Senarai 402 Sekolah Masalah Disiplin Pelajar, Ibu Ayah Sila 'Take Note'!

Antara sekolah yang memiliki masalah disiplin pelajar yang tinggi, cuba semak nama sekolah anda atau anak ada dalam senarai tak?

Masalah disiplin pelajar memang tak boleh lari di setiap sekolah- sekolah di seluruh Malaysia dan pasti akan ada isu penyalahgunaan dadah, bergaduh di sekolah, ponteng sekolah, hisap rokok, mencuri dan banyak lagi.

Hampir 5,000 kes buli yang dicatatkan berlaku di sekolah seluruh negara antara Januari hingga Oktober tahun ini. Tahun 2021 mempunyai jumlah paling rendah dengan 326 kes kerana dalam tempoh PKP namun meningkat mendadak ke 3,887 kes pada 2022.

Senarai 402 sekolah masalah disiplin pelajar

Sekitar tahun 2017, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenalpasti sebanyak 402 buah sekolah di seluruh negara yang memiliki masalah disiplin pelajar.

Negeri Selangor menjadi yang tertinggi dalam senarai tersebut iaitu kira-kira 76 buah sekolah yang berada dalam kategori 1 yang membabitkan masalah disiplin dan kategori 3 yang melibatkan penyalahgunaan dadah. Disusuli dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, sekolah-sekolah di Kuala Lumpur hanya mempunyai 22 buah sekolah namun semuanya diklasifikasikan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah. 

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang mempunyai kes disiplin di Malaysia. Jom kita semak!

 

 

Cara mengatasi masalah disiplin pelajar

1. Sekolah

Dalam menangani isu ini, pihak sekolah mestilah memainkan peranan yang sangat penting dan mengenakan tindakan yang sewajarnya supaya para pelajar tahu kesalahan yang mereka lakukan itu harus diberi pengajaran.

Pada masa yang sama sekolah boleh menyediakan pelbagai program supaya dapat membentuk nilai terpuji di kalangan para pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang cemerlang dan memiliki sahsiah diri yang baik.

Boleh juga meminta padangan dan bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menangani isu ini.

2. Kementerian

Selain daripada pihak sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut berperanan besar dalam menangani isu masalah disiplin pelajar ini di mana pihak kementerian boleh menggubal peraturan baru dalam mengatasi masalah disiplin murid sekolah.

Antara usaha KPM adalah mewujudkan Gagasan Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC). Ia bertujuan untuk memastikan pembinaan karakter yang berkaitan dengan disiplin, adab susila dan kesopanan menjadi teras kepada pelajar sekolah. 

KPM turut menyediakan tiga saluran untuk orang ramai, pihak sekolah dan ibu bapa berhubung kes buli dan gangguan seksual melalui talian khas iaitu Aduan Buli, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau e-mel di alamat adubuli@moe.gov.my.

Di samping kerap melakukan pemantau terhadap disiplin pelajar di sekolah setiap masa dan melakukan tinjaun dari masa ke semasa secara mengejut.

Ia juga dapat membendung pihak sekolah dari menyembunyikan apa saja bentuk disiplin pelajar di sekolah masing-masing.

3. Ibu bapa pelajar

Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah dalam mengatasi isu masalah disiplin ini kerana ibu bapa adalah individu yang lebih dekat dengan anak-anak dan didikan itu perlu dimulakan daripada rumah.

Sebab itu, ibu bapa turut memainkan peranan besar dalam memberikan nasihat dan dorongan kepada anak-anak agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni semasa di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Kalau boleh luangkan masa dengan anak-anak dan bertanyakan apakah masalah yang mereka hadapi sewaktu berada di sekolah. Mungkin dengan cara ini mereka boleh membuka mulut dan menceritakan apakah masalah mereka yang sebenarnya.

4. Diri sendiri (pelajar)

Jika semua pihak telah melakukan yang terbaik bagi menangani isu disiplin ini maka semuanya sekarang terletak di tangan para pelajar itu sendiri.

Di mana mereka perlulah mengamalkan nilai-nilai murni semasa berada di sekolah dan tidak mudah terpengaruh dengan gejal-gejala gasterisme, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Kalau rasa nak buat benda jahat, ingat semula apakah tujuan utama anda ke sekolah. Tentunya ingin mendapat ilmu bukan? Jadi jangan lakukan perkara yang hanya mendatangkan sia-sia kelak rugi masa depan.

Punca masalah disiplin pelajar

Pelajar yang mempunyai masalah disiplin sebenarnya boleh menganggu pembelajaran kelas dan mempengaruhi tahap pencapaian dalam akademik. Pernah tak kita menyedari apakah sebabnya masalah disiplin dalam kalangan pelajar berlaku?

Antara puncanya:

  1.  Lazimnya mereka tidak mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan kurang didikan agama serta moral. Oleh itu, mereka bebas melakukan masalah disiplin ini seperti melanggar peraturan sekolah, sering datang lewat, merokok, ambil dadah, gaduh, membuli dan sebagainya.
  2. Ibu bapa yang tidak memberikan didikan yang betul pada anak punca mereka mempunyai masalah disiplin. Ini kerana, ada sesetengah ibu bapa yang suka memarahi anak tanpa sebab munasabah.
  3. Anak-anak tidak bahagia di rumah turut memilih jalan untuk melakukan masalah disiplin ini.
  4. Ibu bapa tidak memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka dapat ke sekolah dengan tenang dan ceria.
  5. Pengaruh rakan sebaya juga mendorong para pelajar melakukan hal yang buruk di sekolah sekaligus melakukan perbuatan negatif tersebut secara kerap. Apabila ditegur oleh guru atau rakan-rakan yang lain mulalah bergaduh dan berdendam.
  6. Gagal dalam pembelajaran. Pelajar yang menghadapi kesukaran memahami sesuatu pembelajaran tidak mampu mengekalkan fokus ketika berada di dalam kelas. Ia boleh menyebabkan pelajar tersebut cenderung untuk ponteng kerana tidak bersemangat.
  7. Gangguan masalah emosi. Pelajar yang tidak pandai mengendalikan emosi dengan betul dan tidak mampu menyelesaikan masalah cara positif akan mudah rasa tertekan, marah dan gelisah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tips Untuk Galakkan Anak Aktif Dalam Kelas, Elak Jadi Murid Yang Introvert & Pemalu

Baca juga: Kalau Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini

Baca juga: 7 Surat Murid Minta Izin Cikgu Kerana Tidak Mahu Hadir Ke Sekolah, No.5 Paling Lucu!