Masjidil Haram Buka Pintu Lebih Luas Untuk Pengunjung Pada 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan Ini

10 malam terakhir Ramadan ini pihak pengurusan Masjidil Haram membuka pintu seluasnya buat para jemaah beribadah dengan jaminan keselesaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejam celik dah nak berakhir sudah bulan Ramadan tahun ini. Istimewanya Ramadan kali ini bagi pengunjung di Tanah Suci Mekah adalah apabila pihak Masjidil Haram telah mengumumkan yang mana mereka membuka pintu seluasnya untuk menerima lebih jemaah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan ini.

Tambah lagi, Masjidil Haram kini sedang di dalam menjalankan projek peluasan fasa ketiga demi memberi peluang untuk para jemaah beribadah dengan lebih selesa.

Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais. Menurutnya, perluasan kawasan beribadah di kawasan baru itu dilakukan selaras dengan peningkatan jumlah jemaah umrah sempena musim Ramadan ini.

Para jemaah meningkat sepanjang bulan Ramadan

Projek perluasan kawasan itu merangkumi semua ruang termasuk pembukaan kawasan parkir serta lorong untuk kedatangan jemaah dari terowong Jarwal dan Jabal Al-Kaabah. Berikutan jumlah para jemaah yang meningkat sepanjang bulan Ramadan ini, operasi pembersihan juga turut dipergiatkan oleh para petugas di sana. Operasi pembersihan, menjaga keharuman di kawasan Masjidil Haram juga dipergiat sepanjang masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa yang sama, petugas juga akan memastikan bekalan air zam-zam akan sentiasa diagihkan dengan betul kepada para pengunjung. Menurut laporan media di Mekah, projek perluasan kawasan itu juga dilengkapi dengan sistem perkhidmatan lapangan, kejuruteraan dan teknikal dalam memastikan keselesaan dan keselamatan para jemaah.

Selain itu, pihak pengurusan Masjidil Haram juga memberi tumpuan kepada operasi teknikal lebih-lebih bahagian eskalator dan lif demi mempermudahkan pergerakan para jemaah untuk bergerak serta pendingin hawa untuk keselesaan ramai ketika cuaca panas terik di sana.

Permohonan permit masuk untuk umrah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah membuka permohonan permit masuk ke sana untuk mengerjakan ibadah umrah semasa bulan Ramadan ini. Kenyataan berkenaan permohonan permit itu dimuat naik menerusi laman Twitter Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. 

Permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, pihak berkuasa Arab Saudi turut menekankan yang mana permit umrah untuk warga asing hanya sah laku sehingga 90 hari serta menegaskan agar tidak tinggal lama di negara itu melebihi tempoh 90 hari tersebut.

Ohmedia.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?

Baca juga: Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Mekah & Umrah Harus Jadi Pilihan Honeymoon Pasangan Baru Kahwin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad