X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Banyak Kali Saya Fikir Nak Tinggalkan Suami, Tapi Ini Sebab Saya Tak Buat..."

3 min bacaan
"Banyak Kali Saya Fikir Nak Tinggalkan Suami, Tapi Ini Sebab Saya Tak Buat..."

Ikuti luahan isteri yang mahu meninggalkan suami ini agar anda sedar dan faham tentang satu nilai dalam perkahwinan yang mungkin anda tak nampak dulu.

Isteri tinggalkan suami

Tentu anda sudah lama berumah tangga dan sudah masak dengan asam garam perkahwinan yang memerlukan kesabaran. 

Bergaduh dengan pasangan tentang sesuatu yang remeh (atau penting), membebel, masuk tidur dengan muka masam mencuka…

Bak kata bidalan Melayu yang diselit dalam lirik lagu P. Ramlee – 

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.”

Tapi pernahkah anda terfikir untuk meninggalkan suami?

Seorang ibu ini, Whitney Fleming telah 20 tahun berumah tangga. Dia juga mempunyai 3 orang anak. 

Namun, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dia rasa mahu berputus asa. Dia mahu meninggalkan suaminya. Sanggupkah dia?

Dia telah memuatnaik satu post beserta sekeping gambar dia dan suami. 

isteri tinggalkan suami

Ikuti luahan Whitney dalam post tersebut yang akan sungguh menyentuh hati anda.

Advertisement

****

Saya mahu tinggalkan suami

Kadang-kadang, saya rasa nak berputus asa. 

Saya mahu melupakan semua memori dan hubungan yang dibina selama 22 tahun ini. Saya rasa nak tinggalkan dia (suami) kerana dia cepat sangat marah.

Dia tak nampak kehidupan ini sepertimana yang saya nampak. Oh, dan saya paling benci dia terlalu kotor dalam tandas.

Saya hanya mahu hidup yang simple, tak ada konflik atau peraturan.

Sebab saya akui, perkahwinan itu sukar. Bukan senang.

isteri tinggalkan suami

Wanita yang anda nampak tersenyum dalam gambar di atas sudah tidak sama macam wanita yang jumpa lelaki itu dulu. 

Wanita itu dulu meletakkan dirinya di depan. Sekarang dia berkorban untuk orang lain. 

Dia sanggup berkorban apa saja untuk pasangan, tapi kadang-kala dia tertanya-tanya, adakah semua benda itu cukup?

Saya mahu berhenti buat semuanya.

Tapi saya terpandang 3 wajah si kecil (walaupun sudah besar) yang merenung saya dengan mata polos mereka.

Mata yang akan saya renung ketika makan malam bersama.

Saya teringat hidup tanpa suami. Mesti pelik. Saya teringat kawan-kawan saya yang bercerai. 

Mereka dan pasangan semakin renggang. Lama-lama mereka bercerai. 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Dari situ, saya mula faham semuanya. Saya tak mahu berputus asa. Itu hanya perasaan. 

Setiap kali saya nak berputus asa, saya tengok gambar yang saya muatnaik ini. Gambar saya dan suami. 

Saya nampak kedutan di muka kami. Saya teringat betapa banyak kami gelak bersama.

Saya nampak senyuman di muka kami. Teringat di sebalik setiap satu senyuman itu, betapa banyak kami menangis kerana saya keguguran dan sakit dulu.

isteri tinggalkan suami

Tapi kami dua kuat. Kami dua berjuang sama-sama. 

Saya teringat setiap kali dia pegang tangan saya, saya terkesima dan teruja, sampai sekarang!

Dan saya tengok matanya….

Sata nampak dialah lelaki yang saya jatuh cinta dulu. Lelaki yang saya mahu sehidup semati dengan saya.

Kadang-kadang, perkahwinan memang melalui cabaran dan agak sukar. Lebih senang nak give up dari berjuang. 

Tapi saya takkan putus asa hari ini. Sebab saya faham sesuatu.

Walau sesukar atau sepahit manapun perjalanan hidup ini, pasti akan ada sebab-sebab yang buat saya jatuh cinta again, again and again dekat suami itu.

****

Indah kan? Saya suka ayat yang ditulis Whitney. Dia begitu jujur tentang erti perkahwinan dan tidak akan mudah jatuh.

Sama juga seperti kita semua, wahai isteri. Kita akan kuat dan akan berjuang dan berjuang, sehingga akhir hayat kita.

Jadi suami di luar sana, ketahuilah… Isteri anda itu sedang mencuba sehabis baik demi anda dan keluarga yang kalian bina. Dia kuat. Cuma dia memerlukan sokongan anda bersama.

Sama-sama kalian berjuang, ya?

Sumber rujukan: Facebook Whitney Fleming, Yahoo!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comtawar-hati-dengan-pasangan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • "Banyak Kali Saya Fikir Nak Tinggalkan Suami, Tapi Ini Sebab Saya Tak Buat..."
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham