15 Maksud Tahi Lalat Di Muka & Tubuh, Rupanya Ia Berkait Dengan Personaliti Diri Anda

Maksud tahi lalat dikatakan berkait rapat dengan personaliti seseorang. Pakar astrologi Cina dan perubatan Jawa percaya ia sesuatu yang baik

Semua manusia ada tahi lalat di tubuh atau mukanya. Justeru mungkin anda tertanya-tanya apakah maksud tahi lalat dan rahsia tahi lalat ini?

Walaupun sering dianggap syirik dan tahyul, namun masih ramai ahli astrologi Cina dan pengamal perubatan tradisional Jawa yang percaya tahi lalat membawa maksud yang tersendiri, malah ia dikatakan berkait rapat dengan personaliti seseorang.

Jadi kali ini, sebagai hiburan dan bacaan ringan, kami membawakan kepada anda tanda tahi lalat di muka, maksud tahi lalat dan kaitannya dengan personaliti anda. 

Jom tengok ada yang betul, tak!

Maksud tahi lalat di muka dan badan

1. Tahi lalat di dagu

Maksud tahi lalat di dagu menandakan anda (pemiliknya) mempunyai kehidupan antara keluarga dan kerja yang seimbang. Malah anda juga akan mudah berjaya.

Arti tahi lalat di dagu juga menjukkan bahawa anda seorang yang penyayang dan mengambil berat. Jika ia berada di dagu kanan, anda memiliki pemikiran yang terbuka. Namun jika berada di sebelah kiri, ia menandakan anda seseorang jujur serta bersederhana.

2. Rahsia tahi lalat di leher

Individu yang mempunyai tahi lalat di bahagian leher, tidak kiralah sama ada di sebelah kiri atau kanan, dikatakan mempunyai personaliti yang baik.

Antara rahsia tahi lalat di leher ialah anda juga seorang yang kuat daya ingatan, rajin, suka membaca dan cabaran.

3. Maksud tahi lalat di bibir

Tahi lalat di bibir saling berkait rapat dengan personaliti seorang yang bijak dan baik hati.

Malah, maksud tahi lalat di bibir juga menandakan anda sangat disenangi atau disayangi oleh orang sekeliling kerana anda sangat ramah dan cepat mesra.

Bukan itu sahaja akar astrologi Cina menganggap arti tahu lalat dibawah bibir atau sekitar bibir adalah seorang manis dalam berkata-kata dan tidak mudah mengaku kalah.

4. Rahsia tahi lalat di tapak kaki

Jika anda ada tahi lalat di tapak kaki, pengamal perubatan tradisional dan ahli astrologi Cina percaya anda mempunyai peluang untuk ke luar negara dan menjelajah dunia.

Semuanya mungkin berkaitan dengan kaki yang “kuat berjalan”.

5. Rahsia tahi lalat di dada

Individu yang ada tahi lalat di bahagian dada (sama ada anda lelaki atau perempuan) melambangkan anda seorang pendiam dan suka menyimpan rahsia. 

Malah, anda juga mungkin memiliki personaliti seorang yang malas dan suka menikmati kemewahan dalam hidup. Mmmm… 

6. Makna tahi lalat di jari tangan

Orang yang memiliki tahi lalat di jari biasanya akan menghadapi banyak cabaran, rintangan dan dugaan dalam hidupnya. Malah, pakar juga menjangkakan individu ini akan bankrup kelak.

Tapi, ia mungkin tak bermaksud apa-apa, jika anda bijak menguruskan kewangan anda, kan?

7. Makna tahi lalat di telapak tangan

Jika anda ada tahi lalat di telapak tangan, cuba tengok ia di sebelah kiri atau kanan. Jika tahi lalat itu terletak di sebelah kanan, ia bererti anda akan menjadi orang kaya.

Namun kalau ia di sebelah kiri, ini bermaksud anda seorang yang boros!

8. Maksud tahi lalat di bahu

Tahi lalat di bahagian bahu menunjukkan pemiliknya menggalas pelbagai tanggungjawab, namun mereka kekal peka, bijaksana dan pandai mengatur rancangan. 

9. Maksud tahi lalat di pipi

Comel saja kan kalau ada tahi lalat di muka? Biasanya kaum lelaki memang cepat tertarik dengan wanita yang ada tahi lalat di bahagian muka ini. 

Arti tahi lalat di pipi kiri bermaksud anda adalah seorang yang pemalu walaupun memiliki ramai kawan, malah kalian juga amat peka dengan sekeliling.

Manakala arti tahi lalat di pipi kanan pula menandakan anda sangat mementingkan keluarga dan kawan-kawan. Anda juga lebih senang menyendiri daripada bergaul aktiviti sosial.

10. Maksud tahi lalat di telinga

Jika anda mempunyai tahi lalat di telinga, itu petanda anda mempunyai komitmen yang tinggi dengan keluarga. Anda amat menyayangi keluarga dan menganggap mereka adalah kunci kebahagiaan anda.

11. Tahi lalat di bawah kelopak mata

Dalam keadaan yang mungkin jarang berlaku, kita akan terjumpa seseorang dengan tahi lalat di bawah kelopak matanya. Comel sungguh!

Bila ada tahi lalat di bawah kelopak mata kanan, pakar percaya ia menandakan individu tersebut mudah memperoleh wang dan mudah untuk jadi orang kaya.

Namun jika tahi lalat tersebut terletak di sebelah kiri, individi itu adalah orang yang sombong.

12. Tahi lalat di hidung

Agak-agak, apa maksud tahi lalat di hidung pula, kan? Menurut pengamal perubatan tradisional, tahi lalat di hidung bermaksud individu tersebut bijak merayu dan pandai menggoda.

Akan tetapi, dia cepat marah dan hilang kawalan.

13. Maksud tahi lalat di lengan

Tahi lalat di kawasan lengan bermaksud individu ini seorang yang berani dan bijak mengambil keputusan yang bernas.

14. Rahsia tahi lalat di bawah kening

Jika anda mempunyai tahi lalat di bawah kening, ia bermaksud anda sebenarnya seorang yang sangat kreatif dan cergas. 

#15. Maksud tahi lalat pada dahi

Menurut kepercayaan Tiongho, arti tahi lalat di dahi kanan atau kiri menandakan seseorang yang selalu pergi keluar negeri.

Namun mereka dikatakan akan berdepan kurang bernasib baik jika menggunakan laluan air. Justeru disarankan untuk menggunakan pengangkutan darat mahupun udara.

Tahi lalat di tengah dahulu pula menunjukkan anda seorang yang kreatif, memiliki banyak kelebihan dalam karier dan mempunyai peluang memegang jawatan atasan. Justeru tidak hairanlah mereka dengan tahi lalat di dahi ini dipilih menjadi pemimpin.

Mungkin tidak semua ramalan dan kecenderungan tentang maksud dan rahsia tahi lalat ini tepat kerana kita sendiri tahu tahi lalat terhasil kerana pembentukan pigmentasi di bawah kulit.

Akan tetapi, sebagai bacaan ringan, seronok juga mengetahui ramalan pakar astrologi dan perubatan tradisional yang “membaca” maksud tahi lalat ini.

Tahi lalat hidup

Tahi lalat atau dalam bahasa perubatan dipanggil nevus ialah keadaan hiperpigmentasi oleh melanosit pada kulit yang dicirikan oleh bintik hitam atau coklat. 

Tompok hitam atau coklat ini muncul pada kulit atau membentuk ketulan pelbagai saiz dan bentuk

Ciri-ciri tahi lalat hidup

Anda boleh melihat tanda-tanda tahi lalat hidup dengan ciri-cirinya. Ciri-ciri tahi lalat hidup ialah:

  • kasar atau tidak rata
  • bentuk tidak teratur atau tidak simetri
  • warna boleh berbeza-beza, lebih daripada 3 warna dalam 1 lesi
  • saiznya lebar atau besar >6mm
  • gatal
  • boleh berdarah
  • tahi lalat boleh berubah dan berkembang dari bentuk, saiz dan warna
  • mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser kulit

Cara buang tahi lalat menggunakan bahan dapur

  • Bawang putih

Sesetengah orang percaya bahawa meletakkan bawang putih pada tahi lalat menyebabkan ia berkurangan atau hilang sama sekali. 

Ini kerana bawang putih mengandungi enzim yang boleh melarutkan gugusan sel yang menyebabkan tahi lalat. 

  • Campuran soda penaik minyak castor

Mencampurkan minyak kastor (minyak sayur yang diperoleh daripada kacang kastor) dan baking soda akan menghasilkan salap yang boleh menghilangkan tahi lalat jika digunakan selama beberapa minggu.

Teori di sebalik ini ialah baking soda dapat mengeringkan tahi lalat dan minyak kastor membantu melindungi kulit.

  • Jus lemon

Menggunakan jus lemon beberapa kali sehari, boleh memudarkan warna tahi lalat. Jadi anda boleh yakin semula. Walau bagaimanapun, kaedah ini mesti diterapkan dengan konsisten.

  • Ubi kentang

Kentang dianggap mempunyai kesan pelunturan semula jadi. Walaupun ia mungkin tidak dapat membuang tahi lalat sepenuhnya, kerana hanya mampu  memudarkannya dari semasa ke semasa.

  • Kulit pisang

Mengandungi enzim dan asid tertentu. Kandungan ini dipercayai oleh sesetengah orang akan membantu menghilangkan tahi lalat. Salah satu potensi manfaat menggunakan kulit pisang pada kulit ialah ia bertindak sebagai pelembap

Hukum buang tahi lalat dalam Islam

Hukum membuang tahi lalat dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu halal dan haram. Ini diselaraskan dengan syarat dan sebab di sebaliknya.

Jika alasan untuk menghapuskan kecacatan, jumhur ulama sepakat membenarkannya. Namun, jika alasannya semata-mata untuk kecantikan, perbuatan ini tidak dianjurkan dalam Islam, bahkan dilarang. Asas undang-undang adalah hujah berikut:

ا ان للتجميل ام ا ان لإزالة العيب لال
“Mengubah tubuh untuk kecantikan adalah haram, sedangkan menukar tubuh untuk menghilangkan keaiban adalah halal.”

Hujah menjelaskan bahawa tindakan menukar badan atau muka hanya dibenarkan bagi orang yang mempunyai aib atau kecacatan. Bagi orang biasa, menukar badan atau muka atas sebab kecantikan, tidak dibenarkan.

Jika membuang tahi lalat boleh membahayakan kesihatan seseorang, maka hukumnya adalah dilarang.

Anda ada tahi lalat di bahagian mana? Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi Perempuan Comel Raih Perhatian Ramai, Miliki Tanda Lahir Unik Pada Wajahnya

Baca juga:  Bentuk Kening Sebenarnya Lambang Personaliti Peribadi? Anda Yang Mana Satu?

Baca juga:  Kenali Bentuk & Jenis Puting Payudara Normal, Anda Punya Yang Mana Satu?