#TAPreviews: Cipta Memori Kekal Meluangkan Masa Bersama Dengan Keluarga Dengan Pencetak Gambar Fujifilm

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejam celik, pejam celik - tidak sangka anak-anak kian membesar dan menjadi semakin bijak. Kadang kala apabila kita imbas kembali memori kita meluangkan masa bersama keluarga, senyuman tidak pudar daripada wajah. Tidak sangka pula sekejap sahaja anak-anak membesar bahkan bulan sudahpun bersilih ganti.

Menjadi ibu bapa bukannya tugasan yang mudah. Kita bukan sahaja terikat dengan komitmen kerja, kita juga bertanggung jawab terhadap ibu bapa kita, pasangan dan juga anak-anak. Oleh sebab itu, apabila kita ada masa yang terluang, penting sekali untuk kita menggunakan masa tersebut sebaik mungkin bersama si manja ini.

Cara Mudah Untuk Cipta Memori Yang Kekal Selama-Lamanya

Dunia anak-anak mudah sahaja. Bagi mereka, bermain dan meluangkan masa bersama ibu bapa sudah memadai. Jadi, ambil peluang ini dan luangkan masa untuk bond dengan anak-anak agar hubungan anda sekeluarga lebih erat dan mesra. Tapi bagaimana hendak cipta memori itu? Ini antara cara-cara mudah yang anda boleh cuba:

1# Bawa anak-anak bercuti

Kredit: Asyraf Naqiuddin

Cara paling mudah untuk meluangkan masa bersama keluarga ialah dengan membawa keluarga bercuti! Bercuti sebenarnya dapat membantu anda dan pasangan untuk tinggalkan semua tekanan kerja di belakang dan fokus hanya kepada keluarga. 

Bercuti juga tidak bermakna anda harus membawa keluarga melancong tempat yang mahal atau jauh. Anda boleh lakukan staycation di mana-mana destinasi berdekatan, asalkan bukan di rumah! Dengan persekitaran baru, anak-anak juga akan lebih gembira dan teruja.

Jika anda tidak mempunyai masa yang lama untuk bercuti, luangkan sahaja hujung minggu di tempat mesra keluarga seperti di taman permainan, zoo ataupun muzium. Jangan lupa untuk rakam setiap momen ini agar anda dapat tunjukkan kepada anak-anak apabila mereka menjelang dewasa nanti!

2# Luangkan masa berbual dengan mereka

Ramai yang menyangkakan bahawa hidup anak-anak kecil mudah, mereka hanya fikir tentang makan, minum, bermain serta menonton televisyen. Dan ini menyebabkan ibu bapa kadang kala lupa untuk berbual dengan anak-anak mereka dan bertanya tentang hari mereka.

Menurut Julie Romanowski, seorang jurulatih keibubapaan di Vancouver, Canada berkata, sebenarnya kebolehan berkomunikasi dibina sejak bayi dan anak kecil lagi. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak dari kecil untuk berbicara dengan mereka agar hubungan mereka tidak dingin apabila anak kian dewasa. 

Anda tidak perlu pun menjadi kawan baik mereka. Hanya tanya mereka tentang apa yang terjadi pada hari ini di sekolah, dan respon secara tenang. Jika anda memberi reaksi yang terlalu ekstrem, anak-anak mungkin takut untuk berbicara kerana enggan buat anda rasa sedih.

3# Menulis dan mengirim surat

Kredit: Asyraf Naqiuddin

Ini cara yang lebih old school, tetapi anda boleh menulis surat kepada anak-anak beserta gambar yang menarik dan simpan surat ini agar mereka dapat imbas kembali di masa hadapan. Kandungan surat tersebut tidak perlu serius pun! Mungkin anda boleh bercerita tentang lawak yang anda terdengar pagi tadi, ataupun anak-anak juga boleh menghantar gambar-gambar yang mereka warnakan di sekolah.

Guna setem dan hantar surat ke rumah anda seperti biasa, supaya anak anda dapat membuka sendiri. Ya, walaupun kini orang ramai lebih guna menggunakan e-mel, namun kiriman surat ini mampu bertahan sampai bila-bila!

4# Cipta malam permainan

Setelah penat bekerja seharian, dan anak pula sudah selesai menyiapkan kerja rumah, anda mesti ingin berehat dan menonton televisyen sahaja kan? Walaupun itu jalan lebih mudah untuk bond bersama keluarga, anda sebenarnya boleh mencipta malam permainan

Malam permainan ini mudah sahaja! Anda boleh bermain permainan papan seperti Monopoly ataupun Life, atau anda juga boleh bermain kad serta papan catur. Apa-apa pun, permainan ini membenarkan anda meluangkan lebih masa bersama anak dan keluarga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencipta memori untuk anda sekeluarga tidak memakan masa, wang atau tenaga yang banyak pun. Meluangkan masa bersama keluarga penting agar anak-anak sedar bahawa anda sentiasa ada untuk mereka. 

Lebih menariknya, memori ini juga dapat dikekalkan dengan mengambil gambar dan mencetak pantas menggunakan pencetak Fujifilm Princiao Smart II.

Apa Yang Menarik Tentang Pencetak Gambar Fujifilm Princiao Smart II?

Kredit: Asyraf Naqiuddin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pencetak gambar mudah alih dan ringan ini mencetak gambar berkualiti tinggi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Hadir dalam tiga warna menarik iaitu Satin Pink, Ice White dan Sky Blue, anda boleh mencetak gambar-gambar yang merakam memori indah anda bersama anak-anda dan pasangan.

Bawa sahaja pencetak ini ketika anda bercuti, ia ringan dan boleh dimuatkan dalam bagasi tanpa memakan ruang yang banyak. Bahkan ia juga lengkap dengan bateri sedia ada, jadi anda hanya perlu caj dan setelah siap dicaj, boleh bawa keluar!

Sebelum mencetak gambar menggunakan pencetak gambar Fujifilm Princiao Smart II, anda perlu memuat turun aplikasi FUJIFILM Print App terlebih dahulu. Dengan memilih antara tiga mode - normal printing, quick printing  dan template printing, gambar anda dapat dicetak dengan mudah sahaja. Malah, ia juga hadir dalam Classic 4R size!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aplikasi ini juga menawarkan pelbagai fungsi mengedit gambar agar gambar anda lebih terang, menarik dan jelas. Bukan itu sahaja, anda juga dapat mencipta bingkai foto serta kolaj yang istimewa. Anda boleh meminta anak-anak untuk memilih reka bentuk kegemaran mereka, cetak dan tampal ini di dalam buku jurnal atau simpan dalam album peribadi.

Lebih menariknya, pencetak gambar Fujifilm Princiao Smart II ini juga hanya mengambil masa 59 saat untuk mencetak sekeping gambar dan mampu mencetak 40 keping dalam caj pertama. Hebat betul! 

Pencetak gambar Fujifilm Princiao Smart II boleh dibeli di Shopee. Mudah kan? Kini mencipta memori dengan keluarga yang mampu kekal selama-lamanya lebih pantas dan efisyen.

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tahukah anda yang kanak-kanak akan lupa apa berlaku ketika umur 7/8 tahun?

Penulis

Anis Hanini