Bila Anak Batuk Elakkan Beri 5 Jenis Makanan Ini, Boleh Buat Jadi Lebih Berkahak & Batuk Lambat Pulih

Makanan penyebab batuk harus dielakkan agar si kecil anda tidak mengalami batuk yang berpanjangan dan mengganggu aktiviti sehariannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan penyebab batuk adalah jenis-jenis makanan yang perlu ibu-ibu jaga dan jangan beri kepada anak selalu. Mungkin ramai tidak tahu bahawa bukan hanya virus yang boleh menyebabkan batuk. Tetapi makanan juga boleh menjadi punca anak-anak anda batuk. Jom kita semak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai makanan penyebab batuk yang perlu ibu ayah tahu
  • Bagaimana merawat batuk anak anda

Senarai makanan penyebab batuk yang perlu ibu ayah tahu

Terdapat lima jenis makanan yang menyebabkan kanak-kanak batuk. Antaranya ialah:

#1. Makanan bergoreng
 

Makanan bergoreng yang berasaskan minyak jika dimakan berlebihan memang boleh menyebabkan batuk. Terutamanya jika seseorang sensitif atau mempunyai alahan terhadap makanan bergoreng.

Batuk juga boleh disebabkan oleh zat akreloin yang terkandung dalam makanan yang digoreng dengan sangat panas. Kehadiran zat ini boleh menyebabkan tekak menjadi kering dan gatal.

#2. Makanan berasaskan produk tenusu

Pengambilan makanan berasaskan susu dengan kerap boleh mengakibatkan anak anda batuk kerana makanan jenis ini menyebabkan kelenjar lendir bekerja dengan lebih cepat dari biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini mengakibatkan pengumpulan lendir pada paru-paru yang kemudiannya akan menyebabkan anak anda mula berkahak dan batuk. Kurangkan beri anak minum susu sekiranya anda lihat anak sudah mula batuk. 

#3. Makanan manis
 

Kanak-kanak dan makanan manis ini sememangnya berpisah tiada. Tetapi anda harus ingat bukan sahaja pengambilan berlebihan tidak baik untuk kesihatan malah ia boleh menyebabkan risiko batuk, kahak berlebihan dan hidung berair. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
#4. Makanan dan minuman sejuk
 
 
Makanan dan minuman sejuk memang menjadi idaman sesiapa sahaja bahkan kanak-kanak di waktu panas. Tetapi bukanlah ais krim atau makanan sejuk puncanya, tapi kandungan air dingin itu sendiri yang boleh membuatkan anak anda batuk. Ini kerana ia boleh sebabkan anak anda mendapat alergi atau iritiasi yang boleh mengundang batuk.
 
#5. Makanan ringan

Makanan ringan seperti kerepek dan sebagainya sedap dikunyah tetapi harus dikurangkan. Kerepek telah mengalami banyak proses penggorengan dan juga tambahan zat dan perisa tambahan.

Makanan berunsur kering seperti ini boleh mengakibatkan rasa gatal pada tekak dan ketidak selesaan. Tekak anda akan menjadi kering dan mulai batuk nanti.

Bagaimana merawat batuk anak anda

Sekiranya anak anda batuk terlalu lama, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Beritahu sejarah pemakanan anak anda dan tahap kesihatannya, dan doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, doktor akan memberi ubatan dan preskripsi yang sesuai. Sekiranya batuk anak anda biasa dan tidak memudaratkannya, jangan beri anak anda makanan yang boleh sebabkan anak anda batuk dengan teruk. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tanda Bayi Alami Alahan Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Bayi!

Baca juga: Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Penulis

Nina Osman