TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Tekad Terjun Tingkat 19 Hotel Di Genting Lepas Kecewa Dengan Suami & Hilang 200 Ribu Kerana Berjudi!

22 Oct, 2019
Wanita Tekad Terjun Tingkat 19 Hotel Di Genting Lepas Kecewa Dengan Suami & Hilang 200 Ribu Kerana Berjudi!

Wanita ini dipercayai bunuh diri selepas menghadapi kemelut dalam rumah tangga!

Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah hidup yang dihadapi seseorang supaya dapat keluar daripada situasi yang mungkin boleh membelenggu diri mereka.

Lebih mengejutkan, para penyelidik meramalkan menjelang 2020, satu orang akan mati kerana membunuh diri setiap 20 saat.

Seperti yang dilaporkan dalam China Press baru-baru ini, apabila seorang wanita dipercayai bunuh diri selepas mengalami masalah perkahwinan dan menanggung hutang kewangan yang banyak.

Masalah hidup punca wanita bunuh diri

Pada 12 Oktober yang lalu, seorang wanita berumur 27 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjun dari tingkat 19 di sebuah hotel di Genting Highlands.

Sebelum membunuh diri, wanita tersebut ada menghantar mesej kepada rakan-rakannya di WeChat yang meminta mereka menjaga anak perempuannya selepas dia meninggal dunia. Mesej tersebut tular selepas dikongsi oleh rakannya itu setelah dia ditemui mati bunuh diri.

Dalam mesej yang dihantar, mangsa memberitahu hanya mempunyai RM1,000 dan bercadang akan kembali ke Myanmar tidak lama lagi selepas pasport anaknya sudah siap. Mangsa turut mengatakan dia telah kehilangan RM 200,000 akibat masalah perjudian.

Selain itu, dia juga meluah rasa kecewa dengan perkahwinannya bersama suami kerana sering berdepan dengan kemelut dalam rumah tangga.

Kemudian, dia juga menulis takut tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya itu dan meminta rakannya menghantar video anak perempuannya sebelum dia berniat untuk bunuh diri dengan mengambil beberapa pil. 

Walau bagaimanapun, dia kemudian mengubah fikiran dan pergi ke tingkat 19 hotel lalu terjun untuk membunuh diri. Namun, kes ini masih disiasat oleh pihak polis.

Ujian saringan kesihatan mental secara online

saringan kesihatan

Untuk mengetahui tahap stres dan depresi yang anda alami, kalian juga boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau  Depression Anxiety Stress Scale  yang disediakan oleh  Public Health Malaysia secara online.  

ujian kesihatan mental

Dengan mengikuti ujian ini anda boleh mengetahui status kesihatan mental dan tahap stres anda.  Setelah anda mengisi semua jawapan anda akan mendapat tahu keputusannya di hujung soalan. 

Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak normal anda boleh print atau save keputusan itu dan kemudian bawa ke klinik kesihatan yang terdekat untuk menjalani rawatan atau meminta pandangan serta nasihat dari doktor. 

masalah mental

Apapun, jangan malu dengan keputusan yang diperolehi itu dan tidak menganggapnya sebagai satu yang remeh kerana jika tidak dirawat, masalah stres itu boleh menyebabkan pelbagai masalah lain di kemudian hari.

Wanita Tekad Terjun Tingkat 19 Hotel Di Genting Lepas Kecewa Dengan Suami & Hilang 200 Ribu Kerana Berjudi!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Goodyfeed, World Of Buzz, Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

Kecewa Suami Kahwin Satu Lagi, Ibu Ini Ajak 3 Anaknya Bunuh Diri…

Stories Rakan Kongsi
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
6 Places in Malaysia that don’t have but should have emergency buttons for mums!
6 Places in Malaysia that don’t have but should have emergency buttons for mums!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Wanita Tekad Terjun Tingkat 19 Hotel Di Genting Lepas Kecewa Dengan Suami & Hilang 200 Ribu Kerana Berjudi!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham