TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Budak Perempuan Ini Nyaris Buta Selepas Matanya Terkoyak Pada Besi Penyangkut Baju Di Sebuah Butik

20 Jan, 2020
Budak Perempuan Ini Nyaris Buta Selepas Matanya Terkoyak Pada Besi Penyangkut Baju Di Sebuah Butik

Gara-gara teruja melihat pakaian berwarna pink, mata seorang kanak-kanak perempuan terkoyak selepas terhentak pada besi pakaian di sebuah butik

Pernah tak anda mengalami situasi mata berdarah pada anak? Tentunya situasi ini membimbangkan bagi ibu, kan?

Tapi bagaimana kalau mata berdarah pada anak itu disebabkan benda-benda yang berbahaya yang berada di sekeliling mereka?

Inilah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan apabila kegembiraan yang dialami bertukar tragedi ngeri apabila kelopak matanya terkoyak kerana terjatuh dan wajahnya terhentak pada besi rak baju di sebuah butik.

Mata berdarah pada anak disebabkan besi rak baju

mata berdarah pada anak

Kanak-kanak perempuan itu bernama Cecilia Chen, 6 tahun nyaris buta kerana kemalangan yang tidak disangkakan itu.

Semasa kejadian, Cecilia berada di sebuah pusat membeli belah bersama dengan neneknya di Sydney pada minggu lalu.

Pada ketika itu, Cecilia sangat teruja kerana bakal menyambut ulang tahun kelahirannya tiga hari lebih awal dan mahu membeli baju berwarna pink. Kemudian, dibantu oleh neneknya untuk memilih baju yang diingini.

Semasa nenek sedang mencari baju untuknya, Cecelia ternampak baju yang menjadi kesukannya itu dan melompat untuk cuba mengambilnya dengan sendiri.

mata berdarah pada anak

Tapi malangnya, Cecelia hilang keseimbangan lalu terjatuh dan matanya tersangkut di besi penyangkut baju lantas menyebabkan kelopak matanya terkoyak!

Selepas diberitahu kejadian malang itu, ibunya terus keluar dari tempat kerja lantas bergegas ke hospital.

Selepas menjalani pembedahan selama empat jam, doktor berjaya menjahit semula kelopak matanya yang terkoyak itu.

Dalam kesedihan, ibunya berkata anaknya itu mungkin tidak dapat melihat seperti mana sebelum ini.

Walaubagaimanapun, mujur matanya tidak terjejas tapi deria penglihatan mata kanannya mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Di mana kelopak mata kanannya itu akan menjadi sedikit rendah dan wajahnya tidak akan sama seperti dahulu.

Gesa premis pakaian menggunakan rak yang selamat

mata terkoyak

Disebabkan itu, bapa Cecilia menggesa pihak premis pakaian itu menggunakan rak yang lebih selamat untuk kanak-kanak agar kejadian yang sama tidak berulang kepada yang lain.

Malah, pihak butik pakaian itu juga turut menyiasat kejadian tersebut dan berhubung terus dengan keluarga mangsa untuk tindakan selanjutnya.

Tips memilih pakaian untuk kanak-kanak

#1. Kualiti pakaian

Perkara pertama yang harus difikirkan adalah kualiti pakaian kerana kulit kanak-kanak sangat sensitif jadi ibu bapa harus memilih pakaian yang terbaik buat mereka.

Antaranya adalah memilih bahan yang diperbuat dari kain kapas yang sangat sesuai untuk anak anda.

#2. Membasuh pakaian terlebih dahulu

Untuk memastikan keselamatan baju yang dibeli, anda perlu membasuh pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum memberinya pada anak.

Ia bertujuan supaya anak kecil anda tidak dijangkiti dengan bahan yang melekat pada pakaian yang baru itu sekaligus menyebabkan kerengsaan kulit pada anak.

#3. Saiz pakaian

Stories Rakan Kongsi
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?

Pastikan saiz pakaian tersebut bersesuaian dengan ukuran badan anak supaya tiada kesilapan yang berlaku sekaligus merugikan anda sendiri.

#4. Pilih warna yang terang dan ceria

tips pilih baju anak

Setelah itu, pilih warna yang terang dan ceria untuk anak perempuan seperti merah jambu, unggu, hijau dan biru.

Sementara itu, untuk anak lelaki pula boleh memilih baju T bersama denim atau seluar diperbuat dari kain kapas.

Jika pilih baju berjalur atau petak pilih warna yang tidak terlalu banyak.

Kalau nak pilih baju bercorak bunga, ia mestilah tidak melebihi tiga warna dan corak yang dipilih tidak terlalu besar.

#5. Pilih saiz yang sedikit besar

Akhir sekali, semasa memilih pakaian anak pastikan anda membeli saiz yang sedikit besar supaya dapat memberikan keselesaan kepada anak dan memberi pengaliran udara yang baik serta mampu hindari dari ruam.

***********

Apapun diharap penglihatan adik Cecilia kembali pulih seperti dahulu dan ceria kembali hidupnya bersama nenek serta ibu bapanya. 

Semoga perkongsian ini memberi pengajaran dan peringatan untuk kita semua sebagai ibu bapa. 

Budak Perempuan Ini Nyaris Buta Selepas Matanya Terkoyak Pada Besi Penyangkut Baju Di Sebuah Butik

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Daily Mail, Kineticcube

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comlidah-berdarah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak Perempuan Ini Nyaris Buta Selepas Matanya Terkoyak Pada Besi Penyangkut Baju Di Sebuah Butik
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham