theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Rupanya, ada jarum terlekat di jantung kanak-kanak ini lepas dia batuk dengan kronik!

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Rupanya, ada jarum terlekat di jantung kanak-kanak ini lepas dia batuk dengan kronik!

Inilah sebab mengapa tempat dalam rumah yang perlu lebih mesra kanak-kanak supaya tak ada kes yang sama seperti ini berulang lagi!

Setiap ibu bapa bertanggungjawab menyediakan ruang yang mesra kanak-kanak supaya kemalangan di rumah dapat dielak atau dikurangkan. 

Hal ini kerana tanpa kita sedar, terdapat banyak barang rumah yang membahayakan si kecil lantas menyebabkan kecederaan dan kemalangan di rumah. 

Apatah lagi, kita selalu sangat ingat anak itu akan ok ketika bermain, sampai kita tak perasaan bahaya ada di sekelilingnya. Bila sudah terjadi barulah tersedar.

Ibu dan ayah, marilah kita sama-sama mengubah persepsi kita ini supaya anak kita sentiasa dilindungi daripada sebarang bahaya dan kemalangan di rumah. 

Jadikan peristiwa yang berlaku pada kanak-kanak berumur satu tahun, ChenChen ini sebagai pengajaran. Pada mulanya, ibu bapa bayi comel ini tidak sangka ada bahaya lain apabila bayi perempuan mereka itu alami demam dan batuk kronik. 

Akan tetapi, ChenChen mengalami batuk teruk dalam beberapa minggu dan kondisi tubuhnya juga masih demam walaupun sudah diberi makan banyak ubat. Lantas ibu bapanya merasa pelik. 

Kemalangan di rumah: Objek terlekat pada jantung anak 

Menurut Taiwan's China Times, dua kali X-ray dilakukan dan doktor turut terkejut kerana akhirnya mereka mendapati ada objek asing di dada anak perempuan mereka itu.

Selepas melakukan perbincangan dan pemeriksaan lanjut, doktor memberitahu lokasi objek tersebut berada di ventrikel jantung kiri ChenChen. Kedua-dua ibu bapa tersebut terkejut apabila mendapati jarum sebesar 4.5 cm panjang ada dalam jantung anak mereka! 

Bimbang sebarang komplikasi berlaku, ChenChen perlu menjalani pembedahan kecemasan pada malam itu juga.

Jarum berukuran 2mm diameter telah dikeluarkan dengan jayanya dari badan kecilnya itu. Jarum tersebut kelihatan sudah berkarat dan memberi petunjuk bahawa jarum itu sudah lama berada dalam tubuhnya. 

Ibu pada kanak-kanak tersebut memberitahu doktor, jarum yang masuk ke dalam tubuh anaknya itu adalah jarum yang selalu dia gunakan setiap hari.

Tapi dia tak pasti bagaimana jarum tersebut boleh ada dalam tubuh anak perempuannya. Namun ibu tersebut berasa lega kerana puteri kesayangannya itu selamat.

Elakkan kemalangan di rumah dengan mencipta ruang mesra kanak-kanak

kemalangan di rumah, bayi kemalangan, anak kemalangan, rumah mesra kanak-kanak, mesra kanak-kanak, batuk teruk kronik, anak batuk kronik dijumpa ada jarum, anak tertelan jarum, jarum, kes kemalangan di rumah Kredit: hijab n heels.com

Kenapa setiap rumah perlu ada ruang yang mesra kanak-kanak atau dalam bahasa Inggeris selalu disebut sebagai 'child proof'?

Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan kecederaan dan kemalangan di rumah yang boleh berlaku tanpa kita sedari. 

Keduanya, ia penting kerana dapat memastikan ibu bapa tahu apa yang berlaku dalam rumah di mana di rumahlah segala benda berpotensi untuk terjadi kecederaan.

Sebabnya, kita tak tahu objek yang ada di rumah boleh mengundang bencana pada anak apabila si kecil sudah tahu masukkan sesuatu ke dalam mulut. Aduh, teringat anak sendiri yang suka sangat masuk benda dalam mulut!

Langkah pencegahan untuk elak kemalangan di rumah

1. Bilik tidur

kemalangan di rumah, bayi kemalangan, anak kemalangan, rumah mesra kanak-kanak, mesra kanak-kanak, batuk teruk kronik, anak batuk kronik dijumpa ada jarum, anak tertelan jarum, jarum, kes kemalangan di rumah Kredit: Sinar Harian

  1. Pastikan buaian bayi tidak diletakkan dekat dengan tingkap yang ada langsir. 
  2. Kemaskan tali buaian sekiranya anak tidak tidur di dalamnya.  
  3. Pastikan tingkap mempunyai gril.
  4. Pastikan setiap laci dikunci dan rapat ke dinding
  5. Pastikan anak kecil tidak bermain dengan selimut atau kain yang boleh menutup mukanya. 

2. Bilik mandi 

  1. Simpan kelengkapan ubat dan krim di dalam kabinet dan laci 
  2. Pastikan suhu air yang betul semasa mandikan anak
  3. Jangan tinggalkan bayi di dalam bilik mandi secara berseorangan walaupun hanya satu minit 

3. Dapur rumah

kemalangan di rumah, bayi kemalangan, anak kemalangan, rumah mesra kanak-kanak, mesra kanak-kanak, batuk teruk kronik, anak batuk kronik dijumpa ada jarum, anak tertelan jarum, jarum, kes kemalangan di rumah Kredit: rebanas.com

  1. Kunci semua laci di dapur seperti tempat letak pinggan, sudu, garfu dan lain-lain 
  2. Letak dan susun benda-benda tajam seperti gunting dan pisau jauh dari pandangan mata anak. 
  3. Letak jauh dan simpan rapi sabun pembersih dan bahan kimia. 
  4. Jangan biarkan anak bermain dekat dengan dapur gas. 
  5. Angkat air yang sudah masak, jangan biarkan atas dapur. 
  6. Letak pagar kecil supaya dapat menghalang si kecil dari bermain di dapur

Suasana ruang yang mesra kanak-kanak adalah wajar kerana ia dapat mengurangkan risiko kemalangan di rumah. Apatah lagi anak-anak kian membesar dan suka mengeksplorasi banyak benda.

Walauapapun, kita jangan terlalu menghalang hingga membataskan anak-anak untuk bermain, cuma kita perlu lebih berhati-hati saja. Kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Rosanna Chio dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Rupanya, ada jarum terlekat di jantung kanak-kanak ini lepas dia batuk dengan kronik!
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Restoran Mesra Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur

    Restoran Mesra Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur

  • Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

    Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • Restoran Mesra Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur

    Restoran Mesra Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur

  • Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

    Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi