X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

4 min bacaan
Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

Tak perlu pening kepala dah ibu-ibu semua! Ketahui idea masakan bekal makanan yang sihat lagi menyelerakan untuk anda bawa ke sekolah disini.

Ibu-ibu tengah cari idea menu bekal menu makanan untuk anak ke tu?

Sekolah pun dah dibuka. Apa lagi para ibu! Mesti anda pun tercari-cari menu atau idea untuk bawakan anak anda bekal. Anda berada di tempat yang betul sebab kami nak kongsi dengan anda pelbagai resepi bekal makanan atau bento lunch box mudah dan menyelerakan untuk anak anda. 

Kami faham kadang-kadang kekangan masa untuk ada lagi-lagi buat ibu bekerjaya dan sibuk. Memang tak menang tangan dibuatnya pagi. Mana lagi nak uruskan anak dan nak masak lagi. Pagi-pagi memang kelam kabutkan?

Resepi lunch box amat mudah disediakan dan tak perlu mengambil masa yang lama. Ramai yang beranggapan bahawa penyediaan bekal ke sekolah memakan masa yang lama dan ibu-ibu tak berkesempatan untuk buat sesuatu yang istimewa. Sebenarnya, tidak! Resepi yang kami kongsikan ini adalah sangat mudah, ringkas dan menyihatkan.

Tahukah anda apakah kebaikan menyediakan bekal atau lunch box untuk anak anda?

  • Anda boleh sediakan makanan kegemaran anak anda yang dapat meningkatkan selera makan anak anda. Anda juga secara tidak langsung mengawal pemakanan anak anda dan mencegah risiko obesiti.
  • Bekal makanan memberikan tenaga kepada anak anda semasa anak anda di sekolah. Anda boleh menyediakan lunch box yang mempunyai kandungan karbohidrat dan nutrien yang mencukupi untuk membekalkan anak anda tenaga.
  • Memupuk tabiat makan yang sihat. Anak anda akan mendapat lebih banyak manfaat apabila memakan makanan yang sihat dan berkhasiat menerusi bekal makanan yang anda bekalkan.

Pening nak sediakan bekal apa pagi-pagi untuk anak? Ini dia antara idea menu bekal anak yang ringkas untuk bekal makanan yang anda boleh sediakan.

#1 Sandwich roti

idea menu bekal anak

Kredit: Pexels

Ada tak yang rasa macam ‘Alah, roti je?’ Tahukah anda roti sandwich sebenarnya boleh jadi satu hidangan yang sangat menyelerakan?

Nampak sahaja simple tapi anda boleh letakkan bahan berkhasiat seperti telur, tomato dan salad. Nak siapkannya pun tak akan ambil masa anda yang lama hanya perlu beberapa minit sahaja.

Anda nak letak sardin pun boleh dan anda boleh laraskan tahap kepedasan. Dalam bekal anak anda, anda boleh bekalkan sekali pisang atau epal sebagai pelengkap hidangan. 

#2 Tortilla wrap

idea menu bekal anak

Kredit: Pexels

Tortilla wrap ini pun salah satu cara yang pantas untuk anda siapkan bekal makanan anda ke sekolah. Anda hanya perlu goreng siap-siap ayam, wrap sekejap dan anak-anak anda dah boleh bawa ke sekolah!

Penyediaannya tidak memakan masa yang lama. Hanya memakan masa selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh buat tortila wrap dengan style KFC dan padankan dengan salad. Sedapnya!

#3 Makaroni goreng

idea menu bekal anak

Kredit: Freepik

Resepi makaroni goreng yang dikongsikan Che Nom ini memang sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya tidak pedas. Di samping itu, ia sangat mengenyangkan. Sedap pun sedap!

Ia bukan sahaja sesuai untuk dibawa ke sekolah, malah anda juga boleh menggunakan resepi ini kalau anda nak buat majlis yang melibatkan kanak-kanak.

Anda boleh letak ayam atau hot dog dan boleh suai padankan mengikut citarasa anak anda. Sesuailah dengan anak anda yang suka makan ala-ala western ini. 

#4 Nasi goreng

Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

Kredit: Pexels

Kalau dah ada makaroni goreng, mestilah nasi goreng termasuk dalam senarai kami! Mungkin ada yang tertanya-tanya, nasi goreng biasa sahaja? Itu rahsianya. Anda boleh masakkan anak anda nasi goreng butter! Sedap dan sangat sesuai untuk dibawa ke sekolah.

Anda boleh letak dengan telur dan nak lagi sedap, kalau letak hotdog. Daripada anda membazir buang nasi, baik anda masak nasi tersebut. Jom lihat resepi nasi goreng butter disini. 

#5 Pankek

idea menu bekal anak

Kredit: Pexels

Sedapkan pankek untuk bawak bekal ke sekolah? Orang dewasa pun suka! Pankek dah lah gebu, lembut dan menyelerakan pulak tu. Anak-anak sudah pastilah lagi suka!

Untuk penyediaan pankek ini pun boleh dilakukan sekejap sahaja. Apa yang anda boleh lakukan ialah sama ada anda boleh memilih untuk buat pankek daripada bancuhan segera atau anda boleh buat bancuhan pankek sendiri.

Pankek sedap makan begitu sahaja? Mengikut selera anak anda, anda boleh makan bersama madu, butter, jem atau peanut butter. 

#6 Tomyam dan paprik

Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah
Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Kredit: makanlena

Mesti ibu fikir aduh lecehnya. Ini adalah jenis masakan one pot yang boleh dimasak sekali gus. Kalau anda mempunyai pressure cooker, lagilah senang kerja anda. Tomyam dan paprik tak mengambil masa yang lama pun.

Anda boleh letakkan sahaja semua bahannnya dalam satu periuk dan biarkan sahaja. Anda senang dan anak-anak anda pun suka. Untuk tomyam ataupun paprik ayam atau daging, anda boleh padankan dengan nasi. Kenyang anak anda makan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham