Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk, Betul Ke Ia Bagus Untuk Si Manja?

Tidak ada larangan untuk bagi bayi mandi sejuk, malah ada manfaat tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mandi menggunakan air sejuk dapat memberikan pelbagai kebaikan untuk tubuh dari meningkatkan kekebalan tubuh, melancarkan perjalanan darah, mempercepatkan penyembuhan sakit otot sehinggalah mencantikkan rambut dan kulit. Tetapi macam mana pula kalau mandikan bayi dengan air sejuk?

Ada yang mengatakan bayi tidak boleh mandi air sejuk sebab boleh jadi selsema atau masuk angin. Tambahan lagi, kasihan pula tubuh kecil bayi pun tak boleh tahan sejuk.

Memandikan Bayi dengan Air Sejuk, Ini Penjelasannya

Secara umumnya, para ibu bapa selalu disarankan untuk memandikan si manja menggunakan air suam. Ini dilakukan agar bayi tidak kesejukan, berisiko selsema atau masuk angin.

Tetapi sebenarnya, tak ada larangan pun kalau nak mandikan bayi menggunakan air sejuk.

Menurut Dr Atilla Dewanti, SpA, dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Brawijaya di Indonesia, kanak-kanak sepatutnya diajar untuk mandi menggunakan air sejuk apabila masuk usia tertentu.

Mandi air sejuk boleh membantu mereka mendapatkan daya tahan tubuh yang lebih kuat dan badan juga lebih segar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hakikatnya, memang tidak ada aturan khusus bila anak perlu diperkenalkan untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi secara idealnya, ibu bapa boleh mula memandikan bayi dengan tidak menggunakan air suam apabila si manja berusia 6 bulan.

Hal ini kerana pada usia tersebut, fizikal anak sudah cukup sempurna. Daya tahan tubuhnya dikira cukup kuat untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Sebaik-baiknya anak dibiasakan dengan persekitaran dan suhu yang berbeza sejak dari bayi.

“Bayi umur 2 bulan pun sudah boleh mandi dengan air sejuk. Cuma saya nak ingatkan, sebaik-sebaiknya lakukan perlahan-lahan, jangan terus jirus semua dengan air sejuk.” jelas Atilla.

Syarat Baby Mandi Air Sejuk

Menurutnya lagi, bayi berusia 2 bulan juga boleh mandi air sejuk asalkan mengikut syarat tertentu. Pertama, bayi lahir secara normal dan tidak mengalami sebarang komplikasi.

Yang keduanya, bayi lahir dalam keadaan sihat dengan berat badan minimum 2.5kg.

“Ini berbeza sekiranya baby lahir keadaan pramatang. Kalau lahir pramatang sebaiknya jangan mandikan bayi dengan air sejuk pada masa berpantang. Kulit bayi pramatang lebih nipis dan perlu waktu yang lebih lama untuk boleh beradaptasi dengan keadaan sekitarnya.” tegasnya.

Memandikan bayi pramatang dengan air sejuk dikhuatiri dapat membuat bayi mengalami hipotermia (kedinginan) yang mengganggu perkembangannya. Dalam kes yang ekstrim, hal itu boleh membuatkan bayi ‘lupa’ bernafas kerana suhu yang terlalu sejuk menghambat saluran pernafasannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manfaat Mandi Air Sejuk Pada Bayi

Beberapa kajian menyatakan mandi dengan air sejuk dapat membantu meningkatkan jumlah sel darah putih dibandingkan mandi dengan air hangat. Hal ini tidak hanya berlaku untuk orang dewasa tetapi juga pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, mandi menggunakan air dingin dapat membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit.

Alexa Fleckenstein, M.D. mengatakan bahawa mandi dengan air sejuk merupakan tradisi perubatan secara semulajadi yang dilakukan masyarakat Eropah semasa membesarkan anak-anak dengan bertujuan untuk menjadikan mereka kuat.

“Ketika anak lelaki saya berusia 4 bulan, saya memandikannya dengan air sejuk. Saya menggendongnya dan mencelupkannya badannya ke dalam air. Dia menarik nafas dalam-dalam tetapi tidak pernah menangis. Sekarang dia menjadi lelaki yang sihat,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan dengan betul ya. Jangan lakukan dengan terlalu mendadak yang boleh menyebabkan bayi terkejut pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk itu, berikut ini kami senaraikan beberapa tips memandikan bayi dengan air sejuk:
  1. Pastikan bayi lahir normal, sihat, dan cukup bulan. (tidak lahir pramatang).
  2. Bayi telah berusia lebih dari 2 bulan.
  3. Bayi memiliki berat badan minimum 2.5 kg.
  4. Pastikan suhu ruangan yang menjadi tempat mandi bayi tidak terlalu dingin.
  5. Jangan terus memandikan bayi dengan air dingin. Sebaiknya mandikan bayi dengan suhu air yang bertahap, mulai dari air suam lalu perlahan-lahan beralih ke air sejuk.
  6. Jangan memandikan bayi terlalu lama. Cukup sekitar 10-15 minit.
  7. Terus keringkan tubuh bayi setelah mandi.

Semoga informasi ini bermanfaat untuk parents ya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah diterjemah dari theAsianparent Indonesia dengan keizinan.

Baca juga:

Cara Mandi Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Panduan Lengkap Dan Mudah Untuk Ibu Ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman