7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

Mandi pantai boleh menjadi aktiviti menyeronokkan dan bagus untuk perkembangan minda si manja. Sekali-sekala bawalah mereka keluar riadah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibu ayah mempunyai masa senggang, apa kata anda bawa anak mandi pantai. Kalau anda hendak tahu terdapat banyak kelebihan dan manfaat membawa anak ke pantai.

Bukan sekadar hanya bermain air sahaja. Sebaliknya, aktiviti ini dapat membantu perkembangan minda dan kognitif si manja anda.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 7 kelebihan bawa anak mandi pantai

Manfaat bawa anak mandi pantai, baik untuk perkembangan si manja

#1. Anak mandi pantai dapat “berkaki ayam”

Jangan takut untuk membenarkan anak berjalan tanpa kasut atau selipar di pantai.

Ini kerana dengan berkaki ayam dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan minda si manja anda.

Malah, terdapat banyak saraf dan titik acupunture pada bahagian bawah tapak kaki kita yang berfungsi untuk menyerap cas-cas ion daripada pasir.

#2. Menikmati kebaikan bayu laut

Bayu laut bukan sahaja menenangkan tetapi ianya turut kaya dengan garam mineral yang mengandungi ion-ion yang dikatakan mampu memberi kesan sebagai anti-depressant kepada otak.

#3. Merangsang sensori

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti di pantai dapat membantu merangsang semua deria anak anda. Anak anda boleh memegang dan bermain pasir, bermain air dan memegang batu-batu kecil. Semestinya aktiviti-aktiviti ini boleh jadi sangat menyeronokkan untuk anak kecil.

#4. Bantu hilangkan stress

Kalau ibu ayah ingat hanya orang dewasa sahaja yang stress, anda silap kerana anak-anak kecil pun boleh mengalami situasi yang sama.

Sekiranya anda sudah lama tidak membawa anak anda berjalan, mereka juga boleh mendapat tekanan. Bawalah mereka ke pantai untuk bantu pulihkan emosi berbanding terkurung di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Senaman yang seronok

Jika anak anda kerap menonton tv atau melihat kartun di telefon bimbit anda, anak anda hanya akan tertumpu pada perkara tersebut dan tidak ada banyak pergerakan. Jadi bawalah anak anda ke pantai.

Biarkan mereka bebas berlari, bermain air dan melompat ke sana sini. Ini merupakan satu bentuk senaman yang menyihatkan!

#6. Dapat tidur dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak bantu dapatkan kualiti tidur yang baik untuk anak anda? Luangkanlah beberapa jam sahaja di pantai kerana anak anda akan mendapat kesan positif pada mental dan fizikal mereka seperti yang dinyatakan diatas.

Barulah mereka dapat tidur lena.

#7. Kelebihan main pantai: Merapatkan hubungan dengan anak

Pada siang harinya, ibu dan ayah sibuk dengan kerja. Anak pula sibuk dengan aktiviti di sekolah atau taska.

Inilah masa terbaik untuk anda merapatkan hubungan dengan anak anda dan luangkan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti di pantai pada hujung minggu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dah bosan asyik pergi ke pusat membeli belah sahaja, cubalah bawa anak ke pantai untuk merasai persekitaran dan pengalaman yang baru.

Bukan sahaja anak boleh mendapat manfaat, malah ibu ayah pun boleh merasai keseronokan yang sama. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Halang Anak Yang Suka Main Air, Banyak Manfaatnya Untuk Perkembangan Si Manja!

Baca juga: Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

Baca juga: Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman