Ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah lalu untuk melangsungkan perkahwinan. Bagi yang beragama Islam mungkin tertanya-tanya tips malam pertama pengantin menurut Islam. Adakah terdapat adab-adab tertentu perlu diikuti?
Isi Kandungan
Malam Pertama Pengantin Menurut Islam
Mana-mana pasangan pengantin baharu pasti teruja menikmati malam pertama. Namun tidak dinafikan pasti ada rasa debar dan gusar kerana tidak tahu apa yang ingin dijangka.
Perkara yang sebelum ini haram telah pun bertukar menjadi halal. Antaranya adalah hal keintiman antara lelaki dan wanita. Kami kongsikan adab-adab yang elok anda buat untuk menikmati malam pertama yang lebih indah
Adab Malam Pertama Menurut Islam
1. Mengambil wudhu dan solat dua rakaat – Adab Malam Pertama
Menyucikan diri. Sebelum melakukan hubungan seksual untuk pertama kali anda digalakkan untuk mengambil wudhu dan mengerjakan solat sunat dua rakaat bersama suami atau isteri anda. Ini adalah amalan para sahabat dan orang soleh terdahulu. Tiada salahnya jika kita ikut kerana kebersihan memang dianjurkan dalam Islam dan tubuh badan yang bersih dapat mengelak daripada jangkitan dan sebagainya.
2.Memberi salam dan berdoa untuk isteri
Apabila anda dan pasangan sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim buat pertama kali suami seharusnya melakukan dengan lemah lembut dan mengikut tertiba menggauli isteri.
3.Memberikan minuman manis kepada isteri
Selain daripada menghampiri isteri dengan lemah-lembut, suami juga digalakkan membawa minuman manis untuk diberikan kepada isteri. Air madu atau susu suam membuatkan isteri anda kurang gelisah dan lebih selesa.
4.Menggosok gigi
Untuk malam pertama, Islam mengajar kita membersihkan diri sebelum menghampiri pasangan. Gosoklah gigi anda sebelum melakukan hubungan seksual dengan suami atau isteri. Ini supaya nafas kita kekal segar dan wangi.
5.Membaca doa sebelum berjimak
‘Bismillah allahumma jannibnaa ash-shaiton wa jannibi ash-shaitona maa rozaqtanaa’
Maksudnya:
Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhi syaitan daripada kami dan jauhi syaitan daripada apa yang akan Engkau berikan kepada kami.
6.Melakukan pemanas badan terlebih dahulu
Selepas selesai segala adab di atas, anda boleh memulakan hubungan intim dengan pasangan. Lakukanlah foreplay atau bercumbu. Ucapkan kata-kata manis yang penuh kasih sayang.
pesona pengantin
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Untuk Menggalakkan Hubungan Seks Yang Sihat, Ini Yang Pasangan Berkahwin Perlu Tahu
Baca juga: Berapa Kerap Anda Perlu Buat Seks Dengan Pasangan? Seminggu Sekali Itu Normal Ke?
Baca juga: Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!