X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tidak Semua Produk Penjagaan Kulit Selamat Dipakai Ketika Hamil & Menyusu, Ini Pilihan Yang Selamat Untuk Ibu-Ibu

6 min bacaan
Tidak Semua Produk Penjagaan Kulit Selamat Dipakai Ketika Hamil & Menyusu, Ini Pilihan Yang Selamat Untuk Ibu-Ibu

Untuk ibu-ibu hamil, menyusu dan baru bersalin ketahui produk apa yang selamat untuk penggunaan anda dan bayi! Di sini ada jawapannya.

Memang banyak cabaran dalam perjalanan kehamilan yang dilalui oleh ibu mengandung termasuklah pada perubahan fizikal, emosi, mabuk hamil dan tekanan darah tinggi akibat keletihan dan perubahan mood.

Malah bukan itu saja, ibu hamil dan baru bersalin juga ada banyak pantang larangnya. Ketika ibu sedang hamil lagi banyak makanan dan penggunaan produk yang perlu dielak. Silap pengambilan dan penggunaan boleh beri efek bukan saja pada ibu, malah bayi dalam kandungan juga.

Ibu hamil perlu jaga penggunaan produk penjagaan kulit 

mamas choice

Oleh sebab bayi dalam kandungan terdedah kepada segala yang dialami oleh ibu mereka, ibu-ibu yang mengandung perlu juga mengambil tahu bahan-bahan kimia yang memudaratkan di sekeliling mereka dan dalam produk yang digunakan mereka.

Menurut satu kajian keratan lintang yang diterbitkan pada 2020 oleh Institut Penerbitan Digital Berbilang Disiplin atau Multidisciplinary Digital Publishing Institute (MDPI)* dalam keluaran khas jurnal Cosmetics bertajuk Cosmetovigilance: Public Health Perspective (Dari Sudut Kesihatan Awam), pengguna kosmetik di Malaysia kurang pengetahuan tentang keselamatan kosmetik, terutama sekali berkaitan bahan yang digunakan dalam produk kosmetik dan kesan-kesan buruk beberapa produk kosmetik yang biasa digunakan.

Hakikatnya ibu-ibu perlu menyedari bahawa bahan-bahan toksik tertentu yang terdapat dalam produk penjagaan diri boleh diserap ke dalam saluran darah menerusi kulit dan boleh memberi kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

Bahan-bahan pengawet seperti paraben dan bahan kimia wangian seperti ftalat (phthalate) boleh menyebabkan kecacatan kelahiran manakala triklosan boleh menjejaskan sistem imun dan tumbesaran bayi.

Mama’s Choice daripada ibu-ibu untuk ibu-ibu

mamas choice

Kaum ibu dalam kumpuan Mama’s Choice sendiri mengalami kebimbangan yang sama semasa mengandung, dan ini mendorong mereka untuk membangunkan produk mereka sendiri untuk menangani kebimbangan ibu-ibu lain yang sedang melalui liku-liku perjalanan kehamilan yang sama.

Diilhamkan sebagai jenama yang dibangunkan oleh ibu untuk ibu, Mama’s Choice komited untuk memberi ketenangan fikiran kepada golongan ibu dan memperkasakan mereka untuk membuat pilihan terbaik semasa awal kehamilan mereka.

Menggunakan ramuan yang diperolehi dari sumber alam, Mama’s Choice telah menghasilkan produk penjagaan badan dan diri semula jadi dan disahkan halal untuk keperluan pranatal (semasa hamil) dan postpartum (selepas bersalin), yang selamat untuk ibu-ibu dan bayi mereka.

Produk mereka dibangunkan dan menjalani ujian makmal di Singapura, dan dirumus untuk bebas daripada bahan kimia keras dan memudaratkan seperti paraben, triklosan, ftalat, alkohol, fluorida, dan natrium lauril sulfat (SLS).

“Produk Mama’s Choice dihasilkan selepas menjalankan penyelidikan pasaran yang luas untuk mengetahui bagaimana kami boleh menangani keperluan ibu-ibu.

Produk kami dibuat untuk menambah keceriaan pengalaman menjadi ibu dan diilhamkan untuk membantu ibu-ibu merasa hebat tanpa menggunakan sebarang bahan yang boleh membawa mudarat kepada mereka dan bayi mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mama’s Choice Duri Granziol.

“Produk kami cepat mendapat sambutan yang memberangsangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand. Lebih 500,000 unit telah dijual sepanjang satu tahun yang lepas, dengan Stretch Mark Cream (krim penghilang kesan regangan kulit) menduduki tempat nombor satu di semua pasaran,” tambahnya.

“Ibu mengandung dan ibu yang baru bersalin di Malaysia kini boleh memanfaatkan kelebihan krim pemenang anugerah ini dan juga merasai sendiri keberkesanan Intensive Nipple Cream (krim puting payu dara rapi).”

“Mama’s Choice dengan teliti telah memilih produk yang dirasai sesuai untuk pasaran Malaysia, dan kami komited untuk membantu ibu-ibu di seluruh Malaysia melalui liku-liku perjalanan kehamilan mereka dengan lebih selamat, menyeronokkan dan tanpa kerisauan,” tambah Belinda Gunadi, Ketua Penjenamaan bagi Mama’s Choice.

“Selain produk penjagaan diri, Mama’s Choice sedang membangunkan produk lain, dan kami akan menawarkan produk penjagaan bayi, penjagaan rumah dan banyak lagi pada masa akan datang,” katanya.

Produk terbaik dari Mama’s Choice

mamas choice

Produk utama Mama’s Choice yang kini boleh  didapati di Malaysia termasuk:

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
  • Stretch Mark Cream (RM32.90, 100ml) – Krim ini cepat meresap hingga jauh ke dalam kulit untuk membantu mencegah dan mengurangkan kemunculan kesan-kesan regangan kulit. Produk ini mengandungi aloe vera untuk melegakan kegatalan kulit dan bahan pelembap seperti mentega shea, minyak zaitun dan minyak jojoba, dan juga Lipobelle Soyaglycone™ untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit.
  • Intensive Nipple Cream (RM23.90, 15ml) – Dibuat dengan 100% ekstrak palma kurma semula jadi, mentega shea dan minyak kelapa untuk melembut, menghidrat dan melegakan kepedihan dan rekahan puting payu dara. Krim ini menggunakan bahan-bahan gred makanan seperti lanolin, yang menjadikannya selamat untuk digunakan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi.
  • Relaxing Massage Oil (RM34.90, 100ml) – Minyak urut yang dirumus dengan minyak pati semula jadi, khususnya lavender, limau gedang dan oren, untuk membantu menenangkan badan dan fikiran dan membantu melegakan tekanan dan kerisauan pranatal.
  • Non-Fluoride Toothpaste (RM13.90, 100g) – Ubat gigi semula jadi tanpa SLS ini dirumus tanpa fluorida untuk membersihkan gigi dengan lembut dan menyegarkan nafas dengan pudina. Produk ini mengandungi ekstrak pudina, alantoin, klorofil, miswak dan kalsium.
  • Natural Mouthwash (RM11.90, 100ml) – Ubat kumur mulut semula jadi tanpa alkohol dan fluorida dengan ekstrak pudina, alantoin dan klorofil ini membantu mengurangkan bau nafas yang tidak menyenangkan dan menyegarkan nafas. Ia dimuatkan dalam botol saiz kecil yang mudah dibawa dalam beg tangan supaya ibu-ibu boleh menyegarkan nafas dalam perjalanan.
  • Gentle Face Wash (RM26.90, 100ml) – Diilhamkan untuk menanggalkan debu, kotoran dan mekap nipis dengan lembut, pembersih muka ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan bercampur. Formula lembut mengandungi ekstrak beras yang menenangkan dan ekstrak kolagen terhidrolisis untuk membersih, mencerah dan menyuburkan kulit.
  • Daily Protection Face Moisturiser (RM32.90, 100ml) – Pelembap dengan tabir suria mineral ini memberikan penghidratan mendalam sambil memberikan perlindungan UVA/UVB. Produk ini mengandungi ekstrak beras dan asid hialuronik untuk membantu mencerah dan melembapkan kulit, menjadikan kulit cantik berseri secara semula jadi.

Produk semula jadi sepenuhnya Mama’s Choice selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi kerana tidak mengandungi alkohol, tidak menimbulkan alahan dan diuji secara dermatologi. Pilihan produk Mama’s Choice dijual pada harga RM11.90 ke atas dan boleh dibeli menerusi laman web rasminya Mama’s Choice , dan juga melalui laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mama’s Choice dan rangkaian produk yang ditawarkan anda boleh layari laman web Mama’s Choice atau kunjungi laman media sosial Facebook dan Instagram.

* Source: Hadi, Hazrina, Ammar Ihsan Awadh, Mazlina Zamli, Nur’ain Ai, and Shazia Jamshed. 2020. “Insight of Malaysian Users of Cosmetic Regarding Cosmetovigilance” Cosmetics 7, no. 2: 45. doi.org/10.3390/cosmetics7020045

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rahsia Sari Yanti Hilangkan Stretch Mark, Dia Berkongsi Produk Kegemaran!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tidak Semua Produk Penjagaan Kulit Selamat Dipakai Ketika Hamil & Menyusu, Ini Pilihan Yang Selamat Untuk Ibu-Ibu
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

    Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

    Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham