9 rahsia bagaimana melahirkan bayi kurang dari 2 minit seperti ibu ini!

Seorang ibu berjaya melahirkan anak cepat, kurang dari 2 minit! Wow! Apa rahsianya? Ini antara 9 rahsia bagaimana ibu boleh bersalin cepat. Jom buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bersalin secara normal, semua ibu inginkan proses yang cepat dan tak menyakitkan. Ada sesetengah ibu memang bertuah kerana dapat melahirkan anak cepat dan tak perlu menunggu lama untuk bukaan lengkap

Bagi ibu yang bakal lahirkan anak buat pertama kali, anda mesti nervous. Lebih-lebih lagi apabila mendengar kisah-kisah orang tentang sakit kontraksi.

Manakala ibu yang sudah pernah bersalin pula biasanya lebih santai menunggu kelahiran anak. Lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak ramai, rasanya seperti bersin saja. :p

Video proses melahirkan anak cepat

Untuk kalian yang nervous, hari ini kami akan berkongsi sebuah video 3 minit yang menunjukkan bagaimana seorang ibu bersalin dengan cepat (kurang dari 2 minit) di California, AS. M

ungkin ini adalah persalinan normal terpantas kerana jumlah masa yang diperlukan ibu untuk menolah anaknya keluar hanya 30 saat sahaja!

Ibu yang bernama Monica Diaz ini berkata ini adalah proses melahirkan anak paling cepat berbanding 2 anak beliau sebelum ini. Dia juga tidak mengalami sebarang koyak dan tak perlu dijahit.

Mari lihat video proses kelahiran beliau seperti di bawah ini:

https://youtu.be/tWgP3SmoXLM

9 rahsia untuk melahirkan anak cepat

Bakal-bakal ibu juga boleh melahirkan anak cepat seperti Monica Diaz. Berikut adalah 9 rahsia atau cara yang boleh anda lakukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Sentiasa sihat dan cergas

Tekoa King, seorang bidan berdaftar dan profesor obstetrik dan ginekologi di Universiti California berkata, ibu yang hamil dan masih ada badan yang sihat dan cergas lebih cenderung untuk melahirkan anak dalam waktu yang singkat. 

Jadi, bakal-bakal ibu boleh mula lakukan senaman-senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau senaman ntuk ibu hamil. Tapi, pastikan anda mendapat nasihat doktor dulu, ya?

2. Mengikut kelas melahirkan anak

Anda juga boleh membiasakan diri untuk hadir ke kelas bersalin bagi mengurangkan rasa cemas semasa bersalin. Cuba cari kelas yang hampir dengan tempat tinggal dan minta suami menemani anda.

Pilih kelas yang mempunyai bilangan orang yang kecil untuk lebih selesa dan bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pilih siapa yang anda mahu untuk beri sokongan

Sudah tentu suami akan sentiasa berada di sisi dari awal. Tapi mungkin anda perlukan sokongan tambahan.

Menurut analisis Jurnal Amerika, wanita hamil yang ditemani profesional terlatih memiliki kemungkinan sebanyak 50% untuk tidak menjalani pembedahan dan 30% untuk tidak mengambil epidural.

4. Alihkan perhatian

Untuk ibu yang bakal melahirkan anak pertama, proses bersalin mengambil masa selama 12-14 jam. Jadi, semasa kontraksi, cuba untuk bertenang.

Jika anda risau, cuba kira waktu kontraksi dan tarik nafas setiap kali sakit tiba. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh mengalihkan perhatian dengan berjalan, mandi atau menari pun boleh.

5. Ambil makanan ringan

Mengmbil makanan ringan semasa peringkat awal bersalin boleh membantu anda memiliki tenaga yang cukup untuk bersalin.

Elakkan makanan berlemak mahupun makanan yang susah ditelan kerana perut yang terlalu kenyang akan membuatkan anda muntah ketika kontraksi semakin sakit.

Pernafasan yang cepat juga akan membuatkan anda kehilangan banyak air. Jadi, minum banyak air sebelum bersalin akan membantu anda melahirkan anak cepat.

6. Mandi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit kontraksi akan membuatkan otot-otot anda tegang dan kaku sehingga membuatkan anda berasa tidak selesa.

Doktor Marcie Richardson dari Harvard Vanguard Medical Associates, Boston menyarankan ibu hamil untuk mandi air panas bagi mengurangkan rasa tidak selesa.

Untuk sensasi seperti diurut, halakan shower ke bahagian punggung atau pinggang.

7. Urut

Kajian oleh Touch Research Insitute di University of Miami School of Medicine mendedahkan wanita hamil yang diurut suami mampu mengurangkan rasa sakit semasa proses bersalin.

8. Jangan baring!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetap duduk atau berdiri semasa mula merasakan kontraksi kerana ini boleh memudahkan bayi untuk menekan leher rahim sehingga saluran terbuka.

9. Pernafasan teratur

Pernafasan teratur bukan hanya membuatkan anda fokus sepanjang kontraksi, ia juga membuatkan anda lebih relax.  

Anda boleh cuba tenangkan diri dengan membayangkan tempat kegemaran anda atau mendengar muzik.

***

Bakal-bakal ibu boleh cuba 9 cara-cara ini untuk melahirkan anak cepat, ya. Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combuasir-selepas-bersalin

 

Penulis

Nadia Ghafar