Makanan Kantin Sekolah Yang Tidak Dibenarkan Dijual, Ibu-Ibu Pastikan Anak Tidak Membawa Makanan Ini Juga Ke Sekolah Ya!

Anak anda suka makanan ringan dan minuman bergas? Tahukah anda penjualan makanan ini dilarang di kantin sekolah? Mari semak makanan apa lagi yang dilarang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan ibu bapa yang sibuk lebih gemar menghulurkan wang saku untuk anak-anak membeli makanan kantin di sekolah. 

Walaupun anak-anak selalu diingatkan supaya tak membeli makanan serta minuman yang tidak berkhasiat, godaan serta pengaruh rakan-rakan mereka pasti sukar untuk dielak.

Pernahkah ibu bapa cuba tengok di kantin sekolah anak-anak anda kalau masih ada lagi yang menjual makanan kantin sebegini untuk anak-anak kita?

Ha… jangan tak tahu! Ada 11 jenis makanan kantin yang telah dilarang untuk dijual di kantin sekolah. Nak tahu lebih lanjut? Jom lihat senarai ini:

11 Makanan kantin dilarang dijual di kantin sekolah

Makanan yang dilarang telah dimasukkan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

Baca juga: 4 Makanan Terbaik Untuk Otak, Boleh Beri Anak Makan!

Antara makanan-makanan ini adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Makanan diproses

Kredit: Pexels

Makanan diproses adalah seperti makanan segera yang digoreng – nuget, burger dan sebagainya. Ia dilarang kerana – 

  • Tinggi kandungan lemak dan garam
  • Pengambilan dari usia yang muda boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi
  • Cara penyediaan – digoreng, maka meningkatkan masalah obesiti

#2 Aiskrim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Ais krim tak boleh dijual di kantin sekolah, ya! Ini kerana aiskrim boleh menyebabkan –

  • Kandungan gula dan kalori yang tinggi
  • Karies gigi
  • Risiko kencing manis
  • Masalah berat badan
  • Menyebabkan kanak-kanak mempunyai tenaga lebih/menjadi hyper atau aggresif

#3 Makanan berupa mainan

Kredit: Flickr

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan berupa mainan dilarang di sekolah kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985

#4 Gula-gula dan coklat

Kredit: Freepik

Sama seperti aiskrim, makanan seperti gula-gula dan coklat berisiko untuk menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah –

  • Karies gigi
  • Hiperaktif
  • Masalah berat badan
  • Risiko kencing manis

#5 Makanan jeruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa jeruk dilarang di sekolah? Ini sebabnya:

  • Kandungan gula dan garam yang tinggi
  • Proses penjerukan buah akan mengurangkan antioksidanya

#6 Minuman bergas dan jus kotak

Kredit: Freepik

Bukan saja makanan, ada beberapa minuman pun ditegah untuk dijual di kantin sekolah, ya. Ini kerana minuman ini…

  • Mempunyai kalori dan kandungan gula yang tinggi
  • Risiko kencing manis, masalah berat badan dan karies gigi
  • Pemanis tiruan yang menyebabkan “sugar craving” serta gangguan kepada sistem saraf dan tingkah laku

#7 Makanan berkrim atau bersalut gula

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

No creamy and sweaty sweeties macam Apollo juga kerana…

  • Karies gigi
  • Risiko kencing manis
  • Masalah berat badan
  • Mengganggu pengambilan makanan yang lebih berkhasiat

#8 Makanan ringan

Kredit: Freepik

Ibu bapa semua, pastikan kantin sekolah anak anda tak menjual makanan ringan, ya! Makanan ringan ini berbahaya kerana – 

  • Kandungan gula, garam, lemak serta perisa tiruan yang tinggi
  • Nilai nutrien yang rendah

#9 Minuman yang dibancuh/sirap kordial

Kredit: Farm Drop

Tapi, minuman sirap kordial ini hanya dilarang untuk murid dan pelajar sahaja. Nasib baik cikgulah!

#10 Mi segera

Kredit: Freepik

Perlu lagi ke cakap kenapa makanan ini dilarang di kantin sekolah? Ia berisiko mempunyai – 

  • Kandungan garam dan perisa tiruan yang tinggi
  • Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi

#11 Makanan yang lepas tarikh luput

Kredit: HuffPost

  • Melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Apa pendapat ibu bapa tentang isu ini?

Di sesetengah sekolah, mungkin hampir semua makanan kantin yang dilampir di sini, tidak dijual lagi.

Tapi masih ada beberapa pihak sekolah yang tidak begitu tegas!   

Tujuan utama pelaksanaan Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat adalah untuk mendidik anak-anak tentang beza antara makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. 

Di samping itu, ia juga dapat membantu mengurangkan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak.

Namun pelaksanaan ini tidak diterima dengan begitu baik. Ramai juga ibu bapa yang tidak puas hati kerana merasakan semua makanan tak boleh dijual.

Ada yang berpendapat apa gunanya melakukan peraturan ini apabila anak masih boleh keluar dan membeli makanan ini dari kedai di luar.

Secara jujur, nostalgia pula apabila melihat semua makanan-makanan larangan ini.

Tapi fikirkan kesan jangka lama pada anak. Kalau makanan-makanan ini tidak dilarang di kantin, peluang dan kekerapan anak untuk membeli makanan ini adalah lebih tinggi.

Bagaimana pula dengan amalan strategi pemasaran makanan tidak sihat yang bersertakan mainan percuma?

Ia adalah sangat sukar untuk melindungi anak dari promosi begini. Seronok memang seronok sekarang, tetapi bagaimanakah kalau ia akan memudaratkan kesihatan anak? Siapa yang akan tanggung?

Sumber: laman Facebook Azimah Zainal, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

Penulis

Rosanna Chio