Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!

Jangan terlepas pandang dan bagi anak makanan yang tidak berkhasiat kerana boleh memburukkan kesihatan mereka di kemudian hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kewajipan ibu bapa adalah untuk melindungi dan menjaga anak-anak mereka. Tapi bagaimana jika kita terlepas pandang lalu memberi makanan tidak berkhasiat pada anak?

Pastinya ia akan mendatangkan masalah kesihatan pada anak jika ibu bapa ‘terleka’ tentang ini.

Baru-baru ini, Center for Science in the Public Interest (CSPI) yang berpusat di Amerika Syarikat menyenaraikan beberapa makanan tidak berkhasiat yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan anak-anak.

Laporan yang diterbitkan ini mengatakan terdapat penggunaan pewarna dalam beberapa jenis makanan popular yang sering dihidangkan pada anak-anak.

Antara yang dipetik daripada pihak berkenaan adalah

  • Makanan tidak berkhasiat yang dicelup sintetik termasuk McDonald’s Strawberry Sundae yang mempunyai warna pemerah (Red 40).
  • Coklat brand Mars’ M&Ms mengandungi Blue 1, Blue 2, Red 40 , yellow 5 and 6.
  • Manakala Fruity Pebbles mengandungi 13.9 mg pewarna iaitu blue 2, red 40, yellow 5 dan yellow 6.

Ya, makanan-makanan ini juga dijual di Malaysia dan adakah kita mempunyai ‘nasib’ yang sama seperti Amerika Syarikat. Pengeluar makanan di sana menggunakan pewarna secara berlebihan dalam makanan anak.

Pihak berkenaan juga menyebut, selama 40 tahun yang lalu, banyak kajian yang telah dilakukan dan didapati bahan pewarna yang digunakan itu menyebabkan kerosakan tingkah laku pada sebilangan kanak-kanak.

Ia boleh dikaitkan dengan kelakuan buruk yang berkaitan dengan anak hiperaktif, ADHD dan masalah tingkah laku yang lain.

Kajian juga menunjukkan petroleum yang telah ditapis digunakan dalam banyak makanan kanak-kanak. Sebagai contoh, pewarna makanan yang biasa digunakan seperti Yellow 5 dan Red 40.

Ia sekaligus menimbulkan masalah kesihatan yang serius di kalangan kanak-kanak, seperti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan tidak berkhasiat ini juga sangat bahaya kepada kesihatan mereka. Berikut lima makanan tidak berkhasiat namun popular yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

5 makanan tidak berkhasiat yang boleh menyebabkan kanser

1 – M&Ms

Benarlah orang kata, anak-anak ini sebaiknya dicegah dari diberikan makanan yang mengandungi pengawet, pewarna dan tinggi gula. Sebab ia tak bagus untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.

Coklat yang berbentuk bulat ini memang banyak dijual di pasaraya kita, dan sejujurnya ia memang sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi tahu tak, coklat ini menggunakan pewarna Red 40, yellow 5 dan blue 2 yang boleh menyebabkan tumor otak jika diambil secara berlebihan?

Namun sehingga kini, pihak pengilang M&MS mengumumkan mereka akan menghapuskan penggunaan warna tiruan dalam proses makanan mereka sepanjang tempoh lima tahun.

2  – McDonald’s Strawberry Sundae

Ya tuhan, membayangkan topping aiskrim sundae McD memang terliur dibuatnya. Tapi, ia adalah salah satu makanan tidak berkhasiat yang seharusnya tak diamalkan oleh anak-anak.

Topping aiskrim strawberi ini mengandungi Red 40. Ia sekaligus boleh mencetuskan masalah hiperaktif pada kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan ujian ke atas makanan tersebut bagi menunjukkan bukti jelas tentang keselamatannya.

3 – Fruits Loops

Makanan tidak berkhasiat seterusnya adalah fruits loops. Bijirin sarapan popular ini mengandungi bahan pewarna Red 40, Yellow 6 dan Blue 1.

Kesan pada pewarna berkenaan boleh menyebabkan kanser dan hipersensitiviti yang teruk di kalangan kanak-kanak jika diambil secara berlebihan setiap hari.

4 – Minuman Fanta oren

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minuman Fanta Oren ini juga memang menarik minat anak untuk minum. Tetapi menurut pihak berkenaan, ia mengandungi Yellow 6 dan Red 40.

Malah, ia tak bagus jika diberikan pada anak-anak. Lebih baik, bagi air kosong saja pada mereka supaya tubuh terhidrasi dengan baik. Paling tidak air kelapa kan lagi sedap dan enak!

5 – Skittles original

Skittles original ini juga mengandungi pewarna yang berbahaya pada kesihatan anak seperti mana yang dijelaskan di atas.

Jadi, lebih baik sekiranya anda mengurangkan makanan ini diberikan pada anak-anak.

*Nota: Senarai yang disebutkan ini adalah berdasarkan laporan CSPI di Amerika Syarikat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

*Perhatian: Lima makanan tidak berkhasiat yang disenaraikan ini bukan satu-satunya snek yang mengandungi pewarna makanan.

Tetapi, ada banyak lagi makanan lain yang menggunakan pewarna dalam pemprosesan makanan mereka.

Walaupun artikel ini tidak mendapat perincian yang lebih jelas daripada pakar perubatan, namun adalah sebaiknya anda tahu makanan yang disebutkan ini haruslah dikurangkan atau tidak ambil langsung dalam jangka masa tertentu.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.commakanan-ringan-anak-stress/