Apabila adanya waktu terluang ketika hujung minggu atau cuti sekolah, anda pastinya ingin menghilangkan penat dan tekanan dengan aktiviti santai. Jika merancang untuk pergi berkelah, tentunya perlu bawa sekali makanan picnic yang mudah dan cepat disediakan.
Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang tidak plan untuk kemana pun, tiba-tiba pasangan atau suami ajak pergi berkelah. Sebagai orang rumah tentu sahaja kita yang akan kelam-kabut menyiapkan barangan yang ingin bawa bersama.
Isi Kandungan
Senarai makanan picnic yang sedap dah mudah disediakan
Dalam memilih menu makanan picnic yang ingin disediakan, perkara paling penting yang perlu ada dalam fikiran adalah sesuatu yang ringkas dan tempoh penyediaan begitu cepat.
Justeru kami kongsikan beberapa idea makanan untuk picnic bersama keluarga atau kawan-kawan sebagai panduan anda.
1. Strawberry peanut butter chocolate sandwich
Selain jadi menu berkelah, sandwish ini juga sesuai dijadikan menu ‘kecemasan’ apabila ada tetamu tiba-tiba datang ke rumah.
Bahan-bahan:
- 2 bungkus roti Coklat Kismis (jenama Gardenia)
- 1 bungkus roti Butterscotch (jenama Gardenia)
- Jem strawberi
- Mentega kacang coklat
Cara penyediaan:
- Sediakan dua keping roti Coklat Kismis dan sekeping roti Butterscotch.
- Sapukan jem strawberi ke atas sekeping roti Coklat Kismis.
- Seterusnya, sapukan mentega kacang coklat ke atas sekeping lagi roti Coklat Kismis.
- Lapiskan roti Butterscotch di antara kedua-dua roti Coklat Kismis.
- Potongkan roti di bahagian tengah. Siap!
2. Popia inti ketam dan sosej cheese
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Filet ketam (dipotong kecil)
- Sosej(dipotong kecil)
- Serbuk cheese (jika suka)
- Air bancuhan tepung gandum(sebagai pelekat)
- Minyak masak
Cara penyediaan:
- Balut isi ketam dan sosej dengan kulit popia. Lekatkannya menggunakan air bancuhan tepung gandum
- Goreng dengan minyak yang panas. Api perlahan sehingga kekuningan.
- Angkat dan sejukkan.
- Bancuh serbuk keju dan curahkannya ke atas popia yang telah disejukkan tadi. Siap!
Nota: Bagi mengelakkan isi terkeluar atau meletup, anda boleh potong ketam dan sosej kecil-kecil. Gulung popia jangan terlalu padat. Masa menggoreng pula, gunakan periuk kecil dan tutup penutup periuk. Pastikan minyak betul-betul panas menggunakan api perlahan.
3. Nutella bites dua bahan
Makanan untuk picnic yang ketiga ialah Nutella bites. Menu ini paling mudah untuk dibuat kerana hanya memerlukan dua bahan sahaja.
Bahan-bahan:
- 1 paket roti paratha (5 keping)
- Nutella
- *Aluminium round tin saiz 6”(senang boleh terus hidang)
Cara penyediaan:
1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
3. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.
4. Bakar pada suhu 180c api atas bawah, rak oven bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.
4. Kebab daging crunchy
Menu berkelah ini mungkin ramai yang tidak pernah cuba. Kebab daging crunchy menggunakan roti sandwish dan kulit popia.
Bahan untuk inti:
- Daging burger ramly
- Bawang besar cincang
- Bawang putih cincang
- Rempah kari sikit
- Lobak merah parut
- Timun parut- (Nak dadu pun boleh)
- Minyak masak 2 sudu untuk menumis
- Sos cili
- Sos tiram
- Lada hitam (boleh juga guna sos lada hitam)
Cara penyediaan:
- Tumis bawang merah dan putih menggunakan dua sudu minyak sahaja. Sebab nanti daging burger akan keluarkan minyaknya sendiri.
- Masukkan sedikit rempah kari dan kacau rata. Masukkan daging burger.
- Tambah sos cili, sos tiram dan sos lada hitam. Kacau lagi sehingga keluar minyak.
- Masukkan lobak merah dan akhir sekali timun. Siap!
Untuk cara menggulung, boleh rujuk gambar dibawah:
5. Makaroni carbonara berkrim
Bahan-bahan:
- 1 kg makaroni
- 4 tin prego cheese and herbs
- 2 capsicum merah-potong dadu
- 2 capsicum hijau- potong dadu
- 2 tin cendawan butang
- 4 kiub ayam maggi
- 2 paket sosej ayam
- 6 ulas bawang putih
Cara penyediaan:
- Rebus makaroni sehingga masak. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
- Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan kacau-kacaukan.
- Masukkan prego cheese & herbs dan kiub ayam. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan sedikit garam. Masukkan makaroni yang sudah direbus. Jika kelihatan kering, tambah sedikit air panas.
- Masukkan lada benggala. Siap!
6. Ayam ala Kyochon
Bahan untuk salutan ayam:
- Ayam bahagian kepak atau paha kecil
- 300gm tepung beras
- 200gm tepung jagung
- 100gm tepung gandum
- 50gm serbuk kurma (opsyenal)
- 10gm lada sulah
- 5gm garam halus
- 50gm baking powder
Cara penyediaan:
- Bersihkan ayam. Satukan kesemua bahan tepung kering dalam satu bekas
- Salutkan pada ayam. Biarkan seketika dan goreng sehingga rangup.
- Ketepikan.
Resepi untuk sos:
- 250g unsalted butter (nak guna buttercup pun okay)
- 2 botol hot sos ABC ( kalau suka pedas, kalau tak suka, beli 1 hot 1 biasa)
- 2 sudu paprika
- 1 sudu cayenne
- 1 sudu dry coriander(ketumbar)
- 1 sudu white & black pepper
- 2-3 sudu garlic powder (Wawa suka lebihkan)
- 2 cubit bijan ala-ala korea katakan. Baru la kyochon!
Cara penyediaan:
- Cairkan mentega. Masukkan kesemua bahan dalam kuali.
- Kacau-kacau sehingga sebati. Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi. Sebatikan
- Masukkan bijan dan siap!
7. Oden Style Family Mart
Menu oden ini paling mudah untuk disediakan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dilengkapi dengan mee ataupun maggi.
Memang sedap dinikmati ketika berkelah bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Bahan-bahan:
- Perencah Asam Pedas
- Perencah Tomyam
- Sedikit air limau
- Perasa Knorr
- Air
- Fishball steamboat mix, (Ada dijual di pasaraya)
Cara buat kuah oden yang pekat dan sedap:
1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
3. Tambah sedikit perasa jika perlu.
4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
6. Sedia untuk dinikmati.
8. Sandwic Telur Cara Jepun (Tamago Sando)
- 6 biji telur
- 1/4 sudu teh gula
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu serbuk lada hitam
- 1 ke 2 sudu teh susu
- 4 sudu besar mayonis Jepun
- 4 keping roti Jepun atau boleh guna roti biasa
- 2 sudu besar mentega tanpa garam, dicairkan
- Daun kucai, hiris (untuk garnish) – pilihan
Cara penyediaan salad telur
- Sediakan semangkuk besar air bersama kiub ais
- Rebus air dalam periuk bersaiz medium. Isipadu air perlulah cukup untuk menenggelamkan telur. Apabila air telah mendidih, masukkan telur secara perlahan-lahan menggunakan senduk. Rebus selama 7 minit, kemudian tutup api, dan biarkan telur di dalam air rebusan tersebut selama 1 minit untuk telur menjadi lembut. Rebus selama 10 minit jika mahu telur rebus keras. Apabila selesai, dengan secepatnya pindahkan telur ke dalam mangkuk bersama air dan kiub ais tadi dan biarkan selama 2 minit untuk menghentikan proses masak, tetapi angkat keluar telur sementara ia masih dalam suhu air suam. Kemudian kopek kulitnya.
- Pindahkan telur yang telah dibuang kulitnya ke dalam sebiji mangkuk besar. Hancurkan telur menggunakan garpu. Tambah gula, garam, dan serbuk lada. Teruskan menghancurkan telur tersebut menjadi kecil yang lebih bersaiz lebih kecil daripada sebiji kacang hijau. Anda boleh menggunakan pisau juga untuk bantu menghancurkannya.
- Tambah mayonis (dan susu, jika anda menggunakan telur rebus yang keras). Kacau sebati semuanya. Tambah lebih garam, serbuk lada, atau mayonis jika perlu.
- Untuk susun satu keping sandwich, sapukan 1/2 sudu besar mentega dengan rata ke atas setiap keping roti. Sapukan telur salad tadi ke atas satu keping roti. Letakkan satu keping lagi di atasnya. Dengan lembut tekan roti secara perlahan. Kemudian potong kerak roti. Atur sandwich lain menggunakan teknik yang sama. Taburkan dengan daun kucai, jika guna.
- Potong sandwic separuh dan sedia untuk dihidang.
Semoga bermanfaat!
Masak Apa Hari Ini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah
Baca juga: Resipi Spaghetti Aglio Olio Yang Simple & Sedap, Menu Western Paling Mudah Untuk Keluarga
Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Tadika Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak, Ibu Boleh Buat Di Rumah