Makan Makanan Vegetarian Saja Ketika Hamil, Apakah Risikonya Terhadap Ibu & Bayi?

Diet vegetarian yang kekurangan nutrien penting akan meningkatkan risiko bayi lahir tidak cukup berat atau kecacatan kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak perkara yang akan berubah apabila sedang hamil, dan ia termasuklah pola pemakanan. Sekiranya sebelum mengandung lagi anda mengamalkan makanan vegetarian sahaja, kini berbadan dua pastinya ada banyak perkara yang perlu anda titik berat bagi memastikan nutrisi untuk tubuh serta janin sentiasa dipenuhi. 

Anda masih boleh kekal sebagai seorang vegetarian dan mengamalkan makanan vegetarian ini walaupun ketika sedang hamil. Namun, ada kebimbangan jika tidak betul caranya, ia boleh memudaratkan anda dan juga kandungan.

Jadi, apa kata anda teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai makanan vegetarian, bagaimana kesannya terhadap kandungan dan banyak lagi. Semoga bermanfaat!

Makanan Vegetarian Ketika Mengandung

Diet vegetarian merujuk kepada pengecualian semua produk haiwan dan biasanya menekankan makanan seperti sayur-sayuran dan kekacang secara keseluruhan. Dikatakan, cara pemakanan ini boleh memberi manfaat terhadap kesihatan seseorang termasuklah mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

Namun jika wanita hamil yang mengamalkannya, sesetengah pendapat bimbang bahawa gaya pemakanan ini boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang seterusnya boleh membahayakan ibu sendiri atau bayi mereka.

Walaupun begitu, kebimbangan ini mungkin boleh diatasi jika ibu menggunakan cara diet vegetarian yang betul dan sesuai ketika badan sedang berbadan dua. 

Pastikan sahaja anda pantau dan mengambil nutrien-nutrien penting dan sentiasa mengambil berat tentang pengambilan protein, kalsium, zat besi, vitamin B12 dan vitamin D.

Sebenarnya ibu, diet yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu melindungi anda daripada beberapa komplikasi kehamilan, seperti preeklampsia (tekanan darah tinggi) dan diabetes semasa mengandung. Amalan pemakanan berasaskan tumbuhan semasa mengandung juga boleh mengurangkan risiko bayi anda menghidap penyakit tertentu kanak-kanak seperti asma, ekzema, diabetes, dan juga beberapa jenis kanser.

Namun, jika anda bimbang bahawa anda mungkin tidak mendapat semua nutrien yang anda perlukan daripada diet anda, anda boleh sahaja berunding dengan pakar diet yang boleh memastikan anda mendapat semua nutrien penting yang anda perlukan semasa kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan Diet Vegetarian Pada Perkembangan Janin

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, amalan diet vegetarian walaupun ketika sedang hamil adalah tidak merbahaya asalkan anda menjaga dan mendapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Bahkan, pakar juga berpendapat diet ini tidak akan memberi kesan kepada bayi dan anda tetap boleh kekal sihat sepanjang kehamilan selagi anda: 

  • Berupaya mengamalkan gaya diet pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan
  • Mengambil vitamin/ suplemen pranatal setiap hari
  • Tidak terlepas temu janji kehamilan dengan doktor anda. Ingat ya, temu janji ini sangat penting bagi memantau sekiranya ada sebarang isu yang berpotensi timbul pada anda atau bayi serta untuk memastikan diet anda itu betul dan anda tidak kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh.

Risiko Makanan Vegetarian Sepanjang Kehamilan

Anda perlu pastikan diet vegatarian semasa kehamilan adalah sihat, pelbagai dan dirancang dengan tersusun dan baik. Jika tidak, ia boleh menyebabkan anda kekurangan nutrisi penting. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penting untuk para ibu tahu, diet vegetarian yang kekurangan nutrien seperti protein, vitamin B12, vitamin D, kalsium, DHA, dan zat besi akan meningkatkan risiko bayi lahir tidak cukup berat atau kecacatan kelahiran.

Justeru, diet vegetarian perlu memasukkan nutrisi-nutrisi berikut, terutamanya jika anda hamil:

  • Vitamin B-12. Ini tidak terdapat dalam kebanyakan makanan berasaskan tumbuhan, jadi pastikan anda mengambil suplemen yang sesuai diambil oleh wanita hamil. 
  • Zat besi. Anda boleh mendapatkan sumber zat besi berasaskan tumbuhan daripada makanan seperti kekacang, sayur-sayuran hijau gelap dan buah-buahan kering. Bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah dengan mengambil suplemen terutama apabila memasuki trimester kedua kehamilan. 
  • Zink dan iodin. Ini terdapat dalam beberapa sayur-sayuran dan suplemen pranatal.
  • Kalsium. Tumbuhan yang kaya dengan kalsium termasuk bayam, sayur kolard, dan kangkung.
  • Lemak Omega-3. Lemak sihat ini boleh didapati dalam makanan seperti walnut, biji chia, dan edamame.
  • Protein. Wanita hamil memerlukan kira-kira 70 gram protein setiap hari pada trimester kedua dan ketiga. Makanan berasaskan tumbuhan yang tinggi protein termasuklah kekacang, tauhu, bijirin penuh, dan sayur-sayuran.
  • Vitamin D. Jika anda tidak mendapat Vitamin D yang mencukupi daripada cahaya matahari, anda mungkin memerlukan suplemen.

Tips Untuk Mengamalkan Makanan Vegetarian yang Sihat

Anda boleh ikut cara di bawah ini untuk memastikan bahawa diet vegetarian anda sihat dan akan memenuhi semua keperluan pemakanan anda semasa kehamilan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Makan pelbagai jenis makanan. Pastikan makanan yang anda makan diproses secara minimum. Sertakan sekali pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh yang berbeza-beza dalam satu juadah.
  • Hadkan pengambilan lemak sayuran. Sila pastikan anda pilih lemak sayuran dengan berhati-hati dan pastikan anda mendapat banyak lemak omega-3. Hadkan lemak trans dan minyak tropika seperti kelapa dan kelapa sawit. 
  • Dapatkan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Banyakkan makan tumbuhan yang tinggi kandungan kalsium. Sementara itu, tiada diet yang boleh memberikan vitamin D, jadi pastikan anda mendapatkan vitamin D yang mencukupi menerusi suplemen atau pendedahan kepada cahaya matahari.
  • Tambahan Vitamin B-12. Oleh kerana Vitamin B-12 datang terutamanya daripada sumber haiwan, jadi anda perlu menambahnya dengan kerap menerusi pengambilan suplemen setiap hari.

Kelebihan Mengamalkan Diet Vegetarian Ketika Hamil

Diet vegetarian yang dirancang dengan baik dan teliti boleh memberikan manfaat kepada kesihatan anda dan bayi secara amnya.

Sebagai contoh, diet berasaskan tumbuhan biasanya kaya dengan serat tetapi rendah gula dan lemak. Ini boleh melindungi anda daripada menghidapi diabetes semasa hamil serta mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan semasa kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, kandungan sayuran dan serat yang tinggi dalam diet vegetarian ini juga boleh melindungi ibu hamil daripada menghidapi preeklampsia yang mana ia merupakan satu komplikasi yang disebabkan oleh peningkatan tekanan darah semasa kehamilan.

Selain daripada itu, diet ini juga dipercayai boleh membantu mencegah kerosakan DNA dan mengurangkan risiko bayi anda mengalami masalah perkembangan tertentu ketika dalam kandungan mahupun selepas dilahirkan nanti.

Walau bagaimanapun, anda tetap perlu ingat, diet ini hanya tidak akan membahayakan anda dan bayi sekiranya anda mendapatkan segala nutrisi yang mencukupi dan diperlukan. Jika tidak, ia hanya akan membahayakan anda dan bayi sahaja. Jadi, sila susun dan atur dengan baik bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini daripada berlaku.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Sila pastikan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan selepas mengamalkan diet vegetarian ini ketika sedang hamil. Contohnya termasuklah badan terasa lemah melampau, mudah pengsan, keluar darah yang banyak dan lain-lain.

Gaya pemakanan anda mungkin salah ataupun badan anda mungkin tidak mendapatkan nutrisi yang secukupnya akibat daripada diet ini. Jika ia berlaku, maka anda mungkin perlu mengubah semula pola pemakanan anda ketika hamil bagi memastikan diri anda dan bayi dalam kandungan kekal selamat sepanjang tempoh 40 minggu ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber

Web MD (March 4, 2021). Is It Safe to Eat a Vegan Diet While Pregnant? www.webmd.com/baby/is-it-safe-to-eat-a-vegan-diet-while-pregnant#091e9c5e82130421-2-3

NHS UK (June 17, 2022). Vegetarian or vegan and pregnant. www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vegetarian-or-vegan-and-pregnant/

Healthline (Apr 6, 2020). Is It Safe to Follow a Vegan Diet While Pregnant?www.healthline.com/nutrition/vegan-pregnancy

What to Expect (June 1, 2022). Eating Vegetarian and Vegan During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/diet/eating-vegetarian-vegan-during-pregnancy/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Jenis Buah Untuk Ibu Mengandung Yang Disyorkan Untuk Ambil Dalam Diet Pemakanan Demi Kesihatan Bayi Dan Ibu

Baca juga: Jangan Ikut Diet Water Fasting! BAHAYA Untuk Kesihatan, Boleh Buat Otak Bengkak & Koma!

Baca juga: Diet GDM Ibu Hamil Yang Bebas Gluten, Begini Cara Kawal Gula Agar Kandungan Sihat

Penulis

Athirah