JAGA-JAGA! Putus Cinta & Patah Hati Boleh Sebabkan Anda Maut! - Kajian Sains

Anda boleh mati kerana patah hati, kecewa kematian pasangan dan putus cinta? Betul ke? Ya, dan ini penjelasan sains tentang sindrom patah hati tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda peminat Star Wars, sudah tentu anda kenal dengan watak Princess Leia. Carrie Fisher yang membawa watak Princess Leia telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Sehari selepas pemergian Carrie, ibunya, Debbie Reynolds turut meninggal dunia. Walaupun punca utama kematian Debbie akibat strok, tapi ramai yang percaya Debbie mati kerana patah hati. 

Anak lelaki Debbie, Todd Fisher berkata, “ayat terakhir yang Debbie cakap pagi tadi ialah dia berasa sangat sangat sedih dengan pemergian Carrie dan dia ingin bersama-sama dengan Carrie semula. 15 minit kemudian dia diserang strok dan meninggal dunia di hospital.”

Hal ini membuatkan kita terfikir… Bolehkah kita mati kerana patah hati?

 

Mati kerana patah hati: Ini adalah sains disebalik sindrom patah hati

Apabila kita mendengar kisah tentang pasangan yang mati dalam jangka masa yang singkat di antara mereka, ia sangat sedih, bukan? Rasa seperti kedua-dua pasangan ingin bersama selamanya dan jika salah seorang pasangan pergi dulu, pasangan satu lagi pasti akan patah hati. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun 2015, terdapat pasangan di Malaysia yang mati selang beberapa jam. Pasangan ini telah hidup bersama selama 80 tahun dan telah membesarkan 10 anak mereka bersama-sama. Mereka dikebumikan sebelah-menyebelah.

Tahun 2011 pula,  satu pasangan di Iowa U.S.A mati berpegangan tangan setelah hidup bahagia selama 72 tahun.

Hal ini semakin membuktikan sindrom patah hati itu wujud dan ia mungkin boleh membawa maut. Tapi, ada ke bukti-bukti saintifik yang menunjukkan kita boleh mati kerana patah hati? Ya, ada!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

British Medical Journal telah melakukan kajian untuk mendalami bagaimana kematian pasangan yang kita sayang boleh menambah risiko kadar jantung tidak teratur hanya dalam masa sebulan.

Patah hati, kecewa atau putus cinta boleh mengakibatkan penyakit mental dan emosional yang serius, tapi kajian juga menunjukkan patah hati dan rasa kekecewaan dan kemurungan mendalam ini turut boleh menjejaskan kesihatan fizikal kita!

Kehilangan orang tersayang boleh menyebabkan stress yang teruk. Ada orang yang boleh menghadapinya dan ada juga yang bergelut untuk menerimanya.

Kajian turut mengesahkan – pasangan yang tidak bahagia juga boleh mati kerana patah hati!

Sindrom patah hati ini boleh juga dihidapi oleh individu yang sihat. Walaupun kajian masih diteruskan, sindrom patah hati telah disahkan oleh pakar sebagai satu perubatan rasmi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Individu yang mengalami sindrom patah hati akan mengalami lonjakan hormon yang akan membesarkan hati dan menhalangnya dari berfungsi secara normal.

Walaupun sindrom patah hati boleh mengakibatkan kegagalan jantung, ia selalunya boleh dirawat. Malah, Persatuan Pakar  Jantung Amerika mengesahkan pemulihan sindrom patah hati  boleh mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk dirawat. Tapi untuk beberapa orang, ia boleh membawa maut!

Apakah gejala-gejala ‘sindrom patah hati’?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Jika anda mengalami gejala-gejala di bawah, sila rujuk pakar segera:

  • Sakit dada walaupun tak pernah mengalami apa-apa sakit jantung
  • Nafas pendek
  • Kadar degupan jantung tidak tetap
  • Kejutan kardiogenik yang boleh membawa maut

Walaupun gejala sindrom patah hati dan serangan jantung adalah sama, ini perbezaannya: 

  • Bagi sindrom patah hati, ujian darah menunjukkan tiada sejarah kerosakan jantung.
  • Ujian EKG dapat membezakan kedua-dua sindrom.
  • Individu yang mengalami sindrom patah hati tidak ada koronori arteri yang tersumbat atau pergerakan tidak tetap pada jantung sebelah kiri. 
  • Sindrom patah hati boleh pulih dalam masa beberapa hari atau minggu tetapi sakit jantung mengambil masa lebih sebulan.

Penyebab sindrom patah hati ini tidak selalunya negatif. Ada juga sindrom senang hati yang memainkan peranan sebanyak 1.1% terhadap kes sindrom patah hati.

Sindrom patah hati ini boleh dielakkan dengan mengamalkan senaman dan teknik relaksasi, seperti yoga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: 10 Selebriti Yang Pernah Bertunang Di Antara Satu Sama Lain, Tapi Tak Jadi Kahwin

Baca juga: Staf Perubatan Dah Siap Pakai PPE Lepas Diberitahu Ada Lelaki Pengsan, Tapi Rupa-Rupanya Dia…

Baca juga:  “Banyak Kali Saya Fikir Nak Tinggalkan Suami, Tapi Ini Sebab Saya Tak Buat…”

Penulis

Nadia Ghafar