghadaman.
Antara pilihan terbaik adalah:
- Buah beri seperti kranberi dan anggur
- Buah sitrus seperti lemon dan limau gedang
- Sayuran seperti brokoli, lobak merah, ubi keledek, dan keladi
- Buah-buahan lain seperti avokado, tembikai dan betik
- Herba dan rempah seperti halia dan bawang putih
3. Bijirin Penuh
Bijirin penuh seperti oat, quinoa, dan beras perang mengandungi serat, lemak sihat, serta antioksidan yang menyokong kesihatan hati. Pengambilan bijirin penuh juga membantu mengurangkan tekanan pada hati, menjadikannya pilihan ideal untuk ibu dan bayi.
4. Kekal Terhidrat
Penghidratan yang mencukupi membantu hati dan buah pinggang membuang toksin dari badan. Minum air secukupnya adalah penting, dan anda boleh menambah perisa semula jadi seperti jus lemon untuk manfaat tambahan antioksidan.
5. Protein Tanpa Lemak
Protein tanpa lemak seperti tauhu, kekacang dan ikan berminyak (contohnya salmon dan tenggiri) memberikan omega-3 dan zink penting untuk metabolisme dan fungsi hati.
Kesemua makanan ini bukan sahaja membantu ibu tetapi turut memberi manfaat kepada bayi dengan memastikan tubuh mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk penyembuhan.
Makanan Ibu untuk Bayi Kuning Perlu Dielakkan
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu menyusu untuk mengelakkan kuning bayi menjadi lebih serius. Antaranya ialah:
- Makanan Berlemak Tinggi: Makanan bergoreng, makanan segera, dan makanan berproses.
- Minuman Berkafein: Kopi, teh, dan minuman tenaga boleh mempengaruhi susu ibu.
- Makanan Tinggi Gula: Gula berlebihan boleh mengganggu sistem pencernaan ibu dan bayi.
- Herba atau Jamu Berlebihan: Beberapa herba mungkin tidak sesuai untuk bayi kerana kandungan toksin tertentu.
Punca Kuning Bayi Lambat Turun
Jika kuning bayi berlarutan lebih dari dua minggu, ia mungkin disebabkan oleh:
Penyusuan Susu Ibu
Kadangkala, kuning yang berpanjangan berlaku kerana komponen tertentu dalam susu ibu yang memperlahankan pemprosesan bilirubin.
Masalah Hati atau Saluran Hempedu
Jika hati bayi mengalami masalah fungsi, bilirubin tidak dapat diproses dengan baik.
Jangkitan atau Penyakit Lain
Masalah seperti kekurangan enzim G6PD atau jangkitan kuman boleh melambatkan pemulihan kuning bayi.
Petua Hilangkan Kuning Bayi Tradisional
Walaupun kaedah moden lebih diyakini, petua tradisional juga sering diamalkan oleh ibu bapa untuk membantu mengurangkan kuning bayi. Antaranya:
1. Mandian Air Daun
Daun belimbing atau daun inai dipercayai membantu menyejukkan badan bayi.
2. Jemur Bayi Pada Waktu Pagi
Cahaya matahari pagi membantu memecahkan bilirubin dalam kulit bayi. Pastikan jemur bayi sebelum jam 9 pagi.
3. Air Kunyit (Untuk Ibu)
Kunyit membantu meningkatkan fungsi hati ibu dan kesihatan keseluruhan badan.
4. Pengambilan Makanan Bersifat Sejuk
Contohnya, sup labu dan air kelapa muda untuk ibu.
Kuning bayi adalah keadaan biasa dan jarang membahayakan jika dirawat dengan betul. Walaupun makanan ibu untuk kurangkan kuning bayi memainkan peranan, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut jika tahap kuning bayi tidak berkurang.
Gabungan kaedah pemakanan seimbang dan petua tradisional boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!
Baca juga: Warna Najis Bayi Berlendir Kuning, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?
Baca juga: Tiada Penyakit Kuning Bayi, Tapi Misi Tidak Percaya, Dia Bawa Anak Keluar Rumah!