3 jenis mandi selepas bersalin yang ibu patut tahu; no 2 paling best nak buat!

Seronoknya dapat membelai tubuh dengan pelbagai ramuan herba dan daun wangian, tentu tubuh ibu rasa lebih segar setiap hari .

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin, sememangnya badan akan rasa sedikit tak selesa terutama apabila mommy perlu masuk wad untuk dipantau doktor dan jururawat. Tambahan pula, kalau mandi dekat hospital tak best seperti mandi di rumah sendiri.

Semasa berpantang, ibu bukan perlu mandi dengan air biasa tapi ada beberapa jenis mandi selepas bersalin yang boleh diamalkan. Bahkan ia beri manfaat pada tubuh mommy!

Malah dengan mandi selepas bersalin ini, mommy akan rasa lebih segar, berseri (walaupun dalam pantang) dan berkeyakinan untuk menjaga bayi dengan baik.

Bayi pun akan rasa seronok dipeluk mommy sentiasa. Kalau dia boleh cakap mesti dia kata “wah!…wanginya mommy saya!” Hehe.

Sebab itu penting untuk mommy mengamalkan 3 jenis mandi selepas bersalin ini. Ia juga bawa banyak manfaat untuk anda, tau!

3 jenis mandi selepas bersalin wanita berpantang kena tahu

1. Mandi selepas bersalin; daun dan rempah 

  • Pertamanya bagi penyediaan mandian daun dan rempah ini, mommy perlu menyediakan air panas.
  • Kemudian masukkan beberapa jenis daun seperti serai wangi, daun lengkuas, daun pandan, daun limau purut, jambu batu, daun mengkudu, daun sirih dan daun kunyit. 
  • Selain itu, untuk menambahkan keharuman bau wangi, mommy boleh tambah halba ke dalam air tersebut. 
  • Rebus semua ramuan tadi hingga mendidih dan bertukar warna kehijauan. 
  • Setelah itu, campurkan air herba tadi bersama sebaldi air biasa. Pastikan air yang hendak mandi itu suam-suam kuku. Baru mommy rasa kesegarannya nanti. Best kan? 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: linaherbs

2. Mandi selepas bersalin; mandi lulur

  • Untuk mandian lulur ini, bahan asas yang diperlukan seperti beras tumbuk, daun sirih, halba, akar wangi, jintan manis, cekur, kunyit kasturi, kunyit, halia dan daun mengkudu. Banyak juga kan bahan-bahan yang diperlukan. Ok next step, mommy perlu tumbuk semua bahan hingga halus dan menjadi serbuk. 
  • Setelah itu, tambahkan air pada bahan-bahan tadi dan lulur pada seluruh badan semasa mandi. Kalau nak lebih best sapu sebelum mandi. 

kredit : hm gallery

3. Mandi selepas bersalin; mandi bunga 

  • Mandian bunga ini, mommy boleh guna pelbagai jenis bunga yang wangi. Masukkan semua bunga tersebut dalam air suam lebih kurang satu baldi penuh. 
  • Mandian bunga ini sesuai dilakukan pada waktu pagi selepas mengurut atau bertungku. 

Tahu tak kebaikan mandi selepas bersalin?

  • Bagus untuk mencuci alat sulit wanita. Supaya luka jahitan selepas bersalin
  • Kegunaan daun serai wangi, halia dan pandan bertujuan untuk buang angin dan toksin dalam badan.
  • Air rebusan daun dan rempah bantu bersihkan darah nifas yang melekat selepas bersalin. 
  • Penggunaan tepung beras dapat mengeluarkan daki dan sel mati pada kulit badan. 
  • Mandian lulur boleh memecahkan lemak badan. Selain kulit akan rasa lembut, halus dan segar. Juga menghindarkan angin masuk ke dalam badan ibu  berpantang 
  • Beras, halba, kunyit dan halia boleh bantu hilangkan bau badan. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber:Makbuyong 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan