11 Jenis Makanan Untuk Otak Bayi Sihat & Bijak, Ibu Boleh Amalkan Sejak Mengandung Lagi!

Makanan untuk otak bayi sihat dan bijak boleh diamalkan sejak ibu mengandung lagi. Jadi, sentiasalah memilih jenis makanan yang berkhasiat setiap hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak bayi berada dalam kandungan, para ibu tentu sahaja sudah mula mengamalkan pemakanan yang sihat agar si manja membesar dengan sempurna. Tahukah anda ada beberapa jenis makanan untuk otak anak menjadi pintar?

Pemakanan yang mengandungi khasiat tertentu berupaya meningkatkan kecerdasan otak bayi seawal usia.

Justeru ibu ayah hendaklah memainkan peranan dengan memastikan si manja tidak mengambil makanan ringan atau  mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan kesan terhadap perkembangan otak mereka.

Jenis makanan untuk otak bayi

credit to sources

#1. Makanan untuk otak bayi pintar- Hati ayam

Ibu tahu tak sebenarnya hati ayam bagus diamalkan ketika mengandung? Hal ini kerana ia kandungan nutrisi didalamnya dapat membekalkan oksigen yang cukup bagi melancarkan darah kepada plasenta dan janin.

#2. Daging ayam tanpa kulit

Sewaktu mengandung, ibu amat digalakkan untuk mengambil daging ayam tanpa kulit. Hal ini kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi untuk menyokong perkembangan janin.

Malah protein yang terkandung dalam daging ayam terbukti mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi sejak dari dalam perut ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Telur

Harganya sangat murah, mudah didapati dan amat berkhasiat. Kuning telur mengandungi kolin yang berkhasiat dapat membantu perkembangan sel otak si manja. Justeru, biasakan secara rutin mengambil sarapan atau makan malam yang sihat berasaskan telur.

#4. Ikan tuna atau salmon

Dua jenis ikan ini sememangnya terkenal kerana ia mengandungi protein dan Omega-3 mampu menguatkan otak si manja. Ikan salmon kaya dengan vitamin A dan asid amino yang sangat baik dalam merangsang aktiviti otak dan fungsi memori.

#5. Sardin 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Berbanding ikan tuna dan salmon, harga ikan sardin adalah jauh lebih murah. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, ikan sardin segar lebih berkhasiat berbanding yang dijual dalam tin.

Ia kaya dengan Omega-3, EPA dan DHA bagi membantu perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Makanan untuk otak anak bijak- Beras perang

Beras perang merupakan sumber karbohidrat yang bebas kandungan gula. Ia memiliki nutrisi bagus bagi menyihatkan saraf otak serta mampu membentuk sel darah merah yang baik untuk bayi dalam kandungan.

#7. Bijirin dan oat

Untuk pengetahuan anda, bijirin dan oat mampu membekalkan vitamin B dan E yang tinggi bagi mencegah otak bayi dari sebarang serangan virus serta bakteria berbahaya.

#8. Sayur brokoli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Brokoli adalah sayuran terbaik yang dapat mencegah bakteria jahat masuk melalui saluran darah untuk menuju ke bahagian otak.

#9. Kubis

Selain itu, kubis juga dikatakan mampu menjaga dan melindungi perkembangan otak bayi. Menurut laporan penyelidikan yang diterbitkan oleh Journal of Oxidative Medicine and Sellular Longevity mendapati kubis merah memiiki sifat imunodulator dan antioksidan yang mampu meningkatkan sistem imuniti si manja.

#10. Susu rendah lemak dan yogurt

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Ketika mengandung, para ibu amat digalakkan mengambil susu rendah lemak kerana ia mengandungi kalsium yang dapat meningkatkan perkembangan dan daya tahan otak si manja.

Selain itu, yogurt turut mengandungi sumber protein dan kalsium yang baik bagi melindungi otak bayi yang sedang terbentuk.

#11. Kekacang

Kekacang sememangnya baik untuk ibu mengandung, anda boleh mengamalkannya ketika berada trimester pertama lagi. Kacang tanah mengandungi protein dan asid folik yang bagus bagi mencegah gangguan pada perkembangan otak janin serta ia membantu menguatkan tulang belakang.

Selain itu, ibu juga boleh mengambil kacang kedelai dan kacang hijau kerana ia mengandungi asam amino yang membentuk struktur sel otak agar kuat sejak usia kandungan 3 hingga 4 bulan.

Panduan pola makanan untuk otak bayi yang sihat

  • Elakkan dari pengambilan makanan yang tidak dimasak dengan baik
  • Ibu disarankan untuk merebus atau kukus sayur-sayuran sebelum menikmatinya bersama nasi panas
  • Ibu boleh menyediakan hidangan jus buah-buahan segar tanpa menambah gula
  • Elakkan mengambil makanan mentah atau separuh masak ketika mengandung seperti sushi dan telur
  • Hindari minuman berkafein seperti milo, nescafe, teh atau kopi
  • Pengambilan coklat dalam kuantiti yang sedikit amat baik untuk kesihatan ibu dan janin dalam kandungan

Sumber: Viral Muafakat Johor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!