Memiliki Rasa Berlemak & Manis, Ubi Keledek Kaya Vitamin Amat Bagus Untuk Ibu Hamil

Khasiat ubi keledek untuk ibu mengandung dikatakan mampu menyokong perkembangan janin yang sihat. Namun ia perlulah diambil dalam kuantiti berpada-pada!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah kelebihan ubi keledek untuk ibu hamil? Umum tahu, ubi keledek dikenali sebagai makanan yang mengandungi khasiat penting untuk melawan bermacam jenis penyakit. Kajian juga menunjukkan pengambilan ubi keledek dapat mengurangi risiko penyakit jantung, dan diabetes.

Baca juga: Kaya Dengan Asid Folik, 7 Manfaat Kacang Bendi Dalam Tumbesaran Janin Yang Sihat

Khasiat ubi keledek untuk kesihatan

Bagi mengetahui manfaat ibu keledek untuk ibu hamil, apa kata kita lihat terlebih dahulu nilai gizi 1 hidangan atau 200 gram ubi keledek yang dimasak melalui jadual di bawah:

Kandungan nutrisi  jumlah jumlah yang diperlukan harian (%)
Vitamin A 1.9 mg 210
Vitamin C 39.2 mg 50
Mangan 1 mg 51
Tembaga 0.3 mg 35
Vitamin B5 1.8 mg 36
Pyridoxine 0.6 mg 35
Vitamin B7 0.8 mg 30
Serat makanan 6.6 grams 27
Niacin 3 milligrams 20
Tiamin 0.2 milligrams 19
Riboflavin 0.2 milligrams 15

Manfaat ubi keledek untuk ibu mengandung

Tahukah anda, ubi keledek merupakan salah satu makanan terbaik dalam memberikan tenaga? Kandungan ubi keledek ternyata mempunyai pelbagai nutrien dan khasiat yang baik untuk ibu dan kandungan. 

#1. Kaya dengan vitamin A

Vitamin A sangat penting untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. American Pregnancy Association menyatakan ibu hamil harus mengambil 700mg vitamin A setiap hari sepanjang kehamilan.

Satu hidangan ubi keledek mengandungi 1922mg vitamin A iaitu sekitar 300% dari pengambilan yang disyorkan setiap hari.

Vitamin A sangat penting untuk perkembangan janin seperti tumbesaran organ yang bermula dari jantung, paru-paru, hati , darah, ginjal dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun harus diingat ya ibu, jangan makan melebih-lebih pula kerana pengambilan vitamin A terlalu banyak juga mempunyai risiko.

#2. Mengandungi vitamin C dan zat besi

Kredit: jessicagavin.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang penting untuk kesihatan bayi sepanjang kehamilan. Menurut National Institutes of Health, wanita harus mengambil sebanyak 80-85 mg vitamin C dan zat besi 27 mg semasa  kehamilan.

1 hidangan ubi keledek yang dipanggang mengandungi 39 mg vitamin C dan 1,38 mg zat besi.

#3. Mengandungi potassium yang baik untuk kesihatan

Potassium juga merupakan nutrien penting bagi ibu hamil dan orang dewasa:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ibu hamil dan orang dewasa yang berusia 20-an harus mengambil 4.7 gram potassium setiap hari.
  • Bagi ibu yang menyusukan anak pula, anda harus menambah pengambilan potassium tambahan sebanyak 5g sehari.
  • Ubi keledek mengandungi 950mg potasium yang sangat penting sepanjang kehamilan.

#4. Mengandungi serat

Salah satu kebimbangan semasa hamil adalah masalah sembelit, jadi kerana itulah ibu hamil disarankan mengambil makanan berserat, salah satunya adalah ubi keledek. 

credit to sources

Jumlah serat harian yang disarankan kepada ibu hamil adalah sekitar 30 gram serat harian, di mana 1 per 3 daripadanya boleh didapati dalan 1 hidangan ubi keledek.

#5. Kandungan vitamin B6

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin B6 boleh mengurangkan rasa loya ibu hamil, malah membantu pembentukan sel darah merah sepanjang kehamilan. American Pregnancy Association ada mengatakan  ibu hamil perlu mengambil 1,9 mg vitamin B6 setiap hari.

1 hidangan ubi keledek mengandungi 0,6 mg vitamin B6.

Elak mengambil ubi keledek dalam kuantiti yang berlebihan

Walaupun ubi keledek memiliki banyak manfaat untuk ibu hamil, ini tidak bermakna ibu hamil boleh makan ubi keledek sesuka hati ya.

Ini kerana pengambilan ubi keledek yang terlalu banyak boleh membawa keburukan juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut merupakan risiko pengambilan ubi keledek berlebihan:

  • Makan ubi keledek berlebihan boleh menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai Hypervitaminosis A. Keadaan ini boleh menyebabkan kecacatan janin, kerosakan hati yang teruk, keguguran, kelahiran pramatang dan stillbirth.
  • Ubi keledek kaya dengan oxalate yang merupakan penyebab batu karang utama pada tubuh manusia. Ia boleh menyebabkan rasa sakit dan gangguan pada fungsi ginjal dan kantung hempedu.
  • Mannitol, sejenis gula khusus yang terkandung dalam ubi keledek boleh menyebabkan sakit perut. Ini boleh menyebabkan masalah angin dan cirit birit.
  • Individu yang mempunyai penyakit kencing manis dan lebih berat badan juga boleh terkesan, sebaiknya ubi keledek direbus bagi menurun kadar gula dalam darah.

Kesimpulannya, ubi keledek merupakan salah satu makanan yang sedap dan sihat untuk ibu hamil serta kandungan, namun ingat ya, jangan makan dengan kuantiti terlalu banyak!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.