Dalam pelbagai tradisi di Malaysia, , berpantang adalah tempoh yang sangat penting untuk ibu baru dan memulihkan badan selepas bersalin. Antara elemen penting dalam berpantang termasuklah masakan berpantang yang diberikan kepada ibu.
Berpantang membolehkan ibu baru mendapat rehat yang sangat diperlukan untuk meningkatkan imuniti untuk pulih lebih cepat selepas bersalin disebabkan itulah penting untuk pemakanannya juga sentiasa terjaga.
Walaupun dalam dunia moden kadang kala berpantang dibuat dengan cara moden, tetapi apabila menyentuh bab masakan dan makanan masih ramai yang berusaha mendapatkan yang terbaik dan sudah pasti menyihatkan.
Masakan berpantang yang baik untuk rangsang imuniti ibu lepas bersalin
Oleh itu, kali ini kami senaraikan senarai masakan berpantang yang bukan saja sihat dan berkhasiat tetapi juga lazat. Walaupun anda bukan ibu yang baru melahirkan tidak salah untuk anda cuba kerana ia juga amat berkhasiat untuk merangsang imuniti secara semula jadi.
Antara bahan wajib yang biasa dalam masakan berpantang termasuklah halia, bawang, bawang putih dan lada hitam yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan antioksidan yang tinggi.
Jadi tidak hairanlah mengapa bahan-bahan ini ada dalam resepi masakan berpantang yang boleh merangsang imuniti ibu baru bersalin.
#1. Nasi goreng halia
Resipi mempunyai halia dan minyak bijan yang mencukupi yang juga membantu membina imuniti dalaman terhadap cuaca sejuk. Selain itu, sifat antiradang akan membantu badan anda sembuh dengan lebih cepat.
Bahan-bahan
- Nasi putih – 2 cawan
- Fillet ayam cincang – 260 g
- Minyak masak – 2 sudu besar
- Telur – 2
- Mix vege – 1 cawan
- Tepung jagung
- Lada sulah
Perapan:
- Halia parut – 1 sudu besar
- Minyak bijan – 1 sudu kecil
- Daun bawang – dihiris halus
Cara-caranya:
- Perap ayam dengan garam, tepung jagung, minyak bijan, dan gaul rata.
- Biarkan perapan selama 15 minit
- Pukul telur dalam mangkuk yang berasingan dengan sedikit garam dan tuangkan adunan ke atas beras yang telah dimasak dan gaul rata.
- Tuangkan minyak masak ke dalam kuali dan goreng telur yang telah dipukul. Tumis hingga masak. Ketepikan
- Masukkan halia kisar ke dalam kuali yang sama diikuti dengan bawang putih dan kacau sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali dan tumis hingga masak.
- Tuang adunan beras tadi, gaul rata dan kacau sentiasa untuk mengelakkan nasi melekat pada kuali.
- Tambah nasi goreng dengan kicap ringan dan garam secukup rasa, serta minyak bijan dan gaul rata.
- Masukkan telur dan lada sulah.
- Hiaskan dengan hirisan bawang merah dan bawang putih goreng.
#2. Mee sua ayam
Resipi ini kaya dengan antioksidan dan sifat anti-radang dengan bahan-bahan seperti minyak bijan, halia, yang kesemuanya membantu dalam kesejahteraan dan pemulihan ibu semasa tempoh selepas bersalin.
Ini secara kolektif kaya dengan lemak tidak tepu, membantu mengekalkan kesihatan tulang, dan melawan radikal bebas. Bahan makanan seperti halia juga dikenali sebagai galactagogue dan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Bahan-bahan:
- Ayam – drumstick
- Minyak bijan – 1 sudu besar
- Halia segar dikupas dan dihiris nipis – 1 inci
- Mee sua – 2-3 ikat (seorang makan)
- Garam secukup rasa
- Secubit kecil gula (pilihan)
- Daun ketumbar segar
- Daun bawang – dicincang
- Kicap
Cara-caranya:
- Perap ayam selama 15 minit dengan jus halia dan kicap.
- Masukkan minyak bijan ke dalam kuali dan kemudian hirisan nipis halia.
- Tumis hingga hirisan hingga garing dan naik bau, kemudian toskan dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, masukkan ayam yang telah diperap dan goreng sehingga menjadi perang muda.
- Kacau dan gaul semua rata dan biarkan mendidih selama 15 minit sehingga ayam menjadi lembut dan empuk
- Dalam kuali lain, masukkan mee sua ke dalam air mendidih dan rebus selama satu minit.
- Toskan air dan pindahkan mee sua ke dalam mangkuk hidangan individu.Hiaskan dengan bawang hijau yang dicincang dan daun ketumbar.
#3. Ikan tenggiri dan sup betik muda
Sup ini biasanya terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Ia boleh dimakan setiap hari dan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Bahan-bahan:
- Minyak masak – 2 sudu besar
- Ikan tenggiri – 2 keping
- Halia – 8 keping
- Kurma merah – 20 g
- Kacang tanah – 50 g
- Air – 3.4 liter
- Betik muda -1 kilogram dipotong kiub
- Garam – secukup rasa
- Beg muslin
Cara-caranya:
- Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan goreng kedua-dua kepingan ikan tenggiri.
- Masukkan empat hirisan halia dan goreng hingga ikan menjadi perang keemasan.
- Pindahkan ikan yang telah digoreng ke dalam beg muslin dan biarkan dalam periuk.
- Masukkan kurma merah ke dalam periuk bersama hirisan halia, kacang tanah dan air mendidih.
- Tutup dengan penutup dan biarkan semua bahan mendidih selama satu jam sehingga air menjadi keruh.
- Keluarkan beg muslin bersama ikan dan simpan di tepi.
- Masukkan kepingan betik muda yang dipotong dadu dan rebus selama 15-20 minit lagi.
- Perasakan sup dengan sedikit garam dan hidangkan dalam mangkuk dengan segera.
#4. Sup lobak merah dan halia
Halia dan lobak merah memang terkenal sebagai makanan untuk meningkatkan imuniti. Jadi jika ia dijadikan sup untuk diberi kepada ibu mengandung, pasti berkhasiat.
Bahan-bahan:
- Minyak zaitun – 1 sudu besar
- Lobak merah sebarang – dipotong semi bulat
- Bang holland – dipotong dadu
- Cincang halus 1 inci halia
- ½ inci kunyit hidup, buang kulit dan cincang halus. Atau boleh juga guna serbuk kunyit.
- Garam
- 4 cawan low-sodium vegetable broth
- 1 cawan santan
- Lada benggala
Cara-caranya:
- Tumis minyak zaitun, bawang dan lobak merah tumis hingga lembut dan naik bau. Selepas itu masukkan halia dan kunyit tumis hingga naik bau.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Kisah semua bahan menggunakan pengisar dan kisar hingga lembut dan halus. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati hingga menggelegak.
- Makanan ini boleh disimpan tiga hari dalam peti ais dan 3 bulan jika disejuk beku.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!
Baca juga: Anak Marah, Menangis Bila Disapa Orang Asing, Dia Malu Atau Takut Orang Sebenarnya?
Baca juga: Naikkan Berat Badan Bayi 7-12 Bulan Dengan Menu Ini, Ramai Ibu Dah Cuba, Ia Dengan Berkesan!