7 Makanan Penurun Berat Badan & Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Tak perlu lagi risau jika mahu menurunkan berat badan meskipun bayi masih menyusu badan kerana makanan yang disarankan ini sangat membantu penuhi hasrat anda itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin, ada sebilangan ibu yang akan mengalami kenaikan berat badan yang melampau. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan mengambil makanan menurunkan berat badan yang tidak menganggu produksi susu badan.

Walau bagaimanapun, proses penurunan berat badan setiap orang adalah berbeza kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor, namun anda tidak digalakkan tergesa-gesa menurun berat dengan menyedut lemak atau mengambil pil kurus yang boleh membahayakan kesihatan!

Berikut makanan menurunkan berat badan yang boleh anda amalkan itu. Jom lihat bersama!  

7 makanan menurunkan berat badan tanpa mengganggu penghasilan susu badan 

#1. Makanan menurunkan berat badan - Sayuran hijau 

Kredit: Selera Media

Jika nak turunkan berat badan, ibu boleh mula dengan mengamalkan sayuran yang kaya antioksidan seperti bayam, brokoli dan lain-lain kerana Vitamin A, C dan zat besi di dalamya dapat menjaga daya tahan tubuh ibu dan bayi melalui susu badan.

Bahkan, sayuran hijau juga mempunyai kandungan rendah kalori. Sebab itu ia dapat membantu ibu menurunkan berat dengan lebih cepat tanpa mengurangkan produktiviti susu badan.

#2. Makanan menurunkan berat badan - Produk susu rendah lemak

Kredit: Sipayo.com

Ibu juga perlu mengambil produk susu rendah lemak yang bagus untuk menurunkan berat badan meskipun si kecil masih menyusu badan.

Jika ibu mengamalkan produk susu ini, bayi juga dapat banyak manfaat terutama bantu menambahkan Vitamin D dan kalsium dalam badan yang diperlukan seharian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, pastikan produk susu tersebut telah melalui proses pasteurisasi. 

#3. Buah beri 

Buah beri sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi. Antara buah-buahan tersebut seperti blackberry, blueberry, strawberi dan cranberry. Malah ia juga bantu menurunkan berat badan selepas bersalin. 

Kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam berries juga dapat menambah zat gizi pada bayi selama menyusu badan. 

Namun, paling disarankan ialah blueberry kerana kandungan vitamin yang lebih tinggi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Ikan salmon 

Kredit: Kompas.com

Salmon merupakan salah satu ikan yang sangat kaya dengan DHA dan ia dapat membentuk perkembangan sistem saraf bayi. 

Secara lazimnya, susu ibu memang sudah mengandungi DHA namun kadarnya jauh lebih tinggi jika ibu mendapatkan lebih banyak DHA dari sumber makanan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, DHA pada salmon juga dapat membantu mood anda dan mencegah tekanan selepas melahirkan anak. 

Apatah lagi, kandungan merkuri dalam salmon adalah rendah jika dibandingkan dengan ikan jenis lain. 

#5. Beras perang 

Ramai yang berfikir untuk tidak makan nasi sebab mahu kuruskan badan tapi dalam masa yang sama sedang menyusukan anak. Jadi macam mana ya? 

Jangan risau sebab anda tetap boleh makan nasi cumanya tukar pada beras perang kerana kandungan kalori rendah dan tinggi serat. 

Bahkan, ibu juga dapat kalori yang tepat dan penghasilan susu badan juga tetap meriah! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Buah oren 

Kredit: Dari Dapur.com

Buah oren memang sangat mudah ditemui dan ia disarakan untuk wanita yang merancang diet tapi tidak menggangu produksi susu badan. 

Sememangnya ibu menyusu memerlukan Vitamin C yang boleh di dapati dalam buah oren. 

Apa yang lebih menarik, buah oren dapat bantu menurunkan berat badan dan pengeluaran racun dalam tubuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Kekacang 

Kredit: Maskulin

Kekacang merupakan sumber protein yang patut ada dalam senarai makanan wajib ibu jika mahu menurunkan berat badan. 

Antara kacang yang bagus untuk ibu menyusu seperti kacang hitam dan kacang merah. 

Kekacang ini juga mempunyai rendah lemak, tinggi serat dan rendah kalori yang sangat bagus dijadikan kudapan ketika waktu santai bersama keluarga. 

Jenis kekacang lain yang disarakan juga ialah almond, kacang panjang, kacang kuda, kacang hijau dan sebagainya. 

Ibu juga boleh buat bubur kacang jika inginkan sesuatu yang nampak lebih menyelerakan. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: