Kebanyakan wanita mengadu mengalami masalah penghadaman semasa hamil. Ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka kerana rasa senak dan pedih ulu hati akan dirasai.
Masalah penghadaman yang dialami biasanya dikaitkan dengan kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian abdomen dan ia boleh terjadi sepanjang kehamilan.
Sekiranya dibiarkan, ibu mungkin merasakan senak di perut, pedih ulu hati, kembung perut serta loya berpanjangan akibat daripada masalah ini.
Isi Kandungan
Masalah penghadaman membuatkan ibu hamil rasa senak
Senak disebabkan masalah penghadaman serta pedih ulu hati terjadi disebabkan oleh refluks asid. Ia adalah perkara biasa yang terjadi ketika kehamilan. Masalah ini juga berlaku kerana adanya perubahan hormon dan bayi yang sedang membesar menekan perut anda.
Walaupun senak perut dan pedih ulu hati semasa mengandung mendatangkan ketidakselesaan kepada hampir majoriti ibu hamil, mahu tidak anda terpaksa menghadapinya juga.
Pedih ulu hati semasa mengandung kebanyakannya terjadi kepada ibu yang berada trimester terakhir disebabkan perut dan bayi yang semakin membesar. Walau bagaimanapun ada juga yang terpaksa menghadapi masalah ini sepanjang tempoh kehamilan.
Jika anda mengalami masalah penghadaman pada awal trimester, ini mungkin disebabkan oleh perubahan tahap hormon anda.
Pada trimester kedua atau ketiga, pedih ulu hati dan senak menjadi lebih biasa dan mungkin disebabkan oleh bayi menolak perut anda.
Difahamkan sebanyak 8 daripada 10 wanita mungkin mengalami masalah ini semasa mengandung.
Punca masalah penghadaman ketika mengandung
Duduk tidak selesa, berdiri pun tidak selesa jika baring lagilah menambah keadaan tidak selesa. Jadi apakah punca pedih ulu hati atau masalah penghadaman ibu hamil yang menyebabkan mereka rasa tidak selesa sepanjang masa?
#1. Ketidakstabilan hormon
Hormon yang tidak stabil sekejap naik dan sekejap menurun cenderung menyebabkan anda mengalami masalah berkaitan usus dan pencernaan.
Hormon progesteron yang meningkat semasa kehamilan untuk menyokong perkembangan bayi menyebabkan berlakunya perubahan kepada sistem badan termasuklah sistem pencernaan manusia.
Keadaan ini melegakan bahagian otot dan usus. Kesannya, ia melambatkan lagi metabolisme sekaligus membawa kepada punca makanan tidak hadam, masalah pencernaan akibat penghadaman makanan yang tidak konsisten.
#2. Janin membesar
Ketika berada trimester akhir kehamilan, bayi yang membesar memberi tekanan kepada perut anda sekaligus mengehadkan ruang untuk menampung makanan.
Walaupun dengan hidangan kecil, ia membuatkan perut berasa kenyang sekaligus menekan usus yang menjejaskan sistem penghadaman.
Makan tidak hadam mungkin berlaku yang akan menjadi penyebab pedih ulu hati, rasa senak dan sebagainya.
#3. Pedih ulu hati
Kadangkala, anda mungkin mengalami rasa pedih yang kuat selepas makan, kerana otot yang relaks di antara perut dan esofagus menolak asid ke dalam paip makanan. Ini menyebabkan ketidakselesaan di dada dan perut anda.
Ditambah pula dengan bayi yang semakin membesar dan menolak perut anda ke atas, ia menyebabkan anda rasa lebih tidak selesa pada bahagian abdomen.
#4. Mengalami masalah penghadaman sebelum hamil
Sekiranya anda memang sering mengalami pedih ulu hati, atau senak perut ketika sebelum hamil, semasa kehamilan risiko untuk mengalaminya memang tinggi.
Ini berikutan anda pernah mengalaminya sebelum ini dan kehamilan akan menyebabkan abdomen anda menjadi lebih sensitif.
#5. Berada pada trimester kehamilan yang akhir
Jika anda sedang berada pada trimester kehamilan kedua atau akhir, potensi untuk mengalami masalah senak perut memang sangat tinggi. Ia berikutan janin yang semakin membesar akan menekan usus anda.
#6. Mempunyai penyakit refluks gastrousus
Jika anda ada penyakit refluks gastrousus atau gastrik memang tidak hairan jika anda sering mengalami rasa senak semasa kehamilan.
#7. Makan banyak, berlemak & minum minuman berkafein
Anda makan dalam jumlah yang terlalu banyak serta makanan berlemak juga boleh menjadi punca kepada permasalahan ini. Jika anda minum minuman berkafein juga ia boleh trigger masalah ini.
Disebabkan itulah doktor tidak menggalakkan untuk ibu hamil mengambil minuman berkafein dan jika terpaksa ia tidak boleh melebihi dua cawan sehari.
#8. Lakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan
Selepas makan anda perlu berehat dan beri masa untuk makanan anda hadam. Jika tidak ia akan menyumbang kepada masalah ini yang akan menyebabkan anda rasa tidak selesa sepanjang hari.
#9. Mengandung lebih daripada seorang bayi
Jika anda mengandung kembar atau kembar berbilang, diketahui bahawa perut anda akan lebih mengembang dan membesar selain muatan berat bayi akan lebih bertambah.
Ini akhirnya akan menyebabkan tekanan pada usus anda sekaligus menyumbang kepada masalah penghadaman ketika kehamilan.
Tanda masalah penghadaman ketika hamil
Gejala senak yang disebabkan masalah penghadaman semasa hamil biasanya akan berlaku dengan menunjukkan tanda-tanda berikut:
- Ketidakselesaan semasa atau selepas makan
- Pedih ulu hati ketika mengandung, rasa terbakar yang naik dari perut
- Sakit perut dan rasa tidak selesa
- Terasa berat
- Regurgitasi (jeluak)
- Kembung perut
- Sendawa
- Pening dan muntah
Tanda-tanda dan gejala di atas boleh muncul, hilang dengan sendirinya atau kekal sepanjang hari. Ia dikatakan akan lebih kerap berlaku apabila ibu masuk trimester ketiga kehamilan.
Adakah senak perut boleh memudaratkan bayi dalam kandungan?
Walaupun rasa ini menyebabkan anda rasa tidak selesa dan sakit, ia tidak memudaratkan bayi anda. Sistem pencernaan yang perlahan mungkin memberi manfaat kepada bayi kerana badan mendapat lebih banyak masa untuk menghantar nutrien ke dalam plasenta.
Cara hilangkan senak perut ketika hamil
Beberapa cara hilangkan senak perut ketika hamil yang boleh anda lakukan di rumah bagi merawat ketidakselesaan yang anda alami.
Walaupun kebanyakannya mungkin tidak dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi ramai ibu hamil mendapati ia membantu mereka.
Berikut beberapa cara hilangkan senak perut ketika hamil:
- Elakkan memberi tekanan berlebihan pada perut – Ini terutamanya selepas makan. Duduk tegak dan beri sedikit masa sebelum berbaring sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum tidur.
- Makan sikit tetapi kerap – Elakkan makan hidangan besar sekaligus. Ada baiknya anda makan sedikit tetapi kerapa bagi memberikan ruang kepada usus anda untuk menghadam makanan yang dimakan.
- Kunyah dengan perlahan – Kunyah makanan anda sehingga lumat sebelum anda menelannya supaya ia lebih mudah dihadam oleh usus anda.
- Cara hilangkan senak perut ketika hamil: Hadkan minuman kafein, elak alkohol – Kafein dan alkohol akan memburukkan lagi perut yang tidak selesa. Sebaik-baiknya, anda harus menjauhkan diri daripada ini semasa kehamilan.
- Elakkan makanan pedas, makanan berlemak, coklat – Kekalkan tenusu dengan senarai makanan yang mungkin membuat anda tidak selesa.
- Duduk tegak apabila anda makan – Ia membantu menghilangkan tekanan dari perut dan memudahkan penghadaman.
- Makan malam sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur – Gejala lebih ketara apabila anda tidur disebakan itu perlu makan malam anda sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
- Tidur dengan menyandarkan kepala anda dengan beberapa bantal – Ia menghalang pengaliran asid kembali ke dalam paip makanan atau esofagus dan melegakan gejala pada waktu malam.
- Jangan minum air semasa makan kerana ia memburukkan gejala senak – Minum sebelum atau selepas makan. Jika boleh, makan makanan pepejal dan cecair secara berasingan.
- Makan halia sama ada dimasukkan dalam air atau bentuk mentah.
- Pakai pakaian yang longgar dan selesa terutamanya di pinggang anda – Pakaian yang ketat boleh memberi lebih tekanan pada perut, memburukkan lagi masalah pencernaan.
Bila perlu jumpa doktor?
Senak dan gejala yang berkaitan dengannya boleh mendatangkan kebimbangan kepada ibu hamil jika anda tidak pernah mengalaminya sebelum hamil.
Jika remedi yang dikongsikan tidak berkesan dan gejala menjadi lebih teruk, dapatkan bantuan doktor. Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami beberapa perkara berikut:
- Mengalami kesukaran untuk menelan makanan
- Najis berdarah
- Mengalami pedih ulu hati ketika mengandung yang teruk
- Tidak boleh tidur kerana rasa pedih ulu hati
- Najis berwarna hitam
- Menurunkan berat badan secara berlebihan
- Mengalami sakit di bahagian perut
Pedih ulu hati ketika hamil masalah yang tidak boleh dibiarkan
Pedih ulu hati ketika hamil membuatkan ibu berasa seolah-olah terbakar di bahagian dada. Sensasi yang tidak selesa ini boleh bergerak ke tekak anda menyebabkan rasa pahit atau masam di bahagian belakang tekak.
Meskipun dipanggil “pedih ulu hati,” ia tidak berkaitan dengan hati anda. Punca sakit ulu hati berlaku kerana refluks asid, di mana asid perut bergerak dari perut ke esofagus. Esofagus ialah tiub yang membawa makanan, cecair dan air liur ke perut.
Otot yang dipanggil lower esophageal sphincter (LES) terletak di antara esofagus dan perut. Ia terbuka untuk membenarkan makanan lalu, kemudian menutup supaya asid tidak kembali ke esofagus anda. Tetapi jika LES tidak tertutup dengan betul, asid boleh bergerak ke dalam esofagus, menjadi punca sakit ulu hati.
Tanda pedih ulu hati dan GERD simptom
Pedih hulu hati adalah gejala biasa. Jika terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari.
Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan tanda pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD).
Antara tanda pedih hulu hati atau GERD simptom ialah:
- Suara menjadi serak
- Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam atau masin di belakang tekak
- GERD simptom: Kerap Sendawa
- Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
- Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
- Batuk yang kuat
- Pernafasan seperti serangan asma.
Cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung
Ada beberapa cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung yang semula jadi anda boleh cuba di rumah iaitu:
- Makan yogurt atau sedikit susu
- Cara hilang pedih ulu hati: Kacau satu sudu makan madu ke dalam susu suam dan minum.
Selain itu, cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung yang boleh anda lakukan adalah:
- Makan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap dan bukan makan banyak sekaligus dalam satu-satu masa
- Cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung: Makan perlahan-lahan
- Elakkan makanan bergoreng, pedas, terlalu berlemak
- Kurangkan minum air semasa makan. Minum air yang banyak semasa makan boleh meningkatkan risiko refluks asid dan pedih hulu hati
- Cara hilang pedih ulu hati: Jangan berbaring terus selepas makan
- Baring diatas bantal yang tinggi atau letakkan bantal di bawah bahu anda untuk membantu mencegah asid perut daripada naik ke dada
- Cara hilangkan pedih ulu hati: Elakkan ambil jus atau buah-buahan yang masam
Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda ingin mengambil ubat-ubatan sebagai cara hilangkan pedih ulu hati dari farmasi atau kedai ubat.
Petua hilangkan pedih ulu hati
Petua hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung melibatkan proses try and error. Tabiat gaya hidup yang sihat merupakan kaedah yang paling selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
Berikut beberapa petua hilangkan pedih ulu hati yang paling mudah:
- Elakkan makan beberapa jam sebelum tidur.
- Elakkan makanan dan minuman yang mencetuskan pedih ulu hati anda. Antaranya coklat, makanan berlemak, pedas, berasid seperti buah sitrus dan barangan berasaskan tomato, minuman berkarbonat dan kafein.
- Petua hilangkan pedih ulu hati segera: Kekal tegak sekurang-kurangnya satu jam selepas makan. Berjalan santai juga boleh menggalakkan penghadaman.
- Pakai pakaian yang selesa dan bukannya pakaian yang ketat.
- Petua hilangkan pedih ulu hati: Kekalkan berat badan yang sihat.
- Tidur mengiring ke kiri. Berbaring di sebelah kanan akan meletakkan perut lebih tinggi daripada esofagus anda, ini yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Selain itu petua hilangkan pedih ulu hati termasuklah akupunktur dan teknik relaksasi, seperti relaksasi otot progresif, yoga atau imejan berpandu. Walau bagaimanapun dapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang petua hilangkan pedih ulu hati segera.
Semoga bermanfaat!
- momjunction (June 21, 2022). Indigestion During Pregnancy: Causes, Symptoms And Relief Measures. www.momjunction.com/articles/effective-measure-to-prevent-indigestion-during-pregnancy_0075946/
- Patient (n.d). Indigestion and Acid Reflux in Pregnancy Dyspepsia. www.momjunction.com/articles/effective-measure-to-prevent-indigestion-during-pregnancy_0075946/
- Healthline (July 24,2018). Heartburn, Acid Reflux, and GERD During Pregnancy. www.healthline.com/health/gerd/pregnancy
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Sampai Terasa Gas Di Tekak, Ada Penawar Tak?
Baca juga: 9 Cara Atasi PEDIH ULU HATI Semasa Hamil, #8 Mesti Ramai Tak Sangka&Selalu Buat!
Baca juga: Anda Alami Masalah Pedih Ulu Hati Ketika Hamil? Cuba Makan Dadih, Susu Untuk Legakannya