Pakar Kongsi 7 Superfood TERBAIK Untuk Otak Anak Perempuan Kekal Cerdas & Sihat

Makanan untuk otak cerdas yang disarankan oleh pakar dan kajian sains ini telah terbukti mampu menyokong proses perkembangan si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran anak perempuan dalam keluarga adalah anugerah yang istimewa. Selain perlu bijak mengawal emosi, pemakanan harian juga amat penting dalam mendidik anak perempuan. Justeru apa kata anda semak beberapa makanan untuk otak anak cerdas dan sihat ini!

Ramai ibu mengakui bahawa proses membesarkan anak perempuan perlu menggunakan sedikit cara yang berlainan memandangkan mereka memiliki emosi lebih sensitif. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan si manja lebih bijak, cantik dan cerdas.

Senarai makanan untuk otak cerdas yang dikongsi oleh pakar

credit to sources

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, kira-kira sebanyak 20 peratus kalori dalam badan. Jadi ia memerlukan makanan yang bagus bagi mengekalkan konsentrasi yang baik sepanjang hari.

Menurut Pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar, beliau telah berkongsi beberapa makanan yang baik untuk otak anak perempuan bagi membolehkannya kekal sihat.

Kenapa perlu kelihatan tua, sakit dan otak lembab? Apabila kita boleh nampak sihat, cantik, muda dan otak power?

Kalau kita dambakan otak power, kulit cantik dan badan lentik, kita pasti mahu ambil superfood berikut setiap hari:

#1. Makanan untuk otak cerdas- Greek yogurt

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Greek yogurt mengandung probiotik yang bagus untuk kesihatan otak dan usus. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara. Kandungan 448 mg kalsium, dan lebih banyak berbanding susu.

Produk tenusu ini juga kaya dengan protein, vitamin D dan B. Vitamin D merupakan nutrien paling penting bagi memelihara fungsi saraf serta otot.

#2. Lemak ikan

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu boleh memperbanyakkan menu menggunakan ikan seperti sardin dan makerel. Kalau mampu, ikan salmon juga boleh dimasukkan dalam senarai. Ambil lemak ikan begini juga dapat menjauhkan risiko penyakit jantung, strok, arthritis dan nyanyuk.

#3. Kekacang

Kekacang merupakan sumber nutrisi yang baik untuk otak. Ia kaya dengan asid lemak Omega-3 dan antioksida.

Apabila anak semakin membesar, otaknya akan terdedah dengan tekanan okidatif. Kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya dapat mengekalkan kesihatan otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya kacang dal, kacang kuda, kacang merah dan hitam. Isaflavone dalam kekacang ini mampu menstabilkan hormon perempuan.

#4. Makanan untuk otak anak bijak- Buah avokado

Avokado merupakan salah satu sumber lemak tidak tepu yang sihat bagi menyokong perkembangan dan prestasi otak. Ia dapat menghasilkan sarung di sekitar otak yang dikenali sebagai mielin.

Mielin inilah yang membantu proses informasi dengan lebih cepat iaitu sekitar 300km/ jam.

#5. Sayuran berwarna hijau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sayuran hijau amat digalakkan bagi ibu-ibu yang sedang mengandung kerana ia tinggi dengan sumber antioksida. Misalnya, brokoli merupakan sumber serat dan mengandungi kalori yang rendah.

Dalam sayuran ini juga terdapat vitamin C dan flavonoid. Ia merupakan agen antioksida yang boleh meningkatkan prestasi otak si manja.

Selain itu, sayur bayam hijau juga penting bagi perkembangan anak kerana ia kaya dengan vitamin K dan mampu meningkatkan fungsi otak. 

#6. Buah beri

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah beri biru mengandungi antosianin iaitu sejenis sebatian yang terdapat dalam tumbuhan dan memiliki fungsi anti-radang dan antioksidan.

Antioksidan bertindak untuk menghalang stres oksidatif dan keradangan. Kedua-dua situasi ini boleh menyebabkan penuaan pada otak. Pengambilan buah beri biru dapat membantu meningkatkan komunikasi antara sel otak agar sentiasa berhubung.

Selain itu kajian mendapati bahawa buah strawberi juga bermanfaat bagi meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan kemampuan otak si manja untuk memproses sebarang maklumat.

#7. Jenis makanan untuk otak anak cerdas- Coklat gelap

Coklat gelap terkenal kerana manfaatnya mampu membekalkan nutrien penting dalam perkembangan otak manusia. Antara kandungan dalam coklat gelap termasuklah flavonoid, kafein dan antioksida.

Flavonoid di dalam coklat gelap ini akan terkumpul di bahagian otak bagi tujuan proses pembelajaran dan mengingat. Berdasarkan kajian yang dilakukan, ia mampu meningkatkan keupayaan memori si manja serta membantu mengurangkan risiko berkaitan kemerosotan mental.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar, Neuroversiti

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Halang Anak Suka Conteng Dinding, Ia Merangsang Otak & Daya Sensori