Buah yang satu ini memang serasi dengan bulan Ramadhan, malah umat Islam khususnya sering memilih kurma sebagai salah satu hidangan berbuka. Ini kerana selain mengikut sunnah, tentunya mereka tidak mahu terlepas mendapat khasiat kurma yang ternyata baik untuk tubuh.
Bukan pada bulan puasa sahaja, malah pada hari kebiasaannya juga ramai yang makan kurma setiap hari. Tahukah anda, kalau makan kurma 3 biji sehari dalam seminggu pun anda sudah boleh nampak kesannya?
Khasiat Kurma dengan Pengambilan 3 Biji Sehari Dalam Seminggu
1. Mengurangi Risiko Kanser Usus Besar
Selain memastikan makanan dapat dicerna dengan baik, kurma juga membantu memastikan keadaan usus besar lebih sihat dan bebas bakteria. Ini termasuklah melawaskan sistem pencernaan dan membantu usus besar bekerja dengan baik sehingga mengurangkan risiko kanser usus besar.
Kurma juga boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang menghalang terjadinya kanser.
Baca juga: 30 makanan yang memperkuatkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan
2. Baik Untuk Menambah Tenaga
Manfaat buah kurma yang lainnya adalah menambah tenaga apabila diperlukan, kerana kandungannya seperti gula semulajadi, glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Komponen dalam kurma lebih sihat berbanding minum tenaga dan suplemen lain kerana kandungan serat, potasium, magnesium, vitamin dan oksidannya lebih bersifat semulajadi untuk membuatkan badan lebih bertenaga dan fit.
Terutama sekali untuk ibu-ibu yang sarat mengandung ya! Sudah pasti pengambilan kurma membantu menambah tenaga untuk anda meneruskan hari. Malah ia juga salah satu makan yang disarankan untuk diambil sebelum masuk dewan bersalin.
3. Sistem Pencernaan Yang Baik
Tahukah anda, hanya dengan pengambilan 1 cawan kurma ia bersamaan 12 gram serat yang diperlukan tubuh? Ini bermakna 48% dari keperluan seharian sudah dipenuhi.
Jadi tidak hairanlah dengan pengambilan 3 biji kurma sehari boleh membantu melancarkan pencernaan.
Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, mmmbuktikan bahawa individu yang mengamalkan pengambilan kurma sebanyak 7 biji sehari selama 21 hari menunjukkan frekuensi buang air besar yang lebih baik dan peningkatan pergerakan usus berbanding yang tidak mengamalkannya.
4. Otak Lebih Cerdas
Kurma mengandungi vitamin B6 yang terbukti meningkatkan tahap kerja otak dengan membantu tubuh menghasilkan serotonin dan norepinefrin. Serotonin berfungsi mengatur suasana hati manakala norepinefrin membantu tubuh mengatasi tekanan, yang diakibatkan oleh kurangnya vitamin B6 dalam badan yang menyebabkan stress.
Keadaan tubuh tanpa tekanan dan tenang menjadikan otak lebih alert dan sedia untuk belajar dan menerima maklumat baru.
5. Mengatasi Masalah Buasir
Buasir merupakan keadaan di mana vena di anus dan dubur mengalami radang dan bengkak. Keadaan ini biasanya disebabkan dan menjadikan ketegangan di hujung saluran pencernaan.
6. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
Salah satu manfaat buah kurma adalah menyihatkan sistem kardiovaskular. Kalium yang terkandung dalam buah kecil ini diketahui dapat menurunkan LDL (kolesterol jahat) yang menyebabkan penyumbatan di arteri, penyebab stroke dan serangan jantung.
Ha…apa kata kita mula makan 3 biji kurma sehari? Bagi ibu hamil, khasiat kurma pastinya lebih banyak ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!