Tidak mahu berenggang dan asyik menangis antara masalah bayi high need yang perlu dlilalui oleh para ibu. Seperti yang terjadi kepada wanita ini, menguruskan bayi yang high need atau Separation Anxiety Disoder (SAD) bukanlah satu tugas yang mudah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Ibu tertekan dan stress hadap masalah bayi yang High-Need
- Masalah anak sukar berenggeng dan ingin mengempeng dipanggil sebagai Separation Anxiety Disorder (SAD)
Ibu tertekan dan stress hadap masalah bayi yang High-Need
Luahan seorang ibu mengenai masalah yang dilaluinya itu yang kadang-kadang membuatkan dirinya terasa seperti orang gila. Ikuti luahan Surina Shahril Rayyan melalui hantaran di laman Facebook miliknya,
FASA SEPARATION ANXIETY
“Coretan ni panjang. Ikut korang la nak baca ke nak skroll.
Haritu aku tengok la ade mak ni meluah kepenatan dia. Dia tak larat da nak dengar anak menangis. Dia penat. Dia stress dia tertekan. Burn out.
Aku faham sebab aku ade anak high demand/separation anxiety. Tapi yang buat aku betol-betol terasa hati bila baca segala komen-komen dalam tu yang kebanyakan mak-mak. Wanita mengecam tanpa belas kasihan. Siap cakap tak bersyukur da ade anak. Orang dulu-dulu okay ajee anak ramai takde mengeluh.
Kadang aku rasa jadi ibu ni macam satu dosa ke kalau cakap penat? Dosa ke kalau cakap burn out. Stress. Nak rehat? Dosa ke kalau sehari dua tak nak masak. Tak nak mengemas.
Aku ade 3 anak. No 1 dan no 2 bukan kategori high need baby. Mak hilang ke. Mak ape ke dia tak nangis.
Datang no 3 Allah uji dengan baby high need. Dari dia baby dalam pantang memang high need. Membawak ke besar sekarang usia nak masuk 1 tahun. Lebih kurang macam tu jugak perangai. Mak depan mata pun kadang menangis. Mak bangun p dapo menangis. Mak masak menangis. Mak mandi menangis. Mak makan menangis.
Senang cerita dia nak ko duduk hadap dia tanpa buat apa-apa. Do nothing! Tapi aku sebagai surirumah boleh ke duduk saja tanpa buat apa-apa?
Pagi-pagi aku kalut dengan abang-abangnya nak pi sekolah time tu la dia bangun dan menangis. Aku ke sana ke sini dia akan merangkak sambil terpekik menangis tone suara ko tak payah cakap memang kuat.
Aku ni da banyak kali menangis bukan sebab badan aku penat jaga dia tapi jiwa aku penat. Mental aku penat. Emosi aku tak stabil sebab aku tak faham kenapa nak menangis kan mak depan mata.
Kalau korang tak duduk dalam situasi yang sama macam kita orang aku mintak satu je la. Jangan la judge. Jangan la kata mak sekarang manja. Mak dulu besar 10 anak okay je. Mak sekarang anak baru 2 baru 3 da stress. Mungkin rezeki awak dapat 5 anak semua senang jaga. Janganla dibandingkan dengan kami. Sebab setiap anak tak same cabarannya.
Percayalah ulang ulang hadap anak menangis tanpa henti ni memang boleh buat kau hilang sabar. Aku pernah cakap kat laki aku, aku rasa macam orang gila. Aku pikir lain. Aku buat lain sebab otak aku da terlampau tepu dan berat.”
Masalah anak sukar berenggeng dan ingin mengempeng dipanggil sebagai Separation Anxiety Disorder (SAD)
Menerusi hantarannya itu, Surina Shahril Rayyan turut menulis mengenai masalah Separation Anxiety Disoder (SAD),
“Separation Anxiety Disoder (SAD) bermaksud dia takut berjauhan atau kehilangan. Kebiasaan terjadi pada anak-anak yang maknya 24 jam di rumah tapi ramai jugak mak bekerja yang hadap situasi begini.
Simptom-simptom SAD
- Tangisan melampau yang teruk sampai teresak-esak.
- Clingy to parents.
- Tantrum yang melampau dan ade jugak yang menangis sampai menghentak badan/hempas badan sebagai tanda protes.
- Tak nak buat aktiviti yang menyebabkan dia kena berjauhan dari penjaga. Contoh main dekat depan tv then mak pi dapo. Dia tak mau aktiviti macam ni. Sebab dia nak penjaga tu depan mata dia.
Boleh ke SAD ni dihentikan?
- Boleh tapi ada jugak baca pengalaman mak-mak yang anak dia sampai besar masid SAD.
Doa yang baik-baik. Semoga kami yang dianugerahkan ‘anak manja’ macam ni dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan waras. Percayalah kami bukan lemah cuma sesekali emosi dan jiwa rapuh.”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selalu Marah Anak & Stress Bacalah Zikir Fatimah Ini Untuk Rasa Lebih Tenang
Baca juga: Ibu Tak Perlu Jadi Supermom, Ini Punca Ramai Ibu Jadi Tertekan & Stress Dengan Anak