Jenis Makanan Yang Baik Diambil Setelah Keguguran, Penuh Khasiat & Bantu Ibu Sihat!

Kehilangan kandungan cukup menyedihkan. Ibu-ibu hendaklah bangkit, terus bersemangat dan mengambil makanan yang baik agar tubuh badan anda segera sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keguguran boleh menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan bagi wanita. Namun anda perlu memahami ia terjadi kerana pelbagai alasan yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya ibu berdepan pengalaman ini, anda perlu merawat tubuh dengan mengambil makanan yang baik agar mempercepatkan proses pemulihan diri.

Keguguran sering dikaitkan dengan kematian janin. Ia biasanya terjadi ketika kandungan berada dalam trimester pertama, kedua atau sebelum mencapai usia 20 minggu. 

Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Ketika Hamil, Ia Punca Keguguran & Risiko Bayi Lahir Cacat!

Jenis makanan yang baik diamalkan selepas keguguran

Melewati hari-hari setelah kehilangan kandungan pastinya tidak mudah, lebih-lebih lagi anda dan suami sudah menunggu kehadiran cahaya mata bertahun lamanya.

Namun tidak hanya psikologi anda sahaja memerlukan perhatian khusus, tetapi fizikal juga perlukan pemulihan melalui pengambilan makanan yang baik bagi membantu anda memperoleh ‘rezeki’ lain pada bulan seterusnya.

credit to sources

#1. Makanan yang kaya dengan zat besi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keguguran dapat menyebabkan tubuh menjadi rapuh. Disebabkan oleh itu, adalah sangat penting untuk memberikan perhatian terhadap makanan yang anda ambil pada setiap hari.

Kebiasaannya keguguran mengakibatkan pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan berlaku pengurangan jumlah zat besi dalam tubuh dan meningkatkan risiko anemia.

Tubuh berasa kerap letih juga boleh terjadi setelah keguguran. Jenis zat besi yang terbaik diambil oleh ibu ialah yang mudah diserap oleh tubuh iaitu berasal dari hemoglobin haiwan.

Antaranya ialah daging tanpa lemak. Namun hal yang perlu diingat bahawa sebaiknya mengelakkan dari memasaknya secara menggoreng. Sebagai gantinya, cubalah memanggang daging tersebut sehingga ia masak dengan baik.

Sumber zat besi yang lain ialah beras merah, kismis, sayuran hijau, kacang pis dan edamame. Anda juga boleh mengambil makanan kaya dengan vitamin C dari sumber buah-buahan seperti betik dan strawberi kerana ia makanan yang baik untuk ibu selepas keguguran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Makanan kaya dengan kalsium

credit to sources

Setelah anda disahkan berbadan dua, tahap kalsium dalam tubuh ibu boleh mengalami penurunan. Disebabkan oleh keadaan inilah anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kalsium.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa sumber kalsium yang terbaik ialah susu, ikan salmon, sayuran hijau dan buah kering. Anda juga boleh mengambil kacang badam sebagai snek harian. Ini kerana 3/4 cawan kacang ini mampu membekalkan sebanyak 320mg kalsium untuk keperluan tubuh.

#3. Makanan yang mengandungi tinggi magnesium

Sedih yang berpanjangan akibat kehilangan bayi boleh mendorong diri anda kepada stres dan kemurungan. Sememangnya tidak mudah untuk berdamai dengan hilangnya impian serta harapan.

Kemurungan yang dialami adalah berbeza-beza antara wanita. Ada yang pulih dengan cepat setelah keguguran, ada juga berduka selama berbulan-bulan bahkan bertahun lamanya.

Justeru, pengambilan yang mampu menenangkan diri dapat mengelakkan anda dari kemurungan selepas keguguran. Salah satu caranya ialah amalkan makanan kaya magnesium seperti coklat hitam, kekacang, sayur brokoli, pisang dan avokado.

#4. Buah-buahan dan sayur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Ibu yang mengalami keguguran juga perlu mengambil banyak buah dan sayuran bagi memenuhi keperluan nutrisi oleh tubuh badan. Umum mengetahui bahawa ia membekalkan banyak vitamin yang baik bagi menyokong proses pemulihan serta meningkatkan daya tahan tubuh.

Tidak kira sebarang jenis buah mahupun sayur, setiap jenisnya memiliki khasiat yang tersendiri dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Anda juga boleh mengurangkan pengambilan karbohidrat seharian dengan menjadikan buah-buahan sebagai snek ketika perut berasa lapar.

#5. Makanan yang mengandungi sumber protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah seperti nanas dianggap sebagai bisa serta tajam.

Makanan berbisa ini dikatakan boleh melambatkan proses penyembuhan luka bersalin dan sekaligus menyebabkan pendarahan ibu dalam pantang. Namun secara faktanya, makanan ini adalah sumber baik kerana ia membekalkan protein, garam mineral serta vitamin.

Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya ikan, ayam, telur dan kekacang bagi membantu menyihatkan tubuh badan. Ia turut berfungsi dalam menyokong pembentukan tisu-tisu badan.

Selain itu, anda juga hendaklah mengelakkan pengambilan ikan kering semasa berpantang ini kerana kandungan garam yang tinggi boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu selepas keguguran mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.

Sumber: Parenting Orami, Myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia