Makanan tambah berat badan ini bagus jika diberikan pada kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan dan ia harus dipantau dari semasa ke semasa.
Walaupun berat anak kurang, itu tidak bermaksud ibu bapa perlu memberikannya makanan yang berkalori tinggi seperti coklat, kek, minuman manis, makanan yang di proses dan lain-lain.
Ia kerana, jika tersalah percaturan beri makanan tambah berat badan yang tidak sesuai dengan umur anak, ia boleh menyebabkan berat badan anak jadi makin tak sihat. Silap hari bulan, anak boleh ditimpa penyakit pula!
Berdasarkan perkongsian pihak Department of Health and Social Care, ada beberapa jenis makanan tambah berat badan anak yang sangat disarankan supaya penambahan berat menjadi lebih baik sejajar dengan usia si kecil itu.
7 makanan tambah berat badan anak, jom cuba bagi pada anak
1) Kaya dengan zat protein
Protein lazimnya boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan otak anak seperti ikan, kekacang dan telur yang amat disarankan pada si kecil anda.
2) Karbohidat
Seperti yang kita tahu, karbohidrat merupakan sumber makanan yang mampu menaikkan berat badan seseorang tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Antara yang disarankan ialah bijian yang tinggi serat. Ia mudah dicerna lantas membuatkan anak kenyang lebih lama.
Walau bagaimanapun, elakkan beri anak nasi goreng kerana ia kaya dengan kalori dan lemak yang tak sihat. Jadi elakkan ya!
#3. Oat
Ingat tak kami pernah kongsikan pada anda resepi oat yang enak untuk anak-anak? Ha.. sudah cuba ke?
Sebabnya oat kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang bagus untuk menambahkan berat badan anak yang jauh lebih sihat.
Kalau anak kurang gemar oat, anda boleh mempelbagaikan hidangannya seperti campur dengan susu, buah-buahan segar, pankek oat dan lain-lain.
Bila jadi ibu ini mestilah kena lebih kreatif, kan?
4) Keju dan susu
Makanan tambah berat badan anak yang seterusnya adalah keju dan susu rendah lemak yang boleh membantu pertumbuhan tulang jadi lebih kuat dan sihat.
5) Pisang dan avocado
Sebaiknya, didik anak makan buah sedari awal lagi kerana buah-buahan ini kaya dengan kalori, lemak sihat dan serat yang bagus untuk pencernaan si kecil. Contohnya pisang dan avocado yang baik untuk penambahan berat badan anak.
6) Kekacang
Ambil kekacang yang rendah lemak dan kurang kolesterol yang sangat bagus untuk anak anda seperti almond dan kacang merah yang kaya dengan mineral dan vitamin.
7) Yogurt
Yogurt ini memang kegemaran kanak-kanak meskipun rasanya masam sedikit. Namun ia beri manfaat pada kesihatan kerana yogurt rendah lemak dan gula.
Bahkan, ia bukan untuk tambah berat badan saja tapi bagus untuk kesihatan pencernaan si kecil anda.
Bagaimana dengan maklumat yang kami kongsikan ini? Adakah ia membantu anda untuk menambahkan berat badan anak? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combubur-bayi-6-bulan-yg-bikin-gemuk/