Selepas mendirikan rumah tangga, masak untuk suami antara yang disukai oleh kaum wanita. Lebih-lebih lagi jika si suami menyukai masakan isteri, bertambah semangat untuk mencuba pelbagai resepi atau masak makanan kesukaannya.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Isteri masak untuk suami bekal berbuka
- Netizen puji bekalkan suami makanan
Seperti yang dilakukan seorang isteri ini membekalkan suaminya bekalan untuk berbuka puasa di tempat kerja. Perkongsian itu dimuat naik menerusi video TikTok umiami2315.
Isteri masak untuk suami bekal berbuka
Berdasarkan perkongsian video tersebut, bekal makanan itu diletakkan di dalam kotak makanan gaya Jepun (bento). Melihatkan kepada setiap makanan yang dibekalkan, terdapat nasi beserta dua jenis lauk selain sayuran dan lengkap bersama buah.
Malah, kesemua makanan yang dibekalkan itu juga licin, habis dimakan oleh suaminya yang juga anggota bomba.
“Buatkan bekal berbuka boleh? Ok sayang sebelum berbuka sampai bekal,” demikian keterangan video oleh wanita tersebut yang juga anggota bomba bekerja di tempat yang sama.
Netizen puji bekalkan suami makanan
Dalam pada itu, video perkongsian wanita tersebut turut mendapat pujian daripada netizen malah, ada yang berkongsi pengalaman membekalkan makanan untuk suami masing-masing di tempat kerja.
“Isteri sayangkan suami, apa-apa dia sanggup buatkan. Memasaklah mengikat kasih sayang rumah tangga”.
“Dia hargai betul isteri dia masak, good”.
“Dulu masa suami masih berkhidmat, saya suka bagi bekal tapi kawan-kawan dia kutuk-kutuk. Bukan jimat duit just suami suka yang mak sendiri”.
“Teringin nak buat bekal untuk suami tapi suami kita surarumah tangga sepenuh masa”.
“Satu je nak cakap, healthy nya makanan wife buat,” demikian komen dan maklum balas netizen terhadap video itu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cepat & Sedap! – Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah
Baca juga: 10 Menu Sahur Yang Mudah & Sepantas Kilat Boleh Siap, Anak-Anak Mesti Suka!
Baca juga: Buntu Memikirkan Juadah di Bulan Ramadhan ? Ini Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Sihat, dan Sedap