11 Makanan Yang Bagus Untuk Tambah Superpower Zakar Suami Anda

Para isteri jangan malas untuk beri 11 makanan ini pada suami agar kesihatan zakar mereka terjamin, malah lebih power ketika beraksi di ranjang!

Makanan untuk zakar suami yang power

Makanan dan kita tidak boleh dipisahkan. Anda pernah dengar perumpamaan “anda adalah apa yang anda makan, kan?

Begitulah rapatnya hubung kait antara makanan dan tahap kesihatan seseorang individu. Sama juga untuk daya seksual pasangan berkahwin!

zakar

Kredit: femina.in

Sibuk dengan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan kenapa pasangan berkahwin tidak menjaga nikmat hubungan intim.

Sebelum ini kami telah berkongsikan kepada anda 5 makanan yang bagus untuk menjaga kesihatan faraj, 8 makanan yang membunuh sperma suami dan 10 makanan yang meningkatkan nafsu seks, kan?

Tapi hari ini, kami akan berkongsi ilmu lain pula.

Jika anda mahu menambah superpower zakar atau “senjata utama” pasangan, menguatkan sperma, menambah nafsu dan membentuk satu malam berhubungan intim yang tak dapat dilupakan, artikel ini untuk anda!

Mari ketahui apakah 11 makanan yang bagus untuk menambah superpower zakar pasangan. 

Bukan untuk orang lain, untuk anda juga!

1 – Kacang tanah

Menurut sebuah kajian terbaru, kacang tanah adalah sumber zink yang amat bagus untuk membantu mengekalkan kesihatan sperma lelaki.

Malah, kacang tanah juga meningkatkan peluang untuk anda hamil!

2. Telur

zakar

Mahu meningkatkan peluang untuk hamil, namun masih gagal? Berapa kerap anda bersama dengan pasangan?

Peluang untuk hamil akan jadi lebih baik jika anda mengamalkan diet untuk seks. Diet untuk seks yang bagus mampu mengimbangkan paras hormon.

Ia penting agar anda atau pasangan menghasilkan hormon “cinta” yang seimbang dan boleh bermadu asmara.

Telur antara makanan yang bagus untuk zakar suami anda kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B5. 

3. Sayur bayam

Sayur-sayuran hijau yang segar seperti bayam adalah sumber magnesium yang sungguh hebat.

Ia mampu mengembangkan saluran darah, maka lebih banyak oksigen akan disampaikan ke zakar suami. 

Berita baiknya? Zakar suami akan lebih mudah menegang tanpa anda perlu susah-susah memberi blowjob!

4. Daging/ayam

Ini merupakan menu utama dalam lauk seharian kita, kan? Dan nasib baiklah daging atau ayam merupakan sumber makanan yang diperkaya dengan zink.

Jadi, ia amat bagus untuk kesihatan sperma si suami. 

Oh, tahukah anda yang air mani suami juga sebenarnya boleh merawat kemurungan isteri? Tapi jangan salah anggap tentang air mani dan sperma, ya. Ia 2 benda yang berbeza!

5. Buah pisang

Buah pisang kaya dengan potasium dan vitamin B seperti riboflabin. Ia mampu melawan stress dan merangsang nafsu seks seorang lelaki.

6. Buah tembikai

Nampaknya, anda tak payah susah-susah untuk memasak pelbagai resepi pun bagi menambah superpower pada batang si suami.

Cukuplah dengan menghidangkan pencuci mulut yang manis ini! Buah tembikai mempunyai phytonutrient yang dikenali sebagai citrulline.

Ia bagus untuk memberi sensasi relaks pada otot zakar. 

7. Yogurt dan kacang gajus

Sama seperti kacang tanah, yogurt dan kacang gajus juga mengandungi zink yang sangat tinggi!

8. Ikan salmon 

Tahukah anda bagaimana ingin menghasilkan air mani yang berkualiti lagi power? Jawapannya adalah asid lemak Omega-3!

Asid lemak Omega-3 dalam ikan salmon, contohnya, bukan saja meningkatkan nafsu seks pasangan, malah ia juga menghasilkan air mani yang lebih sedap.

9. Brokoli

Brokoli dan kobis bunga mengandungi kandungan folate yang bagus untuk DNA pasangan.

Malah, ia juga membuatkan si suami lebih bertenaga, sihat dan lebih berkeyakinan. Barulah lepas ini mereka akan lebih kerap menggoda kita!

10. Dark chocolate

Ini antara makanan yang paling senang nak bagi pada pasangan!

Dark chocolate mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai phenylethylamine. Ia sama seperti hormon endorfin yang dilepaskan ketika anda dan pasangan berasmara.

Apabila pasangan banyak makan dark chocolate, mereka akan lebih gembira dan lebih tertarik pada pasangan.

Bolehlah anda cuba beri ia sebelum mula beraksi malam ini!

11. Sayur asparagus

Asparagus amat terkenal kerana ia merupakan sumber vitamin K dan A yang sangat hebat. 

Malah, asparagus juga mempunyai folat yang mampu menghasilkan hormon histamin. Ia membuatkan individu lebih mudah mencapai orgasme!

Ha… bagaimana? Senang saja nak dapatkan 11 makanan ini untuk suami kan? 

Apa salahnya berbelanja untuk membeli makanan-makanan ini. Lagipun, seks mampu buat wanita lebih cantik, tahu?

Apa salahnya kalau kita demand lebih sikit pada suami untuk kekal cantik, kan…. Hehehe…

Jangan lupa untuk kongsi maklumat ini pada pasangan anda!

Sumber rujukan: Latina

Kredit gambar: Masculine Intent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 Makanan Yang Bagus Untuk Menjaga Kesihatan Faraj Anda!