JANGAN beri 3 makanan ini pada kanak-kanak autisme - Ia amat berisiko!

Dua makanan yang mengandungi dua bahan ini adalah makanan untuk anak autisme yang perlu dielakkan. Ibu, ayah perlu peka dalam pemilihan makanan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda menghidap masalah kesihatan tertentu, pemakanan anda adalah amat penting. Makanan tertentu boleh mengeruhkan masalah kesihatan atau memberi risiko yang tidak dijangka.

Begitu juga untuk kanak-kanak dengan autisme.

Sekiranya anak anda mempunyai autisme, inilah masanya untuk memikirkan makanan apakah yang boleh dan tidak boleh diambil oleh mereka.

Mari kita lihat, makanan untuk anak autisme apa yang perlu dielak.

Makanan untuk anak autisme yang perlu dielak: Makanan yang ada Gluten dan Kasein

Autisme (atau autism spectrum disorder – ASD) merupakan kecelaruan dalam proses perkembangan otak. Pesakit autisme mempunyai masalah berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Untuk mengurangkan simptom autisme, diet khas adalah disyorkan.

Terdapat teori yang mengatakan pesakit autisme mempunyai alahan atau sangat sensitif terhadap makanan yang mengandungi gluten dan kasein.

Apabila mereka makan makanan yang mengandungi gluten dan kasein, peptida dan protein akan diproses berbeza dengan bukan pesakit autisme.

Perbezaan inilah yang akan memburukkan lagi simptom autisme. Otak pesakit autisme beranggapan bahawa protein ini adalah bahan kimia tiruan yang menyerupai opiate.

Tindak balas terhadap bahan kimia ini akan mengubah tingkah laku pesakit tersebut. Para pengkaji telah menjumpai tahap peptida yang luar biasa di dalam cecair tubuh badan pesakit autisme.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gluten

Gluten boleh dijumpai di dalam bijirin seperti gandum dan barli. Roti, pretzel, kek, pasta selalunya mengandungi gluten.

Ia mungkin sukar untuk berhenti pengambilan gluten, tetapi anda boleh memeriksa label untuk mencari produk bebas gluten.

Kasein

Kasein boleh dijumpai di dalam makanan yang mengandungi laktos. Walaupun begitu, terdapat makanan yang dilabel bebas laktos atau bebas bahan tenusu yang masih mengandungi kasein.

Malangnya, produk tenusu (mengandungi laktos) adalah kaya dengan sumber vitamin D dan kalsium. Maka, anda perlulah mencari makanan alternatif yang boleh memberikan sumber kalsium dan vitamin D yang mencukupi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan untuk anak autisme yang perlu dielak: Soya dan produk yang mengandunginya

Soya dan produk yang mengandunginya mungkin telah melalui perubahan genetik dan menyebabkan alahan makanan dan ini akan menjadikan autisme bertambah teruk.

Tambahan pula, terdapat hubungkait di antara penggunaan susu mengandungi soya dan sawan dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Ini bermakna sekiranya anda adalah kanak-kanak yang diberi produk yang mengandungi protein soya, anda adalah berkemungkinan untuk mengalami sawan (jika anda mempunyai autisme).

Sawan adalah perubahan terhadap tingkah laku yang disebabkan oleh aktiviti elektrikal otak yang tidak normal. Soya boleh ditemui di dalam kicap, minyak soya, taufu, susu soya.

Meskipun anda mungkin beranggapan autisme adalah masalah pada otak yang menjejaskan kebolehan anak untuk berkomunikasi dan makanan yang diambil tidak boleh memberi kesan kepada penyakit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, faktanya adalah makanan tertentu boleh memburukkan simptom autisme. Dalam senario ini, kanak-kanak autisme haruslah mengelakkan diri daripada gluten, kasein, dan soya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Kredit gambar: hiteducationaltopic.com

Image via Hello Doktor / Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

Penulis

Nadia Ghafar