X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Menu Sahur Yang Mudah & Sepantas Kilat Boleh Siap, Anak-Anak Mesti Suka!

6 min bacaan
10 Menu Sahur Yang Mudah & Sepantas Kilat Boleh Siap, Anak-Anak Mesti Suka!

Menu sahur simple untuk anda cuba yang sedap, mudah disediakan malah sangat menyelerakan. Boleh jimatkan waktu memasak di dapur

Tak semua orang rajin bangun awal pagi semata-mata untuk memasak di dapur untuk bersahur. Namun disebabkan anda 'jenis perut' lebih suka makan nasi, gagahkan diri juga memasak lauk. Usah pening kepala, di sini ada 10 menu sahur simple yang boleh anda cuba, bukan sahaja mudah disediakan dan menyelerakan bahkan, menjimatkan masa anda di dapur.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menu sahur simple yang sedap dan menyelerakan

Menu sahur yang simple ini juga boleh menaikkan selera anda untuk makan di awal pagi. Maklumlah, tidak semua orang berselera menikmati makanan sebaik saja bangun daripada tidur. Walaupun simple, boleh bertambah nasi di waktu sahur.

Menu sahur simple yang sedap dan menyelerakan

1- Telur hancur simple

menu sahur simple

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1/2 biji bawang merah besar (dicincang)
  • 100 gram sayur campur
  • 20 gram isi ayam
  • 10 gram daun sup (dicincang)
  • 1 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
  • Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
  • Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut cita rasa anda.

2- Ayam masak lada hitam

menu sahur simple

Bahan-bahan: 

  • 500 gram isi ayam (hiris kecil)
  • 50 gram daun bawang
  • Rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • 3 biji cili merah (hiris memanjang)
  • 1 biji bawang besar (dadu kecil)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 cm halia muda (hiris halus)
  • 1 sudu teh lada hitam (kisar kasar)
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  • Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam dan kicap pekat manis.
  • Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  • Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
  • Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  • Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

3- Telur masak sos masam manis

menu sahur simple

 
Bahan-bahan:
  • 6 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
  • 200 gram bawang merah (dikisar)
  • 20 gram bawang putih (dikisar)
  • 10 gram halia (dikisar)
  • 50 gram serai (dikisar)
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tin puri tomato
  • 50 gram sos cili
  • 50 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.
  • Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.

4- Sardin telur

keempat

Bahan-bahan: 

  • 1 tin kecil sardin
  • 4 biji telur ayam
  • 50 gram cili giling
  • 1/2 ulas bawang merah besar (dicincang)
  • 20 gram cendawan (dihiris)
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan asam jawa (dibancuh bersama 50 ml air)
  • Sedikit daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara: 

  • Panaskan minyak dan goreng telur mata. Ketepikan seketika.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang merah dan cili giling hingga masak.
  • Kemudian masukkan hirisan cendawan dan juga ikan sardin.
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  • Tambahkan sedikit kicap dan juga daun sup. Tuangkan diatas telur yang telah digoreng tadi.

5- Taufu telur sos cendawan

kelima

Bahan-bahan: 

  • 2 paket taufu telur (dipotong)
  • 2 ulas bawang merah (dicincang)
  • 20 gram cendawan (dihiris)
  • 10 gram lobak merah (dihiris halus)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 50 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya

Cara-cara: 

  • Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak dan tumis bawang merah, cendawan dan lobak merah hingga lembut.
  • Kemudian masukkan sedikit air, kicap, garam dan gula secukupnya.
  • Seterusnya tuangkan sos ke dalam pinggan dan susun taufu diatasnya.
  • Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 10 minit.
  • Hidangkan bersama bawang goreng.

6- Nasi goreng biasa

keenam

Bahan-bahan: 

  • 175 gram nasi putih
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi ayam (potong nipis)
  • 100 gram udang (bersihkan)
  • 100 gram sotong (hiris)
  • 100 gram sawi (potong)
  • 100 gram kubis cina (potong)
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara: 

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  • Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
  • Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

7- Ikan tamban masin goreng cili api

ketujuh

Bahan-bahan:

  • 300 gram ikan tamban masin
  • 150 gram bawang besar (dihiris bulat)
  • 100 gram cili padi (diracik halus)
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
  • Gorengkan bawang besar dan cili api hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
  • Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya. Sedia dimakan.

8- Ikan bilis sambal garing

kelapan

Bahan-bahan:

  • 250 gram ikan bilis (digoreng garing)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara:

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa secukupnya. Kacau sehinga rata.
  • Akhir sekali, gaul dengan ikan bilis tadi seketika. Angkat dan sedia dihidangkan.

9- Ikan tenggiri singgang

kesembilan

Bahan-bahan:

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  • Bersihkan ikan dan toskan.
  • Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak.
  • Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

10- Nasi goreng ayam

kesepuluh

Bahan-bahan:

  • 175 gram nasi putih
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 sudu cili boh
  • 1 biji telur
  • 100 gram sawi (potong)
  • 100 gram kubis cina (potong)
  • Garam secukupnya
  • 1 ketul ayam (paha/dada)
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara:

  • Untuk memasak nasi goreng, panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  • Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.
  • Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
  • Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.

Jadi, boleh pilih menu sahur simple untuk anda masak untuk lauk sahur nanti. Selamat berpuasa dan selamat mencuba. 

Daily Makan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  4 Resepi Sedap Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Bantu Galakkan Mereka Puasa

Baca juga:  7 Makanan Sahur Kenyang Lama & Berkhasiat, Bantu Elak Rasa Letih Ketika Berpuasa

Baca juga:  MENU SAHUR Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu, Kekal Bertenaga!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 10 Menu Sahur Yang Mudah & Sepantas Kilat Boleh Siap, Anak-Anak Mesti Suka!
Kongsikan:
  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

    Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

    Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.