X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Mee Hailam Yang Mudah Dan Enak, Pastikan Kuah Pekat Dan Banjir!

12 Jul, 2023
Resepi Mee Hailam Yang Mudah Dan Enak, Pastikan Kuah Pekat Dan Banjir!

Mee hailam merupakan sajian mi yang digemari sesiapa sahaja, nak buat pun mudah sahaja yang penting kuah mesti 'banjir',pekat dan banyak isi.

Sesekali tekak nak makan sajian mee berkuah dan pastinya hidangan yang terlintas adalah mee hailam. Kata orang, mee hailam yang sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak, pekat dan lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.

Nak makan mee hailam yang sedap pastinya ada kedai tertentu sahaja yang kena dengan selera tapi untuk anda penggemar mee hailam apa kata kali ini anda cuba masak sendiri.

Penyediaannya sangat mudah dan rasanya juga sedap sama seperti yang anda makan di kedai. Bagi ibu-ibu yang balik kerja nak masak sajian ini pun sangat mudah dan menjimatkan masa.

Kami kongsi resepinya di bawah dan selamat mencuba!

Bahan-bahan :

  • 3 ulas bawang putih
  • Biji lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • Kicap pekat
  • Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
  • Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga, dll
  • Mee kuning

Cara penyediaan :

1. Mula-mula tumbuk tiga ulas bawang putih dengan biji lada hitam. Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.

2. Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat satu senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ini boleh guna jenama apa pun asalkan kicap pekat.

3. Seterusnya masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kalau nak ganti dengan udang, daging, sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak.

4. Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh.

Sayur ni semua boleh dimasukkan seperti cara ini:

  • sawi – asingkan batang dan daun. Daun sawi dimasukkan pada akhir sekali ketika tutup api bagi mengelakkan daun jadi layu sangat
  • cendawan – guna yang dalam tin. Kalau nak potong nipis pun boleh atau potong empat saja.
  • baby jagung – potong kecil
  • carrot – potong memanjang
  • bunga kobis – potong kecil

5. Bila dah masukkan semua sayur, boleh pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan dua sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air.

6. Kacau semua bahan dan rasa dahulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak boleh tutup api dan masukkan daun sawi.

7. Siap untuk dihidang. Boleh hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Laksa Johor Dengan Rasa Yang Mewah & Paling PADU Ikut Cara Che Nom

Baca juga : 3 Variasi Resepi Mee Goreng Mamak, Yang Penting Simple Dan Lazat!

Baca juga : Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Bagaimana‌ ‌Untuk‌ ‌Ajar‌ ‌Anak‌ ‌Tentang‌ ‌Wang:‌ ‌Panduan‌ ‌Mengikut‌ ‌Usia‌
Bagaimana‌ ‌Untuk‌ ‌Ajar‌ ‌Anak‌ ‌Tentang‌ ‌Wang:‌ ‌Panduan‌ ‌Mengikut‌ ‌Usia‌
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Resepi Mee Hailam Yang Mudah Dan Enak, Pastikan Kuah Pekat Dan Banjir!
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham